felda lepar utara - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda lepar utara - Google Blog Search |
Posted: 06 Jan 2011 02:21 AM PST Assalamu'alaikum dan Salam 1 Malaysia.. Alhamdulillah permulaan tahun baru kali ini sememangnya membawa 1001 makna buat aku sebagai Guru Pelatih Prasekolah. Sebelum tahun baru 2011, pihak Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara 1 atau lebih dikenali sebagai SKLU1 telah menjemput aku untuk hadir ke mesyuarat pertama pada 28.12.2010 bertujuan membincangkan hal yang berkaitan dengan sesi persekolahan 2011. Nak diceritakan bahawa aku telah sampai ke sekolah ini bersama keluarga dan seorang jiran yang menghantar kami. Jauh perjalanan dan tak terlintas bahawa aku akan dihantar untuk tugasan SBE, Praktikum dan posting di sekolah yang sama. Dari Felda Keratong 03 ke Felda Lepar Utara 01 begitu jauh dan kami dikejutkan pula dengan suasana yang begitu sunyi dan gelap di waktu malam. Bayangkan dari Bandar Pusat Jengka ke Lepar Utara 01 jaraknya adalah 70km bertemankan hutan rimba dan ladang sawit di kiri dan kanan jalan. Kawasan hutan pula berjarak 12km. Inilah cabaran buatku untuk berbakti kepada anak bangsa dalam mengasuh dan mendidik mereka agar menjadi insan berguna di suatu hari kelak. Kerjasama dari guru-guru di sini amat aku hargai dan aku rasa terhutang budi kepada mereka kerana mereka semua bersikap baik terhadapku. Buat teman-temanku, semoga kamu semua juga tabah dalam menjalani SBE dan praktikum dalam opsyen Prasekolah. Lakukan dengan sebaik mungkin dan ikhlaslah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Jumpa di lain waktu. |
You are subscribed to email updates from felda lepar utara - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |