{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Wakil TM <b>Lahad Datu</b> tipu pengguna

Posted: 07 Mar 2011 05:56 AM PST

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

LAHAD DATU – Pengguna TM Streamyx di Felda Sahabat mengadu ditipu oleh wakil TM Lahad Datu. Penduduk turut membuat tuduhan bahawa wakil TM Lahad Datu telah menipu pengguna, etika kerja tidak profesional dan juruteknik yang menutup laporan pengguna tanpa persetujuan mereka. Beberapa orang guru di kawasan ini telah membuat aduan capaian Internet yang sangat lemah kurang daripada 50 kbps walaupun mereka melanggan 1 Mbps.

Walau bagaimanapun, aduan mereka telah ditutup oleh juruteknik setempat sama ada di Bandar Sahabat atau Lahad Datu, dengan penjelasan yang tidak profesional dan tidak masuk akal.

"Ada sekali, saya menerima satu panggilan dan wakil TM memberitahu saya bahawa masalah tersebut turut menjejaskan pengguna yang lain di kawasan ini," kata seorang guru yang tidak mahu dikenali.

"Wakil TM seharusnya cuba untuk menyelesaikan masalah ini dan memberikan kami satu tarikh bilakah masalah ini akan diselesaikan, dan jika perlu, memberitahu kami apa yang sebenarnya berlaku, bukannya memberikan alasan seperti itu," tambah guru tersebut.

Seorang lagi guru di Bandar Sahabat turut melaporkan bahawa dia menerima satu panggilan daripada wakil TM memberitahu bahawa masalah lembab tersebut hanya akan dibaiki pada penghujung April.

Gambar atas: Bukti penipuan. Bacaan TM Speedometer yang diambil oleh seorang guru pada 5 Mac jam 8:19 malam menunjukkan kelajuan Internet yang mencapai 1 Mbps, walhal wakil TM memberitahu bahawa masalah Internet lembab ini hanya boleh diselesaikan pada penghujung April.

"Apabila saya menghubungi TM 100, tiada siapa dapat membuktikan kenyataan tersebut. Saya percaya bahawa wakil TM telah menipu saya. Beberapa hari kemudian, saya mendapati bahawa laporan saya telah ditutup oleh juruteknik setempat tanpa persetujuan saya," katanya.

Hasbul, seorang lagi guru berkata, "Setelah diberitahu alasan tersebut pada 1 Mac, saya telah menyemak TM Speedometer beberapa hari kemudian iaitu pada 5 Mac dan mendapati bahawa kelajuan pindah turun adalah setinggi 1 Mbps. Saya sangat terkejut dan ini membuktikan penipuan yang selalu mereka berikan kepada saya".

Nurhafiz, seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di sini berkata bahawa dia dimaklumkan oleh TM 100 bahawa masalah Internet lembab hanya menjejaskan kawasan di Semenanjung dan tidak melibatkan Lahad Datu.

"Operator TM 100 sampai terkejut apabila saya melaporkan kelajuan pindah turun saya hanya 5 kbps," katanya.

"Kelajuan yang baru pulih sekejap ini, tidak tahulah sampai bila ia akan kekal. Harap-harap bukan untuk sementara seperti sebelum ini," tambah Nurhafiz.

Para pengguna yang ditemuï berharap agar TM Streamyx dapat memperbaiki perkhidmatannya di Bandar Sahabat dan berhenti daripada memberikan alasan tidak munasabah masalah Internet lembab ini.

KL-Today.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat