Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Laporan bias media asing dikutuk
- Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempas
- MAS belum terima notis saman
Laporan bias media asing dikutuk Posted: Laporan bias media asing dikutuk
KUALA LUMPUR - Rakan-rakan Kapten Zaharie Ahmad Shah mengutuk tindakan akhbar tabloid antarabangsa Daily Mail yang melaporkan juruterbang itu mengasingkan diri daripada keluarga sebelum menerbangkan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu. Bekas rakan sekolah kepada juruterbang pesawat itu, Dr. Mohd. Ghouse Mohd. Noor berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan ia berunsur fitnah semata-mata. "Saya kini sentiasa ada bersama keluarga Zaharie, saya telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut. "Saya tidak faham dari mana mereka dapat cerita ini. Itu tidak benar sama sekali. Ada pihak yang sengaja manipulasi maklumat dari sumber yang tidak sahih," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Beliau berkata demikian mengulas susulan laporan media antarabangsa yang mengatakan bahawa Zaharie berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil kerana mempunyai masalah rumah tangga serta sedang dalam proses perceraian. Menurut laporan oleh Daily Mail itu, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan telah memberitahu pihak penyiasat kononnya suaminya selalu mengenepikan ahli keluarganya dan hanya menghabiskan masa berjam-jam dengan simulator penerbangannya. "Saya berharap individu yang sengaja mereka cerita mengenai perkara ini lebih sensitif dalam menyebarkan maklumat dan berfikir tentang perasaan ahli keluarga Zaharie, jangan mengada-adakan cerita tanpa bukti. "Hairan sungguh bagaimana maklumat yang tidak sahih itu boleh dijadikan bahan berita,"katanya yang juga merupakan pengendali laman Facebook 'Friends of Captain Zaharie MH370'. Turut membidas laporan media antarabangsa itu, seorang lagi bekas rakan sekolah Zaharie, Mohd. Nasir Othman yang meluahkan rasa kecewa dengan spekulasi baharu yang disebarkan.
"Tidak adil melemparkan tuduhan tanpa bukti yang sahih. Dalam situasi sekarang ini, tumpuan adalah untuk mencari pesawat yang hilang itu dan bukannya menyebarkan spekulasi memburukkan peribadi mangsa yang terlibat,"katanya. Dalam pada itu, anak Zaharie, Aishah mendakwa laporan Daily Mail mengenai bapanya itu sebagai satu fitnah yang lebih teruk daripada membunuh. Melalui laman sosial Facebook miliknya kelmarin, Aishah, 28, telah memuat naik status yang ditujukan kepada Daily Mail dengan memetik sepotong ayat daripada al-Quran yang menyatakan dosa melakukan fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Aishah turut menyarankan supaya akhbar tabloid itu mempertimbangkan untuk membuat filem berikutan laporan yang didakwa sebagai tidak benar itu. "Kepada Daily Mail, anda sepatutnya mempertimbangkan membuat filem kerana anda begitu baik dalam membuat cerita dan skrip. "Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda," tulis Aishah melalui laman Facebooknya. | |||||
Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempas Posted: Perdana Menteri tidak pernah sebut MH370 terhempasAmir Hafiz Abd. Rahman KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan 'terhempas atau tiada yang terselamat' semasa mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar harian di sini semalam berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia. "Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa Perdana Menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat. "Perkara itu benar-benar salah. Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.
Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (UK) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata: "Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi". Sementara itu, Hishammuddin berkata, Perdana Menteri akan melakukan lawatan ke Perth, Australia esok untuk melihat sendiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan. Beliau berkata, lawatan kerja tersebut akan dilakukan di Pangkalan Udara Pearce, di Perth, Australia, yang menjadi pusat SAR MH370. "Selain melihat sendiri perkembangan operasi, Perdana Menteri juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus sejak 23 hari lalu melaksanakan kerja yang cukup rumit dan sukar," katanya. | |||||
Posted: MAS belum terima notis samanAHMAD JAUHARI KUALA LUMPUR – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan masih belum menerima sebarang notis saman ataupun mengenai tindakan undang-undang terhadapnya daripada ahli keluarga penumpang pesawat MH370 di China. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, sehubungan itu, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang reaksi ataupun kenyataan ekoran kekurangan maklumat berkenaan isu terbabit. "MAS belum menerima sebarang notifikasi saman. Kami perlu tahu saman itu mengenai apa sebelum memberi komen mengenainya," katanya pada sidang akhbar harian di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |