felda jenderak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jenderak - Google Blog Search |
<b>felda jenderak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 07 Mar 2014 01:41 AM PST SEBULAN di Felda Kemasul kumpulan kami kumpulan D (TFABM kumpulan 2 1979) dipindahkan pula ke Felda Jenderak Selatan Kuala Krau untuk menjalani praktikal kawasan getah. Rancangan ini juga baru dimasukkan peneroka dan masih belum mempunyai kemudahan asas secukupnya. Di sini kami terpaksa menaiki trektor ke ladang untuk melihat kerja-kerja menanam pokok getah di jalankan. Dapat aku belajar serba sedikit mengenai klon getah menerusi tunjuk ajar pengurus serta kakitangan sedia ada. Ramai kawan-kawan kalangan TFA yang mula menunjukkan rasa bosan berada di rancangan FELDA. Maklumlah, berada di sebuah rancangan pendalaman, sukar untuk keluar masuk apabila habis waktu pejabat dan kadangkala terpaksa membuat kerja praktikal termasuk mengisi tanah ke dalam polibeg di tapak semaian. Pekan paling hampir ialah Kuala Krau, namun kami tidak dapat ke sana kerana tiada kenderaan. Pihak kakitangan daripada sekolah latihan hanya berkuntung sesekali membuat lawatan atau datang membuat bayaran elaun bulanan kami. Semasa berada di rancangan untuk menjalani praktikal ini kami dibayar elaun penuh iaitu sebanyak RM130 sebulan. Memang membosankan. Ramai kawan-kawan yang mula memohon kerja baru untuk meninggalkan rancangan Felda. Catatan:
|
You are subscribed to email updates from felda jenderak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |