{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


UMNO Online - Warga <b>Felda</b> Marah, Pembangkang Berterusan Fitnah <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2011 02:35 AM PDT

Kategori Utama

Warga Felda Marah, Pembangkang Berterusan Fitnah Kerajaan BN Zalim

Oleh: ROPIKAH AHMAD

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Tindakan pakatan pembangkang yang terus-terusan melemparkan fitnah dan menjadikan Felda sebagai bahan propaganda untuk meraih sokongan dari para peneroka seterusnya untuk menumbangkang kerajaan Barisan Nasional (BN) mengundang rasa marah warganya.

Pembangkang mendakwa kononnya kerajaan zalim dan menjadikan warga Felda sebagai hamba selain meminggirkan kebajikan dan kemajuan warganya tanpa sebarang pembangunan. Ekoran itu, pembangkang meminta rakyat bangkit dan mengadakan demostrasi bagi menumbangkan kerajaan sedia ada.

Namun demikian, kenyataan tersebut disangkal oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Raja Alis, Jempol, Negeri Sembilan, Othman Parman yang menafikan kerajaan bersifat zalim sebaliknya amat berterima kasih atas apa yang telah disediakan untuk masyarakat peneroka.

"Kalau betul kerajaan zalim takkanlah sampai sekarang ini saya masih terus bersama Felda iaitu sejak lebih 20 tahun lalu, malahan jika mahu dibandingkan dengan dulu saya masuk Felda hanya dengan sebuah motosikal dan satu basikal tetapi kini saya mampu memiliki beberapa buah kereta dan memberi kehidupan sempurna kepada anak-anak saya," katanya.

Tambah beliau lagi, fitnah pembangkang sewajarnya tidak dihiraukan kerana mereka bercakap tanpa bukti yang nyata sebaliknya para peneroka mendapat ganjaran 10 ekar tanah yang diberi oleh kerajaan apabila menyertai Felda.

"Janganlah kita jadi seperti kata pujangga iaitu 'apabila kesenangan mengetuk pintu maka cinta terbang ikut jendela' yang mengibaratkan apabila senang maka mereka sudah lupa dan tidak mahu bersyukur."

Hal tersebut turut dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Palong 9 Che Abu Saidon yang menyatakan bahawa pelbagai kesenangan telah diperolehi oleh warga Felda hari ini.

"Siapa yang berada dalam Felda dan merasai sendiri kehidupan di dalamnya maka dia akan tahu apa sebenarnya yang berlaku lagi pula, kalau kata kita ditindas maka duduklah mana-mana dan jangan tinggal dalam Felda lagi," katanya.

Berkaitan dengan tindakan memburuk-burukkan kerajaan, Imam Masjid Nurul Iman Felda Palong 9, Haji Rahmat Yusuf menganggap bahawa perkara sedemikian hanya dilakukan oleh orang yang tidak tahu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan.

"Nilailah pengorbanan selama ini yang telah disediakan oleh kerajaan kepada warga Felda, jadi kenapa kita nak tinggalkan kerajaan sedangkan ia yang membantu kita semasa susah.

"Pada pandangan saya hanya orang-orang yang tidak ada pendirian, tidak ada pegangan atau orang yang kecewa kerana tidak mendapat jawatan saja akan buat tuduhan sedemikian pada Kerajaan."

Dalam hal berkaitan, Zaiton Kasman yang juga penghuni di Felda Palong 9 turut melihat Kerajaan telah memberi bantuan pelbagai aspek kepada warga Felda.

"Bukan hanya tanah dan perumahan disediakan tetapi pinjaman lain turut diberi selain anak-anak peneroka juga turut dibantu dengan sokongan dalam pelbagai aspek termasuk kemudahan pendidikan, perkhidmatan tiusyen dan sebagainya."

Perkara tersebut juga turut diakui oleh golongan muda dan anak peneroka Felda Mohd Helmi Pungut yang sekarang membantu ibunya berniaga sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kerajaan banyak menyediakan program-program kepada pelajar sama ada dalam bentuk kursus pendek dan galakan dalam pelajaran," katanya. – MediaUMNO


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat