felda kemelah - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kemelah - Google Blog Search |
Posted: 07 Apr 2011 10:55 AM PDT Sumber terhad, ramai yang berhasrat untuk memilikinya FELDA KEMELAH - Seramai 28 penduduk generasi kedua di sini menerima Notis 5A yang disampaikan wakil pentadbir tanah bagi rayuan tambahan setelah memberinya kepada 98 orang pada 2007. Wakil Rasmi Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Fadhli Suffian Laili berkata, sebelum ini ada lebih 185 permohonan awal daripada generasi kedua Felda Kemelah untuk menerima Notis 5A ini dan setelah ditapis hanya 98 yang layak pada awalnya.
Menurutnya, rentetan itu, atas semangat pentingnya untuk mendapatkan tanah menyebabkan beberapa oang yang lain membuat rayuan dan akhirnya berjaya diterima iaitu seramai 28 orang bagi tahun ini. "Permohonan ini diluluskan setelah mengkaji dari pelbagai aspek dan sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat sendiri agar permohonan mereka dapat diluluskan atas beberapa sebab tertentu. Penerima hendaklah menjelaskan pembayaran dalam jangka masa tiga bulan dari Notis 5A diterima mengikut jumlah yang telah ditetapkan antara RM1800-RM2000," katanya. Fadhly Suffian berkata, pembayaran yang mengikut jadual memudahkan kerja seterusnya berjalan dengan lancar daripada mengelak kan timbul permasalahan seperti ukur tanah. Sementara itu, Ayub berkata, diakui ramai yang memohon tetapi sumber adalah terhad dan ramai yang berharap memilikinya. Menurutnya, setiap satu lot yang diberi beranggaran RM10000 hingga RM13000 dan ini adalah jumlah yang besar bagi setiap penerima. "Kita berharap tidak ada penerima yang menjual tanah yang diberikan kerana sudah ada beberapa kes yang dikesan. Tahun ini Syarikat Perumahan Negara Berhad ( SPNB ) memperuntukan lebih kurang 1000 rumah di seluruh negara untuk membina rumah mesra rakyat demi membantu mereka yang kurang berkemampuan," katanya pada ucapan perasmian Majlis Penyampaian Notis 5A di sini, baru-baru ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda kemelah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |