{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Sejarah baharu negeri Kelantan

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh AZRAN FIRTI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

Kawasan di Tambatan Diraja Kota Bharu dibangunkan dengan dataran serta menara tinjau yang melibatkan peruntukan RM4.9 juta selain laluan pejalan kaki dan pusat informasi pelancongan yang menelan kos RM7.6 juta dibangunkan oleh Kerajaan Persekutuan.

KOTA BHARU 31 Mac - Esok sejarah baharu akan tercatat di bumi Serambi Mekah ini apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan majlis pecah tanah fasa pertama pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai di Tiong di sini.

Biarpun hanya tujuh kilometer tetapi itu satu permulaan yang amat baik untuk rakyat negeri ini.

Lebuh raya memberi kesan yang amat besar terutama dalam menjana ekonomi dan merancakkan pertumbuhan bandar Kota Bharu serta kawasan di sepanjang laluan tersebut.

Projek fasa pertama yang merangkumi laluan dari Pasir Hor ke Kadok itu akan melibatkan kos sebanyak RM168.5 juta dan hanya 10 peratus daripada jumlah keseluruhan Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai iaitu 73 kilometer.

Malah Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed amat berharap supaya projek tersebut dapat disiapkan kurang tiga tahun kerana jangka masa yang diberikan oleh Jabatan Kerjaa Raya (JKR) itu terlalu lama.

"Projek lebuh raya ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun iaitu pada April 2017 tetapi saya berharap projek tersebut dapat disiapkan lebih awal.

"Tujuh kilometer selama tiga tahun itu lama sangat. Walaupun tempoh tersebut diberikan JKR, saya berharap projek ini hanya mengambil masa dua tahun setengah sahaja," katanya baru-baru ini.

Kenyataan Mustapa itu jelas menunjukkan impian seluruh anak Kelantan supaya lebuh raya disiapkan lebih awal dan fasa berikutnya dapat dimulakan secepat mungkin.

Ini semua adalah komitmen Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat negeri ini dan dibuktikan dalam beberapa projek yang telah siap sebelum ini.

Antara projek kemudahan jaringan pengangkutan yang telah siap termasuk Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dan persimpangan bertingkat Pasir Hor.

Persimpangan bertingkat Pasir Hor adalah salah satu komponen daripada projek memperelok Jalan Kubang Kerian-Sabak yang melibatkan kos sebanyak RM33.4 juta.

Projek yang siap sepenuhnya pada 23 Januari 2013 itu memberi kesan yang agak baik untuk menguraikan kesesakan terutama di kawasan Kubang Kerian.

Begitu juga dengan projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang melibatkan kos sebanyak RM186.96 juta.

Penduduk dari daerah Tumpat tidak perlu lagi menempuh kesesakan lalu lintas yang ekstrem pada waktu puncak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapa berkata, bagi memastikan rakyat tidak ditimpa bencana alam pada setiap tahun, Kerajaan Pusat telah menyiapkan rancangan tebatan banjir Sungai Kelantan sejauh 3.63 kilometer dari Kampung Penambang ke Istana Kota Lama di sini dengan kos RM266 juta.

"Malah, kawasan pesisir Sungai Kelantan turut diperindahkan dengan pembinaan mercu tanda untuk menarik lebih ramai pelancong.

"Kawasan di Tambatan Diraja Kota Bharu dibangunkan dengan dataran serta menara tinjau, melibatkan peruntukan sebanyak RM4.9 juta, selain laluan pejalan kaki dan pusat informasi pelancongan yang menelan kos sebanyak RM7.6 juta," katanya.

Kesimpulannya, Kelantan tidak pernah dilupakan, malah sentiasa menerima pelbagai peruntukan untuk kemudahan rakyatnya.

Usaha berterusan sedang dilakukan dan negeri ini dijangka berkembang lebih pesat dengan adanya kerjasama yang erat antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan Pas Kelantan.

Melayu kekal di bandar

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 31 Mac - Kerajaan negeri tidak mempedulikan soal kos yang tinggi bagi menyediakan lebih banyak kediaman di kawasan pusat bandar raya ini dalam usaha memastikan orang Melayu terus kekal di lokasi awal mereka pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) menegaskan, kerajaan terpaksa menyusun semula beberapa penempatan bagi dijadikan tapak untuk tujuan tersebut apabila semakin banyak tanah di kawasan sekitar dijual kepada kaum lain dan pemilikan orang Melayu semakin kecil.

Katanya, ini suatu fenomena yang membimbangkan ketika bandar ini semakin pesat berkembang, justeru langkah tertentu perlu diambil agar mereka kekal dan tinggal dalam keadaan lebih selesa, selain membuka peluang melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi bandar.

"Kita beli (tapak) dengan harga yang tinggi, malah reban ayam pun kerajaan bayar dan apabila kita bangunkan pangsapuri berkenaan, kita tawarkan semula kepada penduduk dengan harga subsidi, jauh lebih rendah berbanding nilai sebenar ketika orang lain ramai yang ingin memilikinya.

"Ketika kita terus memikirkan segala yang terbaik untuk rakyat dari segi kebajikan, pembangkang terus jaja kerajaan nak usir orang Melayu dari bandar dan ramai yang percaya, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Kunci dan Surat Tawaran Penyewaan Pangsapuri Ladang Gemilang I dan II di Pangsapuri Ladang Gemilang II di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Datuk Osman Muda dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita, Ahmad memberitahu, kerajaan negeri merancang membina sebuah lagi pangsapuri 30 tingkat di kawasan seluas 15 hektar di Tanjung Kapur bagi menempatkan sebahagian lagi penduduk setempat yang belum memiliki kediaman.

"Sehingga kini, dua pangsapuri iaitu Ladang Gemilang 1 sudah didiami 170 penghuni dan Ladang Gemilang II setinggi 12 tingkat pula, menyediakan 192 unit kediaman bersama-sama 463 ruang letak kereta dan beberapa ruang perniagaan.

"Satu lagi pangsapuri iaitu di Ladang Tok Pelam setinggi 30 tingkat pula menyediakan 407 unit kediaman, berkeluasan lebih 840 kaki persegi berharga RM195,700 (sebelum subsidi) sudah siap sepenuhnya, bakal diagihkan kepada pemilik dalam tempoh terdekat," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata, bagi pangsapuri Ladang Gemilang II yang dibangunkan dengan kos RM42.3 juta itu, mereka yang terlibat dengan pengambilan balik tanah sekitar boleh memilikinya dengan pembayaran sekali gus.

"Tetapi oleh sebab kita masih belum tentukan kadar subsidi, PMINT akan bentang berapa harga yang akan dijual kelak. Harga dijangka lebih tinggi sedikit berbanding pangsapuri terdahulu kerana keluasannya 824.5 kaki persegi, berbanding Gemilang 1 (708 kaki persegi)," katanya.

Sebelum ini, penduduk yang berpindah ke Pangsapuri Ladang Gemilang 1 diberi subsidi 50 peratus bagi setiap unit berharga RM150,000 yang melayakkan mereka membeli kediaman berkenaan pada harga RM75,000.

Penduduk gesa tutup pusat pelupusan sampah Batu 5, Renok

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Kawasan hutan berhampiran pernah terbakar akibat pembakaran terbuka yang tidak terkawal di kawasan pusat pelupusan sampah di Batu 5, Renok, Gua Musang, Kelantan.

GUA MUSANG 31 Mac - Penduduk yang tinggal berhampiran pusat pelupusan sampah di Batu 5, Renok dekat sini menderita kerana terpaksa menghidu bau busuk sejak 10 tahun lalu dari kawasan tersebut.

Pusat pelupusan sampah itu juga menyebabkan pencemaran air yang teruk di anak sungai berhampiran.

Menurut penduduk, setiap hari sampah yang diangkut dari bandar Gua Musang dilonggokkan di kawasan tersebut sehingga menyebabkan penduduk tidak selesa dengan bau sampah.

Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati sampah yang terbakar menghasilkan kepulan asap tebal dan menganggu jarak penglihatan pengguna jalan raya Gua Musang-Kuala Krai.

Seorang penduduk, Zamri Zakaria, 24, berkata, pada waktu pagi jarak penglihatan berkurangan kerana diselubungi asap dari tapak pelupusan.

"Kami bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diingini kerana jalan tersebut merupakan laluan utama menuju ke Kota Bharu.

"Sampah ini dipercayai dibakar oleh segelintir individu yang mencari barang terpakai atau kitar semula seperti tin, wayar dan besi," katanya di sini hari ini

Seorang peniaga kedai makan, Nisah Mohd. Noor, 52, berkata, pelanggan yang singgah di kedainya juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan asap dan bau busuk sampah itu.

"Pelanggan yang singgah untuk menjamu selera juga sering merungut kerana kerap menghidu bau sampah. Sedikit sebanyak jualan terjejas dan saya sering kali mengalami kerugian," katanya.

Tambah Nisah, api daripada sampah yang dibakar juga pernah merebak ke kawasan hutan berhampiran kerana tiada pengawasan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Tajuddin, 53, berharap pihak berwajib dapat mencari penyelesaian dengan mencari tapak pelupusan sampah baharu yang bersesuaian.

"Kalau boleh kawasan pelupusan sampah ini dipindah ke tempat yang lebih sesuai kerana di sini berhampiran dengan jalan sekali gus membuatkan penduduk tidak selesa.

"Kita minta supaya pihak berkuasa bertindak secepat mungkin kerana masalah ini berlarutan sejak 10 tahun lalu dan tidak diberi sebarang perhatian langsung," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat