{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kota gelanggi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kota gelanggi - Google Blog Search


Permohonan Geran Tanah Peneroka-Peneroka <b>Felda Kota Gelanggi</b> 4 <b>...</b>

Posted: 09 Jan 2011 05:56 PM PST

Peneroka Felda Kota Gelanggi 4
Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat bergambar dengan Anggota-Anggota Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4.

Jerantut, 10hb Januari 2010: Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4, Jerantut, Pahang telah diberitahu bahawa Permohonan untuk Geran Tanah bagi Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 yang diperbuat pada tahun 2004 telah hilang di Pejabat Tanah Jerantut.

Demikian dinyatakan oleh Sdr Ramli Hamad, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 semalam kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa tersebut didalam Mesyuarat yang diadakan di Pejabat PAS Kota Gelanggi 2, Jerantut.

Sdr Ramli menyatakan bahawa sejak 2004 beliau dan beberapa orang Peneroka lain sentiasa menemui Pengurus Felda Kota Gelanggi 4 untuk menanyakan tentang kedudukan Geran Tanah bagi perkampongan dan ladang mereka.

Diantara sebab kenapa beliau sentiasa berulang-alik untuk mendapatkan geran tanah tersebut adalah kerana ramai diantara peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 mahu menjalankan aktiviti tanam semula secara bersendirian dan mereka tidak dapat berbuat demikian kerana mereka tidak memiliki geran tanah.

Oleh kerana itu banyak daripada ladang-ladang milik peneroka-peneroka yang tidak mahu tanam melalui Felda telah ditinggalkan didalam keadaan tidak terurus dan telah dinaikki oleh semak-samun dan pokok-pokok liar.

"Tiap-tiap kali saya menemui Pengurus Felda Kota Gelanggi 4, saya diherdik dan diperli oleh Pengurus itu yang sentiasa mengatakan bahawa saya kurang sabar sedangkan geran tanah bagi peneroka-peneroka sedang diproses.

"Saya sangat tidak berpuas hati kerana peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 sudah hampir 14 tahun menjelaskan hutang kami kepada Felda, tetapi Felda tidak cakna dengan kami, dan tidak menguruskan pengeluaran geran tanah bagi kami." keluh Ramli.

Pengurus yang terdahulu langsung tidak bertimbang rasa dan sentiasa memarahi Peneroka-Peneroka yang bertanyakan tentang geran tanah.

"Saya mengambil peluang bertemu dengan Pengurus yang baru yang sedang bertugas sekarang ini. Alhamdulillah, Pengurus baru ni mengambil berat tentang Peneroka dan beliau telah berusaha mempercepatkan proses pengeluaran geran tanah untuk kami.

Pengurus itu telah menghubungi Pejabat Tanah Jerantut dan beliau dimaklumkan bahawa permohonan pengeluaran geran oleh Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 telah hilang di Pejabat Tanah Jerantut.

Pengurus ini telah menghantarkan permohonan baru, dan kakitangan Felda Kota Gelanggi 4 sendiri mengambil inisiatif untuk menghantar permohonan itu untuk di proses di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pahang di Kuantan. Ini adalah hasil tindakan berikutan dengan Surat Notis yang telah dihantar oleh pihak Peguam, iaitu Tetuan Suhaimi Tan Zamani dan Rozilan, Temerloh kepada Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur.

Jika kami tidak mengambil tindakan undang-undang, mungkin Felda langsung tidak membuat apa-apa rujukan semula keatas permohonan yang dihantar pada tahun 2004 dahulu.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada keperihatinan Pengurus yang baru ini." tambah Ramli Hamad lagi.

Didalam pada itu, Ramli menyatakan bahawa ada segolongan besar daripada Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 tidak berhajat kepada geran-geran tanah bagi mereka.

Mereka beranggapan bahawa apabila geran tanah diberikan kepada mereka akan hanya menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa membayar cukai tanah. Sekarang ini mereka tidak membayar apa-apa cukai tanah.

"Nampaknya golongan itu lebih mundur dari pandangan Orang Asal. Orang Asal pun kini menuntut hak keatas tanah dan menuntut supaya geran-geran tanah untuk mereka dikeluarkan, tetapi ada orang-orang Melayu yang tidak mahu kepada geran tanah semata-mata kerana mereka perlu membayar cukai tahunan kerana memiliki geran tanah," kata Ramli lagi.

Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat yang dijemput khas ke mesyuarat itu memberitahu bahawa geran tanah adalah perkara yang paling mustahak sebagai menandakan bahawa pemegangnya adalah pemilik sah kepada tanah itu dan tiada sesiapa orang lain boleh mengganggu-gugat tanahnya termasuk daripada pihak yang Berkuasa melainkan diambil dengan cara pengambilan tanah dibawah Undang-Undang Pengambilan Tanah yang mana terpaksa dijalankan melalui proses dan prosedure yang ditentukan mengikut undang-undang dan pampasan dibayar.

"Felda mempunyai suatu pemikiran yang tidak sihat kerana Bahagian Undang-Undang Felda telah mentafsirkan dengan tafsir yang sangat kolot kononnya semua tanah didalam Rancangan Felda yang masih belum diberikan geran adalah milik Felda.

"Dengan tafsiran yang salah itu, Felda boleh menjalankan apa-apa aktiviti dan pengurusan yang ia suka termasuk untuk memaksa peneroka-peneroka menanam semula melalui Felda dan memaksa peneroka-peneroka mengambil hutang yang tinggi untuk tanam semula itu dan juga untuk pengurusannya.

"Dengan pandangan serung itu, Felda seolah-olah berhak untuk memperlakukan apa saja keatas tanah-tanah itu tanpa merujuk kepada peneroka-peneroka." kata Suhaimi lagi.

Suhaimi Said memberi contoh mengenai penebangan kayu-kayu getah dari ladang-ladang peneroka di Negeri Sembilan. Katanya, Felda telah menandatangani Kontrak dengan Kontraktor tertentu untuk menebang kayu getah itu dan memberikan harga kontrak yang rendah yang mendatangkan kerugian kepada peneroka-peneroka itu.

Sebagai contoh, harga yang ditawarkan oleh Felda/JKKR kepada peneroka-peneroka tidak melebihi RM33,000.00 bagi setiap peneroka, manakala jika peneroka-peneroka itu melantik Kontraktor bersendirian, mereka boleh mendapat RM46,000.00 dan lebih.

Tetapi oleh kerana peneroka-peneroka itu tidak memiliki geran tanah, walaupun mereka telah langsai menjelaskan hutang mereka kepada Felda, Felda boleh memaksa peneroka-peneroka itu menerima kontraktor lantikan Felda/JKKR walaupun peneroka berkenaan hanya menerima RM33,000.00 sahaja dan setiap penerpoka kerugian RM13,000.00 setiap seorang. Dan RM13,000.00 itu pula mungkin sudah masuk kedalam kantong mereka yang mentadbirkan JKKR atau Felda diperingkat Rancangan, yang mana, kes sebegini sedang dirojok kepada SPRM.

"Oleh kerana itu, geran adalah penting,"kata Pengerusi Biro Felda PKR Pusat itu, "Tanpa geran anda boleh dipaksa menanam semula melalui Felda dan anda boleh dikenakan hutang hingga beratus ribu ringgit, dan tanah anda boleh dimasukkan kaveat oleh Felda dan jika anda gagal membayar hutang itu dan waris anda juga gagal, maka tanah yang anda sayang itu akhirnya menjadi milik Felda."

Mesyuarat itu memutuskan supaya Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 tersebut meneruskan tugas mereka bersama-sama dengan pihak Peguam sehingga geran tanah bagi peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 itu diperolehi.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat