{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Laluan baharu ke ijazah sarjana

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

IDRIS Jusoh (empat, kiri) bergambar bersama para penerima sijil perakuan Pengakreditan Pembelajaran Sepanjang Hayat (APEL) peringkat sarjana pada majlis penyampaian sijil APEL itu di Kementerian Pendidikan Putrajaya, semalam. Turut sama ialah Dr. Zaini Ujang (dua, kiri) dan Syed Ahmad Hussein (tiga, kanan).

PUTRAJAYA 31 Mac - Kerajaan mula mengorak langkah dalam mendemokrasikan proses pembelajaran peringkat tertinggi dengan mewujudkan laluan baharu kepada pekerja berpengalaman yang tiada ijazah sarjana muda melanjutkan pelajaran terus ke peringkat ijazah sarjana.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, menerusi program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Apel) pekerja yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana hanya perlu membuat permohonan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi proses saringan.

Beliau berkata, mana-mana calon yang layak akan diberikan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat ijazah sarjana di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

"Sebagai permulaan empat program ijazah sarjana ditawarkan iaitu pentadbiran perniagaan, teknologi maklumat, pendidikan dan seni persembahan yang mula ditawarkan sejak 18 Februari lalu.

"Program ini ini berfungsi sebagai satu jalan kemasukan alternatif kepada mereka yang kurang atau tiada kelayakan akademik tetapi mempunyai pengalaman kerja berkaitan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman pelaksanaan Apel bagi tujuan akses ke program ijazah sarjana dan sesi penyerahan sijil perakuan kepada lima pelajar program itu di bangunan Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan II, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Datuk Syed Ahmad Hussein.

Menurut Idris, program Apel itu telah dibuka kepada umum sejak September 2011 bagi akses kepada program ijazah sarjana muda manakala, untuk program sijil serta diploma pula dibuka pada Februari tahun lalu.

Idris berkata, sejak program itu dilaksanakan, 170 orang telah memohon dinilai dan daripada jumlah itu 13 orang untuk akses ke program ijazah sarjana, 108 orang (ijazah sarjana muda), 47 orang (diploma) dan dua orang (sijil).

"Berdasarkan tinjauan, 60 peratus pelajar yang lulus penilaian Apel ini telah memulakan pengajian dan daripada jumlah ini hampir 80 peratus menyambung pengajian di IPTS manakala selebihnya ke IPTA.

"Bagi yang masih belum melanjutkan pelajaran selepas lulus ujian penilaian pula disebabkan beberapa perkara antaranya kurang mendapat sokongan majikan untuk menyambung pelajaran serta kurangnya penerimaan pemberi pendidikan tinggi (PPP) awam menerima masuk pelajar yang lulus penilaian ini ke institusi masing-masing," katanya.

Tambah Idris, program tersebut bukan satu perkara yang baru malah telah lama dipraktikkan di negara lain malah tokoh terkenal, Prof. Datuk Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas juga pernah terlibat dalam program tersebut ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.

Sementara itu, Syed Ahmad berkata, orang ramai yang berminat untuk menyertai program tersebut perlu berumur 30 tahun ke atas dan lulus ujian penilaian Apel di samping membawa portfolio pekerjaan masing-masing bagi pengesahan pengalaman bekerja.

Beliau berkata, calon yang layak memohon ialah warganegara Malaysia dan memiliki sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau diploma atau setara dengan pengalaman kerja yang berkaitan.

Guru langgan pendidikan Tutor bantu murid

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

NAZARUDIN Shaari (kanan) memberi kata-kata semangat kepada sebahagian murid-murid tahun enam semasa melakukan persediaan awal menduduki peperiksaan UPSR 2014 dengan melakukan latih menggunakan akhbar pendidikan Tutor di SK Keledang Jaya Nibong Tebal, semalam.

NIBONG TEBAL 31 Mac - Sekumpulan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kledang Jaya di sini tekad mengeluarkan belanja sendiri melanggan akhbar peperiksaan Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) demi mempersiap anak didik menghadapi peperiksaan sebenar.

Guru Besar sekolah itu, Nazarudin Shaari berkata, penggunaan akhbar berkenaan diyakini dapat mendedahkan murid kepada soalan-soalan peperiksaan sebenar, sekali gus mencapai kejayaan yang membanggakan.

Katanya, akhbar Tutor merupakan antara bahan latihan terbaik yang boleh digunakan di dalam kelas.

"Tahun ini, kita ada 37 murid yang akan menduduki UPSR dan langkah menggunakan akhbar Tutor ini dilihat mampu merealisasikan sasaran sekurang-kurang 10 murid memperoleh lima A nanti," katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan di sini hari ini.

Tambah Nazarudin, pihak sekolah akan terus komited untuk memberikan latihan dan kelas tambahan kepada semua murid, khususnya yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

"Kita sedar ramai dalam kalangan murid sekolah ini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

"Jadi sikap keterbukaan para guru untuk melanggan akhbar Tutor ini adalah sebagai inisiatif dalam memastikan semua murid didedahkan dengan latihan dan kelas tambahan sebelum menjelang peperiksaan," katanya.

Sementara itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan, Yusni Ali yang juga penyelaras projek akhbar pendidikan Tutor sekolah itu berkata, para guru berasa terpanggil dalam memastikan murid diberi persediaan mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan.

"Kita tidak mahu ada murid yang tercicir dan disebabkan itu para guru bersedia untuk melakukan apa sahaja demi kejayaan anak-anak didik.

"Melalui akhbar Tutor UPSR ini kami mahu mendedahkan murid kepada format soalan-soalan peperiksaan sebenar supaya mereka akan lebih bersedia dan mendapat keputusan cemerlang," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar