{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Perkasa usaha cegah jenayah

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

AZMAN Amin Hassan (dua dari kanan) menyampaikan sijil kepada anggota SRS dalam majlis perasmian Pusat Komunikasi Radio SRS Negeri Kelantan, di Tumpat, semalam. - MINGGUAN/YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT 29 Mac - Penubuhan Pusat Komunikasi Radio Skim Rondaan Sukarela (SRS) akan memperkasakan lagi usaha membantu pihak berkuasa mencegah jenayah di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan berkata, projek yang dibangunkan sejak lima tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

"Insya-Allah kemudahan ini akan dapat dinikmati oleh seluruh anggota SRS yang berada di Semenanjung. Untuk Sabah dan Sarawak kita sedang berusaha bagi membolehkan mereka menggunakan kemudahan ini.

"Dengan adanya kemudahan ini, semua anggota SRS di seluruh negara dapat berinteraksi dan berkongsi maklumat sekali gus dapat membantu pihak berkuasa mencegah jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komunikasi Radio SRS Negeri Kelantan dan Jom Ronda 3.0 Peringkat Daerah Tumpat di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Morak dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir, Pengarah JPNIN negeri, Safidah Abu Samah dan Ketua Polis Daerah, Supritendan Zaharudin Rasip.

Azman memberitahu, Kelantan merupakan negeri perintis menggunakan kemudahan tersebut di negara ini.

Katanya, kemudahan itu akan dapat dinikmati oleh anggota SRS di seluruh jajahan kecuali Gua Musang yang masih dalam peringkat pembangunan sistem berkenaan.

Mengulas mengenai Jom Ronda 3.0, Azman berkata, program tersebut banyak membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana selamat.

Tambahnya, pihaknya akan terus mempergiatkan usaha bagi memastikan lebih banyak KRT ditubuhkan pada tahun ini.

Tiada pampasan projek lebar jalan - MB

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

KUALA TERENGGANU 29 Mac - Kerajaan negeri Terengganu tidak akan memberi pampasan kepada penduduk yang terlibat dalam projek pelebaran jalan di sekitar Kampung Kuala Abang dekat Dungun hingga ke jambatan Merchang, Marang kerana tanah yang terbabit ialah tanah rezab milik kerajaan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, malah pihaknya banyak berdiplomasi apabila tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada penduduk yang terlibat.

"Jika ikut peraturan, mereka telah menceroboh tanah kerajaan secara haram dan boleh dikenakan denda atau penjara dua tahun.

"Namun, kita tidak bertindak demikian sebaliknya hanya mengambil tanah terbabit untuk proses menaik taraf jalan sedia ada untuk dilebarkan menjadi jalan empat lorong demi keselesaan rakyat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-10 Persatuan Bekas Pegawai Tadbir negeri Terengganu di sini hari ini.

Projek naik taraf jalan raya dari Kemaman ke Kuala Terengganu sepanjang 160 kilometer itu dijangka siap pada 2018 dan kini dijalankan secara berperingkat mengikut fasa yang dirancang.

Pelebaran jalan daripada dua lorong kepada empat lorong itu bertujuan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya serta menjimatkan masa perjalanan.

Sementara itu, mengenai aktiviti ekonomi sekitar Kampung Pasir Putih yang begitu sinonim dengan gerai jagung, Ahmad berkata, penduduk yang terlibat boleh membuka gerai mereka berdekatan rumah dan ia mesti mempunyai jarak khusus dari tanah rezab kerajaan.

"Tiada masalah untuk mereka terus berniaga, cuma gerai sedia ada memang dibina dalam tanah milik kerajaan dan kita terpaksa mengambilnya semula.

"Jadi, selepas ini mereka boleh berniaga seperti biasa di gerai baharu yang berhampiran rumah mereka," katanya. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar