{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Saifuddin yakin tewaskan Azmin

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh HUSSAINI AMRAN
hussaini.amran@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 31 Mac - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin mampu menewaskan Azmin Ali yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti April ini.

Saifuddin juga tidak akan memberi laluan mudah kepada Azmin kerana beliau menyertai pertandingan merebut jawatan nombor dua PKR itu dengan harapan untuk menang.

Malah, beliau percaya ahli-ahli PKR akan membuat penilaian berdasarkan kepada khidmat yang dicurahkannya sejak dari mula mengasaskan parti sehingga kini.

"Semua ada peluang, 500,000 ahli akan mengundi. Harapan bila masuk bertanding adalah hendak menang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Saifuddin mengulas tentang peluangnya merampas jawatan Timbalan Presiden PKR yang disandang Azmin sejak 2010.

Azmin turut dicabar oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua serta Datuk K. Ramachandran dan S. Murali.

Bagaimanapun, Saifuddin menafikan keputusan bertanding itu dibuat berikutan kedudukan Azmin di dalam PKR yang dikatakan agak goyah.

"Tidak, masing-masing hendak berkhidmat untuk parti," ujarnya.

Sementara itu, Tian Chua berkata, hasratnya bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden adalah selaras dengan amalan demokrasi dalam PKR.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut dan berjanji akan memberi penjelasan di dalam blognya esok.

Ketua Pembangkang didakwa tipu ahli PKR

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menipu ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beliau menafikan niatnya bertanding jawatan Presiden adalah bagi menutup peluang Azmin Ali merebut jawatan itu.

Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim berkata, Anwar pernah melakukan tindakan serupa semasa pemilihan PKR pada 2007.

Menurut beliau, ketika itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berdepan tentangan sengit mempertahankan jawatan Presiden daripada bekas timbalannya, Abdul Rahman Othman.

"Saya terlibat secara langsung sebagai pengurus kempen Abdul Rahman dalam pemilihan yang turut menyaksikan Anwar dicalonkan bagi jawatan nombor satu PKR tersebut.

"Walaupun Anwar menarik diri, Kongres PKR di Seremban pada 2007 telah menyaksikan beliau tiba-tiba memotong giliran perwakilan Perlis dan menggunakan masa hampir sejam berkempen untuk isterinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam ceramah di Kompleks Pas Pokok Sena, Kedah malam tadi, Anwar menafikan beliau bertanding Presiden PKR semata-mata untuk menghalang Azmin yang juga Timbalan Presiden parti itu daripada menyertai pertandingan merebut jawatan tertinggi parti.

Zamil menambah, Abdul Rahman akhirnya menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan Presiden PKR apabila melihat situasi berat sebelah yang lebih memihak kepada Wan Azizah.

"Amat jelas Anwar telah memijak demokrasi di dalam PKR dan bagi saya, perbuatan itu satu kerja yang sangat gila semata-mata memastikan PKR tetap dimiliki keluarganya," ujarnya.

Beliau memberitahu, Anwar kini mengulangi taktik serupa dalam pemilihan PKR tahun ini bagi menghalang Azmin mencabar Wan Azizah.

"Jika penyokong Azmin mengemukakan borang pencalonan jawatan Presiden, ahli-ahli PKR akan melihat beliau sebagai seorang pemimpin yang 'lawan tauke'.

"Ramai ahli PKR melihat Anwar sebagai 'maksum' dan mana-mana pemimpin parti yang tidak mengikut arahan beliau akan dilabel sebagai pengkhianat serta penderhaka," jelasnya.

Zamil juga hairan dengan sikap Azmin yang seolah-olah reda dengan perbuatan Anwar itu sehingga terpaksa mengorbankan impiannya untuk bergelar Presiden PKR.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli-ahli PKR membuka mata dan berfikir secara tenang agar mereka dapat melihat betapa liciknya Anwar menipu mereka.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar