{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tenggaroh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tenggaroh - Google Blog Search


Garam di laut asam di darat...........

Posted: 17 Mar 2011 07:53 AM PDT

13hb. Mac 2011
(Khabar untuk saudara mara di Temiang Muar, Johor)

Cerita hari ini bertepatan dengan bidalan...

Garam di laut asam di darat
di dalam periok bertemu juga

Begitulah siapa tahu..ini semua urusan tuhan. Yang tampan, yang jelita menunggu jodoh tak kunjung tiba. Eluk-eluk insan yang hilang penglihatan ditakdirkan ada jodoh sesama mereka.

Rezki mereka murah. Hati mereka terang...dan paling membuat aku gembira apabila disolek sebagai pengantin ...nampak tampan dan bergaya, sekilas pandang tak siapa yang tahu akan kekurangan mereka . Tak ada perbezaan...comelnya pengantin baru kali ini...

Selamat Penganti Baru.
Mudahan-mudahan berbahagia hingga ke akhir hayat
Khairul Azmi Bin Mohd Saat
dan pasangannya
Nazira Binti Muhamammad.

Taniah untuk pasangan orang tuanya
En. Mohd saat Hj. Salleh dan Isterinya Jamilah Bte Majid ( Sepupu suami ku )
Mereka tinggal di Felda Tenggaroh 3 Johor.
Nazira pula orang Bukit Payung,Terengganu.


Mungkin kedua pasangan ini tidak dapat melihat rakaman cerita ini dari ku...
dan aku berharap satu hari anak-anak yang bakal di lahirkan oleh nazira akan menatap tulisan ku dari blog ini.

Inilah kaum keluarga yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan kedua mempelai ini.


Tok Ali....senyum sepanjang hari. Tok Ali sabar menunggu saat pengantin tiba.
Tok Ali nampak paling bahagia kerana jadual hari ini selain dari pasangan ini ada lagi dua pasang pengantin dari Felda Kahang Timur pula untuk diraikan.

Mok Long Saripah pun cukup lega. Turut mendoakan agar cucuanda berbahagia. Disisi Mok long didalam gambar adalah menantu dan anak-anaknya yang lain ( Bapa saudara Pengantin Lelaki).


Gambar ini menunjukkan suasana yang kelakar.
Cikgu Daud bapa saudara pengantin dari Temiang Johor tak habis-habis bergurau dengan saudara maranya.
Lihatlah hidangan di meja...macam makan berdamai. Lauk pauk punyalah banyak macam nak makan 12 orang....


Ini Firdaus pun dari Temiang ....berkaroke pulak. Bawa lagu Amy dan Awie pehhh....sedap mendengarnya. Macam dah biasa aje berkaroke..

Jam 1.00 petang kami pun berangkatlah ke Kluang. Muga perjalanan kami selamat.
Selamat Tinggal Felda Tenggaroh 3.
Panjang umur siapa tahu kita berjumpa lagi.
Terima kasihlah jiran tetangga yang sempat melayan aku di bahagian belakang rumah yang sedang rewang hari tu... (tak sempat tanya nama ) katanya berasal dari Kg. Melayu Raya Pontian. Sempat juga bercerita2...

Terima kasihlah Kak Jamilah dan abang Saat dengan layanan istemewa tu.....
Tak lupa untuk nenek Mak abang Saat yang baik dan peramah tu. Maaflah tak dapat lama bersama dalam majlis yang meriah ini...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat