{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


<b>FELDA</b> Diminta Segerakan Pembinaan Rumah Generasi Kedua

Posted: 05 Apr 2011 06:30 AM PDT

GUA MUSANG - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) diminta menyegerakan pembinaan lebih 400 buah rumah bagi menampung keperluan generasi kedua di Rancangan Tanah Felda di Hulu Kelantan seperti yang dijanjikan sejak dua tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata ini kerana masalah kekurangan rumah itu menyebabkan timbul masalah terutama anak peneroka yang sudah berumah tangga tetapi masih bersesak tinggal di rumah ibu bapa mereka yang merupakan generasi pertama Felda.

"Pengurusan Felda telah menjanjikan rumah menerusi skim pembinaan perumahan agensi itu sejak dua tahun lalu dan saya harap perkara ini menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Nozula yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata tapak bagi pembinaan projek perumahan telah dikenal pasti iaitu di Rancangan Tanah Felda Chiku Lima yang mampu memuatkan 400 unit rumah.

Beliau berkata generasi kedua Felda berkenaan bersedia membayar kos yang ditetapkan sekiranya pembinaan rumah berkenaan dapat dibina.

Sumber:BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

CoNtEnG: <b>Felda</b> Sungai Klah Trip Part 1

Posted: 19 Apr 2011 07:31 AM PDT

Sabtu, 16 April 2011 (Birthday aku weh!)  :

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul kat port lepak kitorang masa duduk kat D'Rimba dulu, Restoran Diana kat Kota Damansara.Kitorang mulakan perjalanan dalam pukul 10.15 malam. Yang naik kereta ada yang dah gerak petangnya. Kami yang naik motor ni seramai 10 orang, terdiri dari Aku, Akbar, Rutet, Zainuddin, Zammuri, Shafiq Sahlan, Apek, Speyos, Pidut dan juga Tontoi. Kitorang jalan waktu malam, sebabnya ada yang ada hal petang tu, lepas tu malam sejuk sikit, selesa la nak bawak motor jauh-jauh. Tak ada la penat sangat kan. Lepas isi minyak, kitorang keluar dari Tol Kota Damansara masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke arah utara.

Tak berapa lama lepas tu, motor Shafiq Sahlan pulak pancit. Baru sampai Rawang. Tinggallah aku, Akbar, Rutet, dan Tontoi membantu. Yang lain-lain dah lepas ke depan, laju sangat. Pidut pulak kejar diorang, dekat 20km baru dapat jumpa balik. Last-last diorang tunggu kat Hentian Tanjung Malim je.

Berbalik kepada kitorang pulak. Masa pancit tu, ada la lagi 8km nak ke hentian Rawang. Tools aku ada, Tontoi pulak ada tiub tayar, boleh la nak ganti. Tapi masalahnya tak ada pam pulak. Jadi nak tak nak kena la jugak bawak motor yang dah kempis tayar tu. Bawak slow-slow, akhirnya sampai jugak.

Agak lama jugak la kitorang kat situ. Mula-mula cadang nak terus letak angin je, sebab tayar tu tubeless sebenarnya. Tiub yang bocor pulak bocor kat sebelah dalam, maknanya bukan sebab ada paku atau benda tajam lain, tapi sebab permukaan sport rim yang calar, lepas tu ada serpihan besi sikit. Tapi pam pulak tak kuat. Angin jenis putus-putus, bukan macam kat kedai motor tu, terus masuk je. Last-last ikut cadangan Tontoi la jugak, guna tiub. Nasib baik ada kertas pasir kat dalam bonet motor aku. Perlu sebab nak gosok kesan calar yang ada besi tajam tu, kalau tak tiub boleh bocor balik.

Yang kiri sekali Tontoi, Aku kat tengah, depan tu Rutet, yang belakang macam tengah mengenang nasib tu Shafiq Sahlan. Akbar tukang ambik gambar.

Gosok


Kitorang siap pun dah pukul 12 lebih. Sampai Tanjung Malim dah dekat pukul 1 pagi. Kesian diorang kena tunggu lama. Lepas isi minyak, kitorang teruskan perjalanan ke Felda Sungai Klah.
Kat hentian rehat Tanjung Malim.
Sebelum sampai Sungai Klah, Apek berpisah dengan kitorang, sebab dia balik Felda Trolak. Dah dekat lagi pun, jadi dia datang esoknya. Kitorang sampai rumah Adli pun dah pukul 2 lebih. Makanan pun dah tersedia, apa lagi kan. Yang dah sampai siang tadi dah siap makan, tengah lepak tengok bola. Ada jugak yang naik kereta gerak tak lama lepas kitorang mula jalan. Tapi diorang sampai dulu la kan. Tak lama lepas tu, kitorang pun ditunjukkan tempat penginapan kitorang. Ada rumah pegawai Felda yang kosong, jadi kitorang tumpang bermalam kat situ. Ramai jugak, habis penuh rumah tu dengan kitorang. Dalam pukul 3.30, aku terlena... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat