{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Luar Negara


16 korban ribut di China

Posted: 31 Mar 2014 11:20 AM PDT

BEIJING 1 Apr. - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan dua mangsa lagi masih hilang dalam kejadian ribut yang turut menyebabkan bencana banjir dan tanah runtuh di selatan China, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, tujuh kematian dicatatkan di wilayah Guangdong, masing-masing dua di Jiangxi, Hunan, Guizhou dan Chongqing, manakala seorang lagi di Guangxi.

Jelas laporan itu, pasukan penyelamat di wilayah Guangxi bertungkus-lumus sejak semalam bagi mencari seorang pekerja lombong yang menjadi mangsa tanah runtuh.

Kementerian Hal Ehwal Awam dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk yang bermula sejak Jumaat lalu juga menjejaskan tujuh wilayah dengan wilayah Guangdong paling teruk terjejas sehingga memaksa lapangan terbang utama dan sekolah ditutup. - AFP

Kemboja guna belantan hentikan tunjuk perasaan

Posted: 31 Mar 2014 10:26 AM PDT

PHNOM PENH 1 Apr. - Polis Kemboja terpaksa menggunakan belantan bagi menghentikan tunjuk perasaan yang disertai oleh kira-kira 100 penyokong parti pembangkang di negara ini, yang menuntut lesen diberikan bagi saluran televisyen baharu sekali gus bercanggah dengan kumpulan hak asasi, menyebabkan dua cedera.

Tunjuk perasaan itu bertukar menjadi ganas apabila Perdana Menteri Hun Sen berdepan isu-isu kenaikan gaji pekerja kilang, perebutan tanah serta dakwaan penipuan undi dalam pilihan raya, tahun lepas.

Tunjuk perasaan ini merupakan kali kedua dalam tempoh dua bulan apabila penyokong pembangkang berkumpul bagi menggesa Kementerian Penerangan supaya meluluskan saluran baharu, yang dikendalikan oleh personaliti radio terkenal, Mam Sonando , seorang pengkritik kerajaan.

Pihak berkuasa melaksanakan undang-undang bagi mengelak keadaan huru-hara. Perhimpunan ini adalah haram," kata jurucakap pihak berkuasa, Long Dimanche sambil memberitahu kesemua penunjuk perasan telah ditahan. - REUTERS

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar