{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Ketua sindiket, isteri diberkas

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan@utusan.com.my

JALALUDDIN Abdul Rahman (tengah) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kelantan, Suprintendan Amran Ramli (kiri) menunjukkan tin milo dan sebuah tong plastik yang dijadikan tempat simpanan 39,399 biji pil kuda di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU 31 Mac - Seorang lelaki dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah termuda di negeri ini dan isterinya ditahan kerana memiliki 39,399 biji dadah jenis WY atau pil kuda bernilai kira-kira RM1 juta, dalam serbuan di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 2.45 petang itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan turut merampas wang tunai berjumlah RM39,599 serta 9,000 baht Thailand (RM907), selain menyita dua buah kenderaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, rampasan terbabit adalah kejayaan terbesar pasukan polis negeri itu sejak awal tahun ini.

"Kegiatan lelaki tempatan berusia 21 tahun yang bekerja sebagai buruh dan wanita warga Thailand berumur 25 tahun itu, berjaya dikesan oleh pihak polis selepas membuat intipan sejak tahun lalu.

"Ketika serbuan, suspek yang dipercayai antara sindiket pengedar dadah termuda di negeri ini cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap.

"Suspek kemudian membawa polis ke tempat dia menyembunyikan tin Milo mengandungi dadah ditanam dalam tanah serta tong plastik yang disorok dalam hutan," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Jalaluddin memberitahu, kesemua pil yang dirampas tersebut dipercayai diperoleh dari negara jiran dan untuk diedarkan ke pasaran tempatan.

Kata beliau, siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing yang diperoleh juga negatif dadah.

"Pasangan terbabit ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori," ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin berkata, sebanyak 1,582 tangkapan berkaitan dadah di sempadan telah dibuat, yang melibatkan rampasan 60,215 biji pil kuda bernilai RM1.6 juta sejak awal tahun ini.

Penyeludup berani guna Bangunan Sultan Iskandar

Posted: 31 Mar 2014 11:45 AM PDT

RAMLI Johari menunjukkan sebahagian arak yang dirampas dalam sidang akhbar di Menara Kastam Johor, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU 31 Mac - Satu sindiket penyeludupan arak seolah-olah mencabar pihak berkuasa apabila dikesan melakukan jenayah itu menggunakan laluan pintu masuk ke negara ini di Bangunan Sultan Iskandar di sini.

Sindiket menggunakan empat van dengan setiap kenderaan dianggarkan membawa 4,000 hingga 8,000 tin arak itu, bagaimanapun ditumpaskan Jabatan Kastam negeri ini, Jumaat lalu.

Dalam kejayaan itu, sejumlah arak pelbagai jenis bernilai RM52,678 dirampas.

Pengarah Jabatan Kastam negeri, Datuk Ramli Johari berkata, dalam tangkapan pukul 10.50 malam itu, pihaknya turut menahan empat lelaki rakyat tempatan berusia 30 hingga 50-an yang merupakan pemandu empat van berkenaan.

"Hasil pemeriksaan kita dapati setiap van membawa arak yang disyaki belum mendapat kelulusan pihak kastam, melibatkan duti import, cukai jualan dan duti eksais keseluruhannya berjumlah RM135,264.

"Empat pemandu van itu melalui laluan masuk kenderaan penumpang di bangunan tersebut secara berturutan," katanya dalam sidang akhbar di Menara JKDM Johor, di sini hari ini.

Menurut Ramli, kesemuanya ditahan reman bagi membantu siasatan kes dipercayai didalangi sindiket yang bukan sahaja menyeludup arak malah barangan lain termasuk rokok.

Kata beliau, pihaknya percaya barangan seludup itu diambil dari negara lain dan Singapura hanya dijadikan sebagai pusat transit.

"Kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh terhadap sindiket terbabit dan turut menjalin kerjasama erat dengan agensi lain seperti pihak polis, bagi menangani perkara itu," katanya.

Ramli berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 yang boleh didenda maksimum 20 kali dari nilai keseluruhan atau tidak lebih tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, sejak Januari sehingga hari ini, pihaknya menumpaskan lapan kes penyeludupan di Bangunan Sultan Iskandar membabitkan rokok dan arak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat