{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Menghijaukan bumi Pahang

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

SULTANAH Hajah Kalsom diiringi oleh Tengku Fahd Muadadzam Sultan Ahmad Shah (kanan) berkenan menyiram pokok pada majlis pelancaran Program Hijau SASET di IKBN Lanchang, Temerloh, Pahang, baru-baru ini.

TEMERLOH 31 Mac - Program Hijau bersama-sama Yayasan Alam Sekitar Sultan Ahmad Shah (SASET) di bawah yayasan itu komited dalam mengajak rakyat bersepakat dan bersatu untuk memelihara serta memulihara khazanah alam bernilai tinggi di negeri ini.

Pengerusinya, Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahd Muadadzam Sultan Ahmad Shah berkata, tumpuan yayasan adalah untuk menyasarkan komuniti, pelajar sekolah, penuntut dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya lebih proaktif menjaga kualiti alam sekitar.

Menurut beliau, penglibatan semua pihak secara langsung akan menjadi tenaga penting sebagai penggerak ke arah meningkatkan kesedaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar serta kehijauan kawasan di tempat tinggal.

"Kebersihan dan penjagaan alam sekitar akan menjadi program teras SASET setiap tahun kerana faktor berkenaan dapat menambah daya tarikan pelancong ke negeri ini.

"Sehubungan itu, SASET menyasarkan lebih 22,000 batang pokok ditanam iaitu 2,000 batang pokok bagi setiap daerah sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

Program penghijauan serta penanaman pokok bertujuan menyelamatkan alam sekitar dan kawasan sekeliling bagi mencapai misi serta visi yayasan ini," katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran program berkenaan peringkat negeri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lanchang di sini baru-baru ini.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom berkenan mencemar duli merasmikan program tersebut.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang, Datuk Ishak Mohamad dan Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani.

Tengku Fahd berkata, visi SASET adalah untuk menjadikan komuniti dan rakyat menanam seberapa banyak pokok termasuk di kawasan tanah rancangan Felda, kampung tradisional serta bandar bagi menjamin alam sekitar sentiasa bersih.

Tambahnya, sokongan kerajaan negeri terhadap program berkenaan sangat membantu ke arah menjadikan Pahang sentiasa hijau dengan flora serta fauna dan hidup dalam habitat semula jadi.

"SASET akan terus berperanan memupuk sikap dan menggerakkan minda masyarakat menjaga kebersihan dalam konteks penjagaan alam sekitar," katanya.

Dalam pada itu, Adnan berkata, keistimewaan Pahang yang dianugerahkan alam semula jadi perlu dieksploitasi dengan baik tanpa mengabaikan aspek kebersihan dan keceriaan aset berkenaan.

Menurutnya, aset pelancongan merupakan satu daya tarikan dalam menarik pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke negeri ini.

Tambahnya, aliran kehadiran pelancong ke negeri ini terus meningkat kerana mempunyai pelbagai destinasi menarik yang menjadi pilihan mereka untuk bercuti di sini.

"Ikon pelancongan Pahang akan kekal dikunjungi oleh pelancong jika aspek kebersihan serta keceriaan menjadi keutamaan rakyat yang menyokong memelihara alam sekitar," katanya.

Tambah beliau, sektor pelancongan sangat membantu dalam merancakkan ekonomi negeri ini kerana aktivitinya mempunyai sifat rantaian seperti pengusaha bas pelancongan, hotel, premis makanan, pengangkutan dan sebagainya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab kerajaan bersama rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat memastikan aspek kebersihan serta keceriaan sentiasa dipelihara.

"Jika aspek kebersihan diabaikan seperti membuang sampah sarap di kawasan kediaman, penduduk akan menghadapi masalah seperti banjir kilat berikutan sistem saliran di tempat mereka tersumbat," ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong penuh usaha SASET yang bergerak ke hadapan sebagai sebuah NGO dalam mengekalkan kehijauan negeri ini.

Ibu muda rayu bantuan rawat anak jantung berlubang

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

NURUL Asniralisa Asri memangku Wan Awa Qyreena Wan Azlan di wad kanak-kanak Hospital Lipis, Pahang, kelmarin.

KUALA LIPIS 31 Mac - Hati ibu mana yang tidak dirundung sedih apabila anak yang baru dilahirkan beberapa hari disahkan mengalami komplikasi jantung berlubang.

Begitulah perasaan seorang ibu muda, Nurul Asniralisa Asri, 25, yang tidak dapat menahan sedih apabila memikirkan anak sulungnya, Wan Awa Qyreena Wan Azlan, 44 hari, terpaksa menerima dugaan yang berat itu.

"Saya tidak dapat berkata apa-apa apabila diberitahu doktor pakar di Hospital Lipis yang Wan Awa Qyreena disahkan mengalami jantung berlubang.

"Malah, beban tiada tertanggung lagi apabila kesnya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur bagi menjalankan pembedahan pada 28 April ini dengan kos kira-kira RM45,000," katanya kepada pemberita di wad Kanak-Kanak, Hospital Lipis di sini kelmarin.

Menurut Nurul Asniralisa, pada minggu kedua selepas Wan Awa Qyreena dilahirkan 13 Februari lalu, dia membawa anaknya ke Hospital Lipis untuk mendapatkan rawatan penyakit kuning.

"Setelah diperiksa, pegawai perubatan mendapati anak saya mengalami komplikasi di bahagian pernafasan dan terus dirujuk kepada pakar sehinggalah disahkan mengalami jantung berlubang.

"Hati saya luluh apabila mendapati Wan Awa Qyreena menghidap jantung berlubang dan hanya mampu berdoa," katanya.

Nurul Asniralisa berkata, mereka tidak mampu menyediakan perbelanjaan sebanyak RM45,000 memandangkan suaminya, Wan Mohd. Azlan Shah Wan Yahaya, 27, tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala dia sudah berhenti kerja sebagai pembantu jualan selepas berkahwin.

Dia yang sebelum ini tinggal di rumah ibunya, Rohani Mohd Liki, 50, di Flat Unit Keselamatan Kawasan (UKK) Sungai Kerpan, Kuala Lipis dalam tempoh berpantang dan kini bersama-sama anaknya ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Lipis untuk pemantauan perubatan sebelum menjalani pembedahan.

"Saya tidak tahu sampai bila boleh memperoleh bantuan untuk anak menjalani pembedahan. Saya berharap ada individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sanggup membantu Wan Awa Qyreena menjalani pembedahan segera.

"Wang yang ada pada saya tidak mencukupi, hanya sekadar untuk pengurusan kebajikan anak ini semasa tempoh tinggal di wad jika pembedahan dilaksanakan segera di IJN nanti," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan Wan Awa Qyreena boleh menyumbang bantuan menerusi akaun Maybank Nurul Asniralisa Asri bernombor 156114267293 atau menghubungi 017-9148238 (Nurul Asniralisa) dan 014-2160852 (Rohani).

Siap sebelum Ramadan

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

SYED Ibrahim Syed Ahmad (kanan) mendengar taklimat daripada kontraktor ketika melakukan lawatan pembinaan Surau Lapang Besar yang baharu di Kuantan, Pahang, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 31 Mac - Surau Lapang Besar yang sedang dibina di tengah-tengah pusat bandar di sini dijangka siap sebelum ketibaan bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, projek pembinaan yang dilaksanakan kerajaan negeri dengan syarikat Jasa Iman Sdn. Bhd. dengan nilai RM2 juta itu kini 50 peratus siap.

Katanya, apabila siap kelak, surau itu mampu menampung sehingga 1,000 orang, sekali gus memudahkan umat Islam di bandar ini.

"Pembinaan surau baharu ini membolehkan penduduk setempat termasuk pekerja yang beragama Islam di kawasan sekitarnya dapat menunaikan solat serta aktiviti keagamaan di situ," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek surau berkenaan di sini kelmarin.

Syed Ibrahim berkata, kemudahan lain yang turut disediakan ialah tempat pengurusan jenazah, bilik imam, tempat wuduk, tandas, bilik tukar lampin untuk bayi dan tempat letak kereta.

Menurutnya, pemilihan lokasi pembinaan yang terletak bersebelahan pusat dagangan di situ amat tepat kerana memudahkan umat Islam menunaikan solat di situ.

"Sebelum ini terdapat surau berdekatan di Hotel Zenith tetapi terpaksa dirobohkan bagi laluan projek pembangunan.

"Pembinaan surau baharu ini menjamin keselesaan umat Islam, sekali gus mengembangkan lagi syiar Islam di sini," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar