{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Harga ayam murah di Temerloh

Posted: 31 Mar 2014 03:32 AM PDT

KUALA LUMPUR 31 Mac - Harga ayam bersih standard dijual serendah RM5.89 sekilogram di pasar raya Tunas Manja, Temerloh, Pahang berbanding di beberapa tempat lain.

Di Pasar Alor Gajah, Melaka, harga sekilogram ayam bersih standard dijual RM7.80, Pasar Taman Lip Sin, Pulau Pinang (RM8) dan Pasar Beluran, Sandakan Sabah (RM12), menurut www.1pengguna.com hari ini.

Sementara itu, harga ikan bawal hitam saiz sederhana didapati murah di pasar raya Giant Penang Plaza, Pulau Pinang iaitu RM3.99 sekilogram berbanding RM8.99 di pasar raya Rapid Seremban, Negeri Sembilan dan RM25 di Pasar Awam Dengkil, Selangor.

Telur ayam pula didapati murah di pasar raya H&L Tabuan, Sarawak iaitu RM2.86 bagi 10 biji telur ayam gred A berbanding di Pasar Awam Presint 16, Putrajaya (RM3.70), pasar raya Cold Storage Plaza Pelangi, Johor Bahru (RM4.49) dan Pasar Basah Kerteh, Terengganu (RM5).

Nanas di pasar raya Giant Kelana Jaya, Petaling Jaya dan pasar raya Tesco Extra Sungai Dua Pulau Pinang dijual 99 sen sebiji berbanding di pasar raya Ulfah, Mersing, Johor (RM1.20) dan Pasar Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya RM4.50 sebiji. - BERNAMA

MH370: Indonesia yakin keupayaan Malaysia

Posted: 31 Mar 2014 03:23 AM PDT

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR 31 Mac - Indonesia hari ini melahirkan keyakinan terhadap keupayaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Keyakinan itu disuarakan oleh Penasihat Khas Menteri Luar Indonesia, Wiwiek Setyawati Firman ketika mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini.

"Tujuan pertemuan ini adalah bagi menyuarakan sokongan kami kepada Malaysia untuk meneruskan penyiasatan dan operasi mencari MH370.

"Kami memang yakin sepenuhnya dengan kemampuan kerajaan Malaysia dan memang kami menyokong," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dalam pertemuan itu, Wiwiek Setyawati turut menyatakan Indonesia sentiasa bersedia untuk memberi sebarang bentuk bantuan yang diperlukan Malaysia.

"Kami sedia memberi sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. Misalnya kami telah memberi kebenaran bagi 94 penerbangan dari 9 negara untuk tujuan operasi ini," kata beliau.

Mengenai dakwaan kononnya terdapat keluarga penumpang Indonesia yang menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga mereka yang berada dalam MH370, katanya, beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengesahkan perkara itu.

"Keluarga penumpang telah menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Malaysia untuk meneruskan operasi ini dan mereka mengharapkan masih ada yang terselamat," katanya.

Sembilan rakyat Indonesia antara 227 penumpang MH370 yang hilang sejak 23 hari lalu.

Sejurus bertemu delegasi Indonesia, Hishammuddin turut bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith.

Smith yang ditemani Ketua Suruhanjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Matin Dolan ketika ditemui selepas pertemuan selama 40 minit itu bagaimanapun enggan mengulas tentang perjumpaan itu. - UTUSAN ONLINE

RM885 juta bagi perkembangan syiar Islam tahun ini

Posted: 31 Mar 2014 03:01 AM PDT

KUALA TERENGGANU 31 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM885 juta tahun ini bagi perkembangan syiar Islam di seluruh negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, peruntukan itu bagi perbelanjaan pengurusan dan pentadbiran aktiviti keagamaan untuk rakyat dan daripada jumlah itu RM540 juta untuk pembayaran elaun imam, guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) serta Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD).

"Peruntukan ini membuktikan kecaknaan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan keselesaan empat golongan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah di peringkat akar umbi ini kerana mereka adalah teraju utama memastikan kelangsungan keharmonian masyarakat setempat.

"Peranan mereka, semakin hari semakin mencabar dengan serangan ancaman akidah dari pelbagai sudut...jadi dengan dana bantuan yang diberikan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk mempelbagaikan usaha menyuburkan roh Islam di tempat mereka bertugas," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Imam, Guru Takmir dan Jawatankuasa Masjid peringkat negeri Terengganu di Kuala Terengganu hari ini. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat