{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Agrobiz

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Agrobiz


Sarang burung tiruan

Posted: 30 Mar 2014 10:37 PM PDT

Oleh laupa junus

DR. Mohd. Noor Hisham menunjukkan sarang burung walet di pejabatnya di Putrajaya.

Satu ketika dulu harga sarang burung walet begitu tinggi di pasaran terutama yang bergred tinggi dan mencetuskan fenomena yang luar biasa.

Minat orang ramai terhadap burung tersebut agak luar biasa dan ramai ingin menjadi pengusaha sarang burung.

Malangnya di sebalik semua itu, timbul masalah lain apabila ada pihak yang cuba yang mengambil kesempatan mengaut untung ekoran harga yang agak lumayan dengan cara yang tidak betul.

Ketika itu pihak berkuasa khususnya Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesan perbuatan pihak tertentu menghasilkan sarang burung tiruan dengan kaedah- kaedah tertentu.

Perbuatan tersebut dikesan menerusi siri serbuan setelah mendapat aduan bahawa adanya usaha mengeluarkan sarang burung tiruan secara besar-besaran.

Ketua Penolong Pendaftar Kanan, Seksyen Aneka Haiwan Bahagian Pembangunan Komoditi Ternakan JPV, Dr. Mohd Noor Hisham Mohd. Haron berkata, antara pendekatan pengeluar sarang burung tiruan tersebut ialah menghasilkan sarang burung berwarna keperangan.

Menurut beliau , pengeluar terbabit menggunakan kaedah pewarnaan menggunakan najis burung sendiri yang diletak dalam kebuk khas dan dibiarkan wap membasahkan sarang burung lalu bertukar menjadi warna tersebut.

Cara tersebut adalah bertujuan mengabui mata pengguna terutama mereka yang taksub dengan usaha burung yang kononnya menghasilkan sarang bersungguh -sungguh sehingga mengeluarkan daripada darahnya yang menyebabkan warna sarang bertukar.

Pengeluaran sarang burung tiruan ketika itu sebenarnya didorong permintaan yang tinggi terutama dari negara pengimport iaitu China.

Mereka iaitu orang Cina percaya mitos bahawa sarang burung merah dihasilkan daripada usaha burung bersungguh-sungguh menghasilkannya, katanya.

Malangnya kata beliau, meskipun sarang burung tersebut adalah asli tetapi teknik mewarnakannya menggunakan wap dan najis burung agak berbahaya kerana dalam bekas tertutup menghasilkan wap ammonia , katanya.

Malah kandungan ammonia pada sarang burung tersebut boleh mencecah 1,000 bahagian perjuta (ppm).

Satu lagi kaedah yang sebenarnya menghasilkan sarang burung tiruan ialah menggunakan tepun dan bihun yang jelas kelihatan pada mata kasar.

Sarang burung jenis itu dibentuk daripada adunan tepung atau bihun menggunakan acuan tertentu menyerupai sarang burung asli. Satu lagi ramuan yang digunakan ialah kulit khinzir yang mempunyai kolagen serta rumpai laut serta dicantumkan menggunakan sejenis gam khas.

Bagaimanapun katanya, pengeluaran sarang burung tiruan tersebut tidak lagi dilaporkan berlaku mungkin disebabkan harganya tidak setinggi dulu.

Sebelum ini katanya, pengeluaran sarang burung walet tiruan bukanlah untuk dijual berasingan tetapi dicampur bersama yang asli bagi mengabui mata orang ramai.

Paling mendukacitakan, harga sarang burung tiruan tersebut dijual agak mahal, sama seperti produk sarang asli.

Dalam satu serbuan bersama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan satu ketika dulu, kami mengesan harga semangkuk sup sarang burung mencecah RM15 .

Kami dapati sarang burung tersebut tiruan kerana berdasarkan pemerhatian, produk tersebut tidak berbau seperti putih telur selain tidak kembang dalam mangkuk, katanya.

Satu lagi penipuan yang dibuat ialah ketika mencuci sarang burung bagi meningkatkan grednya.

Bagi mengelakkan penggunaan tenaga buurh yang terlalu ramai, segelintir pengusaha menggunakan cecair petunjuk bagi tujuan pembersihan sarang daripada bulu-bulu yang melekat padanya.

Namun kata Dr. Mohd. Noor Hisham, penggunaan cecair peluntur mengakibatkan sarang burung mengandungi bahan kimia manakala bulu yang terlekat padanya tidak tertanggal.

Apabila sarang burung direndam. Akan kelihatan bulu-bulu yang belum tertanggal terapung di permukaan air, katanya.

Sarang komersial walet

Posted: 30 Mar 2014 10:37 PM PDT

Burung walet biasanya bersarang di penjuru rumah.

Nilai komersial burung walet memang diakui dan jumlah pengusaha yang ramai menunjukkan industri tersebut mendatangkan keuntungan.

Pernah satu ketika, harga sarangnya mencecah antara RM3,000 dan RM25,000 iaitu jenis sarang putih yang belum dibersihkan.

Meskipun sebelum ini ramai yang keliru dengan burung layang-layang, tetapi terdapat perbezaan ketara jika dibuat perbandingan manakala persamaannya pula ialah sarang kedua-duanya amat berharga.

Burung walet dikatakan mudah didapati di sekitar rantau Asia Tenggara tetapi sebahagian besar kita hanya mengetahui ia tertumpu di Malaysia dan Indonesia.

Jumlah pengusaha sarang burung walet tempatan ketika ini agak tinggi iaitu kira-kira 70,000 yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Sarang burung walet banyak ditemui di gua termasuk Gua Niah di Sarawak.

Pembinaan sarang burung walet pula memerlukan pelaburan besar seunit rumah kedai atau gedung kosong tiga tingkat berukuran 70 kaki X 20 kaki.

Berdasarkan kepada senario dan sifat-sifat burung, kos pelaburan tersebut terlalu berisiko kerana jika gagal memilih lokasi yang sesuai, ia memungkinkan rumah kekal kosong dalam jangka masa yang panjang tanpa dihuni oleh burung walet.

Burung walet biasanya membuat sarang selepas tiga bulan memasuki bangunan dan ia bergantung kepada keadaan gelap, kelembapan dan suhu di kawasan tersebut.

Sarang burung ini dihasilkan menerusi rembesan cecair daripada kelenjar tepi kelenjar air liur.

Oleh itu cecair yang dihasilkan digunakan untuk membuat sarang yang mungkin dianggap kotor, sebaliknya kajian menunjukkan sarang burung tersebut mengandungi asid amino (unit asas protein) yang tinggi.

Sarang dapat disiapkan dalam tempoh 45 hari dan biasanya sarang burung dibuat di kawasan sisipan rumah sesuai dikutip dalam dua keadaan iaitu waktu sebelum bertelur atau selepas bertelur.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar