{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


Bekalan Nasi Bungkus Di Sebelah Jasad - MyNewsHub | SATU PERUBAHAN

Posted: 09 Mar 2011 12:19 AM PST

KUALA LUMPUR – Kejadian langgar lari yang berlaku pukul 7 pagi semalam di Kilometer 44 Jalan Tanjung Malim menuju ke Bestari Jaya, Hulu Selangor adalah sesuatu yang amat sekali menyayat hati.

Rafisham Musa baru berusia 34 tahun meninggal dunia dengan bekalan nasi bungkus bersama telur rebus dan sambal yang sepatut dijamahnya pada waktu rehat berkerja semalam bertaburan di atas jalan berhampiran jasadnya.

Allahyarham yang dalam perjalanan ke tempat kerja menemui maut di tempat kejadian dipercayai akibat kes langgar lari. Allahyarham mengalami kecederaan di bahagian kepala dan hampir putus kaki kanannya.

Umpama tragedi yang tidak kunjung putus, baru minggu lalu, Allahyarham kehilangan ibu kandungnya, dan semalam Allahyarham pula dijemput mengadap penciptanya.

Lebih sayu, Allahyarham meninggalkan tiga anak yang masih kecil dan isteri. Apa nasib mereka selepas ini sukar ditentukan kerana Rafisham hanyalah seorang pekerja biasa yang mungkin tidak meninggalkan harta yang banyak.

Pasti sukar untuk ketiga anak Allahyarham yang kehilangan dua orang tersayang dalam masa satu minggu.

Allahyarham terbabit dalam kemalangan dipercayai dengan sebuah kenderaan berat yang kemudian terus meninggalkan tempat kejadian. Mayatnya telah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Baru bagi tujuan bedah siasat.

Sesiapa sahaja yang memiliki sebarang maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta membantu siastan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, Inspektor Amir Che Ya di talian 03-60641222.

GAMBAR: Polis membantu mengangkat jasad Rafisham yang menemui maut akibat kemalangan langgar lari di Kilometer 44 Jalan Tanjung Malim – Bestari Jaya, Berhampiran Felda Sungai Tengi awal pagi semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat