{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Pecah pejabat kerajaan negeri

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Oleh Radhuan Hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

K. Manoharan menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis berhubung kejadian pecah masuk tiga buah pejabat di Wisma Negeri semasa sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 8 April Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki memecah masuk tiga pejabat di Wisma Negeri di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, tiga pejabat itu ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Perhutanan dan Pejabat Pertanian.

Beliau menjelaskan, JPS dan Jabatan Perhutanan terletak di tingkat lapan manakala Jabatan Pertanian di tingkat lima.

"Kejadian disedari kakitangan di tiga jabatan berkenaan kira-kira pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi setelah mendapati pejabat dalam keadaan berselerak.

"Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati hanya barang kemas kakitangan JPS serta duit barangan runcit di pejabat berkenaan hilang," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Menurut Manoharan, pihaknya percaya suspek telah memecah masuk antara pukul 2 pagi hingga 6 pagi semalam.

Katanya, suspek terbabit yang berusia lingkungan 30-an itu bertindak memecah masuk tiga pejabat berkenaan melalui tandas yang terletak berdekatan lif.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kita telah mengenal pasti suspek terbabit yang dipercayai berasal dari daerah ini (Kuala Terengganu)," katanya.

Manoharan seterusnya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu serta mengenali suspek agar tampil ke balai polis untuk membantu siasatan dan beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sasaran 6 juta pelancong mungkin terjejas

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

BACHOK 8 April - Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan bimbang sasaran untuk menarik lebih 6 juta pelancong terutama dari luar negara ke negeri ini terjejas kerana masalah bekalan air bersih akibat kemarau panjang dan kemudahan prasarana yang tidak mencukupi.

Pengarah jabatan itu, Mohd. Aidil Afizie Daud berkata, sebahagian daripada lapan projek inap desa yang berdaftar di negeri ini kini sukar mendapatkan air bersih apabila sumber air perigi kering kesan fenomena kemarau yang panjang.

Keadaan itu, katanya, ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air bersih yang sepatutnya disediakan oleh pihak berwajib kerana ini adalah bahan keperluan paling utama.

"Jabatan khuatir jika keadaan kemarau berpanjangan akan memberi impak buruk kepada 152 pengusaha program inap desa di seluruh negeri ini.

"Ini bukan hanya membabitkan penyediaan kemudahan perkongsian rumah dengan pelancong tetapi membabitkan perkhidmatan penyediaan makanan yang air adalah bahan utama diperlukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pemeriksaan khas terhadap 23 inap desa di Kampung Kubang Telaga dekat sini semalam.

Pemeriksaan yang dilakukan membabitkan penilaian tentang aspek kebersihan dan penyediaan makanan, tandas, dapur, bilik tidur dan halaman rumah.

Mohd. Aidil Afizie berkata, pihaknya bercadang untuk melaksanakan projek inap desa di Kampung Laut, Tumpat; Pangkalang Petai, Machang dan Gelang Emas, Pasir Mas bagi merangsang industri pelancongan yang membabitkan penduduk kampung sepanjang tahun ini.

"Sepanjang tahun lalu, lapan kampung yang menyertai projek inap desa seluruh Kelantan telah menjana pendapatan sampingan melebihi RM200,000 iaitu satu pendapatan lumayan kepada penduduk kampung yang terbabit.

"Jabatan juga menjalinkan kerjasama padu dengan universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menjayakan program inap desa yang membabitkan kehadiran pelancong luar negara menerusi program anak angkat pelajar," katanya.

Tambahnya, penambahan pendapatan boleh dicapai apabila pemilik inap desa terbabit menggunakan kreativiti mereka dalam seni budaya dan penciptaan kraftangan untuk dijual kepada pelancong menginap di rumah mereka.

Sultan Kelantan rasmi kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu

Posted: 08 Apr 2014 11:59 AM PDT

Sultan Muhammad V sambil diiringi Khalid Abu Bakar berkenan merasmikan kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan, kelmarin. - Utusan/Irwan Majid

KOTA BHARU 8 April - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli merasmikan kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, di sini semalam.

Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat itu dihadiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Yang turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman serta Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.

Majlis kemudian diserikan dengan persembahan pantomin mengenai sejarah penubuhan serta sumbangan pasukan polis terhadap kesejahteraan negeri ini oleh para pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Sementara itu, Khalid melahirkan penghargaan kepada Sultan Kelantan kerana sentiasa memberi sokongan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan dan membanteras jenayah di negeri ini.

Menurut beliau, kompleks IPD Kota Bharu dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dengan kos sebanyak RM31.65 juta itu bertujuan memantapkan pentadbiran serta meningkatkan tahap perkhidmatan polis di daerah ini.

"Kompleks IPD Kota Bharu ini beroperasi sejak November 2008 dan menguruskan sebanyak 11 buah balai polis di sekitar Kota Bharu.

"Seramai 66 pegawai kanan dengan 800 anggota lain-lain pangkat serta 88 pegawai awam ditempatkan di kompleks ini yang merangkumi bangunan pejabat trafik serta Balai Polis Pengkalan Chepa," katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat