felda jengka - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jengka - Google Blog Search |
| <b>FELDA JENGKA</b> 19: Berita Harian: Hip Posted: 19 Apr 2011 11:10 AM PDT Hip AFDLIN SHAUKI dan Ismail memotong kek sebagai tanda kerjasama antara Vision Works dengan Ismail Holdings. LIMA belas filem dalam tempoh 24 bulan. Itulah hasrat Afdlin Shauki yang mahu melaksanakan impian itu bersama-sama beberapa rakan kongsi lain dengan matlamat untuk merancakkan lagi industri perfileman yang semakin mendapat sambutan daripada penonton. Bagi mencapat matlamat itu, Afdlin melalui syarikat penerbitannya, Vision Works (M) Sdn Bhd membuka peluang kepada pengarah baru dan lama untuk bekerjasama dengannya bagi menerbitkan filem. Sasarannya lima filem dihasilkan tahun ini selepas dua filem terbarunya selesai menjalani penggambaran iaitu Ponti VS Omi dan Berani Punya Budak yang kini dalam proses pasca produksi.Meskipun kekuatannya lebih kepada filem bergenre komedi, namun dengan kerjasama itu dia yakin dapat menghasilkan filem lebih serius, malah Afdlin juga tidak memilih karya yang dihasilkan jika ia mampu menarik minat penonton. Baginya, kerjasama Vision Works dengan Ismail Holdings Sdn Bhd membuka peluang kepada pengarah lain untuk bersama-sama dengannya menghasilkan filem serta dapat bekerjasama dengan syarikat penerbitan filem seperti Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB), MIG Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB). "Kalau kita boleh buat 15 filem dalam tempoh dua tahun, apa salahnya kita berkongsi dengan pengarah lain seperti Ahmad Idham, Mamat Khalid dan KRU untuk hasilkan filem bersama. Kita nak sama-sama naik dan merasa imbuhan yang kita dapat hasil daripada jalinan kerjasama ini," katanya.
Afdlin berpendapat pelakon baru perlu ada dalam sesebuah filem yang dihasilkan supaya bakat mereka dapat diasah dan tidak disisihkan bahkan akan turut memberi impak kepada sesebuah penerbitan filem. "Kita akan cuba asah bakat pelapis baru seperti Isma Hanim dan Lana Nordin untuk turut sama dalam membintangi filem kita agar bakat mereka dapat dicungkil. Kita cuba gabungkan pelakon baru dan lama untuk menguatkan lagi nama mereka kerana sokongan atau pembantu perlu ada supaya filem itu nampak seimbang," katanya. Selain bercita-cita terbitkan 15 filem, Afdlin turut menyimpan impian membina sebuah studio perfilemannya sendiri yang dilengkapi peralatan terkini dan canggih seperti KRU Studio dan Studio FINAS. Walaupun projek itu membabitkan kos yang tinggi, namun peluang untuk merealisasikan hasratnya itu akan terlaksana setelah mendapat persetujuan daripada Pengerusi Syarikat Ismail Holdings Sdn Bhd, Datuk Ismail Abdur Rahman. "Datuk Ismail sudah bersetuju dengan cadangan itu tetapi belum tahu lagi bila akan dibina tetapi kita akan membina studio di kawasan yang kecil saja dan dilengkapi peralatan studio yang terkini dan canggih. "Malah Datuk sendiri bersetuju untuk hasilkan 15 filem serta membeli peralatan studio termasuklah kamera digital, lampu penataan cahaya dan macam-macam lagi," katanya. Afdlin berharap dengan terbinanya studio terbabit nanti akan merancakkan lagi industri perfileman tempatan, bahkan akan memberi peluang kepada syarikat produksi lain menggunakan kemudahan kelengkapan studio yang terdapat di studionya itu. Meskipun masih dalam perancangan, namun Afdlin sudah menyimpan hasrat untuk menghasilkan lebih banyak filem di masa depan dengan pengarah lain. Malah, Afdlin masih berhasrat untuk membuat penggambaran di luar negara seperti filem Sumolah, bahkan berminat untuk mengunjungi Jepun sekali lagi sebagai lokasi penggambaran filemnya nanti. "Ada perancangan untuk shooting di luar negara macam di London tetapi saya masih menyimpan impian untuk membuat penggambaran sekali lagi di Jepun," katanya. Genre seram dan komedi jadi pilihan Dalam pada itu, Afdlin kini sedang sibuk membuat persediaan untuk penggambaran tiga filem terbarunya iaitu Along Bukit Beruntung, Berhantu dan Papadom 2 yang bakal diterbitkan bersama TUSB. Bersandarkan kos pembikinan sekitar RM1.6 juta setiap filem, Afdlin yakin semua filem itu akan dapat dihasilkan sehingga penghujung tahun ini walaupun dua filem terbarunya, Ponti VS Omi dan Berani Punya Budak belum ditayangkan. "Kita tak boleh tunggu filem tayang baru nak buat filem baru kerana dalam masa kita menunggu tarikh wajib tayang itu, kita sudah mampu menghasilkan sebuah filem baru kerana tempoh penggambaran filem bukannya lama," katanya. Filem Ponti VS Omi mengisahkan pergolakan dua ekor hantu, Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu, namun bagi menguji kepintaran hantu terbabit supaya diterima dalam kelompok hantu, kedua-duanya diuji untuk menakutkan penduduk Kampung Puaka yang turut didiami lima orang bomoh atau pawang. Filem bergenre komedi seram ini turut menyelitkan elemen percintaan dan pertelingkahan di antara kedua-duanya yang turut dibintangi Johan (Omi), Nabil (Ponti), Afdlin Shauki (Pak Rejab), Khir Rahman (Sudiro), Lana Nordin (Ruminah), Adibah Noor (Saodah), Sharifah Shahirah (Ratu Syaira) dan Syarifah Amani (Maria). Manakala Berani Punya Bmengisahkan tentang pertelingkahan kumpulan gangster Thai yang berlarutan sehingga ke Malaysia, namun pelbagai cabaran ditempuhi bagi meloloskan diri daripada Interpol. Filem yang dibintangi Afdlin Shauki (Tong/ Shuhaimi Abdullah), Awie (John), Nabil (Brother John), Johan (Detektif Azlan), Adlin Aman Ramlie (Detektif Azman) dan Riezman Khuzaimi (Kuza) serta turut dibantu beberapa pelakon daripada Thailand ini sedang menjalani proses akhir sebelum ditayangkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Malaysia Zoom » Peneroka rugi RM67,800 Posted: 20 Apr 2011 04:10 PM PDT
MARAN 20 April – Seorang peneroka Felda Jengka kerugian RM67,800 selepas terpedaya dengan helah seorang lelaki bergelar 'Pak Haji' yang berlagak alim dan meminjamkan wangnya kepada suspek di Temerloh, kelmarin. Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 mendakwa, kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu berlaku apabila dia ditegur seorang lelaki berdekatan Bangunan Tabung Haji Temerloh. Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama 'Haji Husin' yang kononnya tinggal di Temerloh kerana menjalankan urusan perniagaan batu permata. "Kira-kira lima minit berbual, muncul seorang lagi lelaki memperkenalkan diri sebagai 'Haji Mad Saad' menyatakan seorang rakannya yang dihubungi melalui telefon sanggup membeli permata dengan harga RM200,000. "Haji Mad Saad mendakwa rakannya yang bernama Haji Osman sedang menunggu di hadapan Pasar Raya Terus Maju di Jalan Temerloh-Maran bagi urusan jual beli permata itu. "Apa yang menghairankan, saya tidak membantah apabila dipelawa berjumpa Haji Osman di pasar raya berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Felda Seroja Jengka 18 di sini, semalam. Mohamed memberitahu, ketika menemui Haji Osman di pasar raya itu, lelaki terbabit menyatakan tidak membawa wang untuk membeli batu permata berkenaan. Berikutan itu, ujarnya, Haji Osman meminta dia mendahulukan wangnya sebelum memberi nombor telefon dan alamat rumah di Taman Chengal di sini. "Saya diarah oleh Haji Osman balik ke Felda Jengka 18 bersama Haji Mad Saad untuk mengambil buku akaun sebelum datang semula ke Temerloh untuk mengeluarkan wang. "Tanpa membantah saya mengeluarkan wang simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak RM52,000 dan RM13,000 daripada Bank Rakyat. "Wang tunai di tangan sebanyak RM2,800 untuk membeli keperluan rumah turut dikebas ketiga-tiga lelaki terbabit," katanya. Menyedari dirinya ditipu, Mohamed berkata, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan. Dipetik dari Utusan Malaysia Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from felda jengka - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



