Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Wujudkan Blue Wave Army lawan fitnah jahat RBA Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT Ahmad Maslan (depan, tengah) beramah mesra dengan ahli UMNO Cheras sambil diperhatikan oleh Syed Ali Alhabshee (belakang, tengah) pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 13 April - Barisan Nasional (BN) bercadang mewujudkan unit tentera siber, Blue Wave Army (BWA) dalam usaha melawan fitnah dan tohmahan jahat Red Bean Army (RBA). Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata, unit tentera siber itu akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber. Jelasnya, konsep itu sememangnya telah lama wujud dalam rangkaian-rangkaian media sosial BN dan peluasan peranan BWA itu diserahkan tanggungjawabnya kepada Jabatan Unit Sosial parti yang diketuai Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Namun begitu, kita jangan terikut-ikut cara mereka (RBA) memfitnah, kita ceritakan kebenaran termasuk 11 hakim yang mensabitkan Anwar bersalah dalam kes liwat, jelaskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membebankan dan semua perkara lain yang juga perlu dijelaskan. Dalam masa sama, jika RBA menyerang kita, kena jawab semua itu dan jangan biarkan serangan tidak berjawab. Sudah ada jabatan yang bertanggungjawab dan biarlah mereka buat apa bentuk tindakan sekalipun. Yang penting, kita jangan menipu, mengelirukan dan memfitnah (seperti RBA)," katanya kepada pemberita pada Konvensyen UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. Dalam pada itu, Ahmad memberitahu, kerajaan memperuntukkan RM150 juta untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat-syarikat kecil dalam mengaplikasikan perisian GST sebelum pelaksanaannya pada 1 April 2015. Kita bantu RM1,000 kepada setiap PKS yang mana mereka boleh dituntut semula melalui rebat. Ada 55 syarikat pengedar dan akan ditambah dari masa ke semasa. Perisian berkenaan bertujuan memastikan sistem perakaunan semua pihak tepat dan memudahkan urusan perniagaan," katanya. Sementara itu, beliau menegaskan, kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam melaksanakan GST pada tahun depan meskipun terdapat suara-suara sumbang daripada pihak pembangkang yang mendesak agar ditangguhkan. Jelas beliau, semua pihak mempunyai masa untuk bersedia selama 11 bulan yang dilihat mencukupi sebelum pelaksanaannya tahun depan. Kita tidak akan tangguh sebab kita sudah tangguh sejak tahun 1988, 1993, 2004, 2009 dan 2013 kita beri masa yang panjang untuk GST dilaksanakan pada 1 April 2015," katanya. |
Lum Yong jangka Kit Siang tidak tentang hasrat Pas Kelantan Posted: 13 Apr 2014 11:41 AM PDT KUALA LUMPUR 13 April - Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka tidak akan tampil menentang usaha Pas untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat sebagaimana tindakan pemimpin DAP lain kerana mahu menjaga hati penyokong Pas demi kelangsungan dinasti Lim. Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, untuk menjamin kelangsungan dinasti Lim khususnya di Pulau Pinang, Kit Siang tidak akan mengikut jejak bekas Pengerusi, Karpal Singh dan Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua yang lantang memberi peringatan kepada Pas agar tidak meneruskan hasrat tersebut. Beliau tidak akan membuat pendirian tegas mengenai hudud demi menjaga hati penyokong Pas terutama di Pulau Pinang bagi memastikan negeri tersebut kekal berada dalam genggaman dinasti Lim," dakwa Lum Yong dalam satu kenyataan di sini hari ini. Sebelum ini pelbagai pihak mencabar Kit Siang dan anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP belum disahkan, Lim Guan Eng tampil menyatakan pendirian berhubung tindakan Pas mahu membentangkan rang undan-undang persendirian untuk mendapat kebenaran bagi membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan. Cabaran dibuat selepas Karpal dan Tony Pua secara terbuka memberi ingatan keras kepada Pas agar jangan meneruskan hasrat tersebut kerana hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan pembangkang dan menjelaskan, DAP akan menggagalkan usaha parti sekutunya itu. Dalam perkembangan berkaitan, Lum Yong yang juga antara bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Kit Siang tidak perlu memberi ceramah politik kepada pemimpin-pemimpin MCA mengenai hudud kerana beliau sendiri gagal memahami soal Perlembagaan DAP. Lebih baik Kit Siang beri ceramah politik kepada Guan Eng dan mengajar anaknya itu mengenai Perlembagaan parti serta bagaimana untuk mengira 1,823 undi (yang menjadi kontroversi semasa pemilihan DAP baru-baru ini)," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |