{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


497 pelajar dapat semua A

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
pengarang@utusan.com.my.

MOHD. Noh Dalimin memegang laporan penuh keputusan STPM 2013 dalam sidang akhbar di bangunan Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 19 Mac - Bilangan calon mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 meningkat kepada 497 orang berbanding 450 pada 2012.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin bagaimanapun berkata, pada dasarnya keputusan itu tidak boleh dibandingkan secara khusus dengan keputusan peperiksaan tahun lalu berikutan format yang berbeza.

"Namun, secara umumnya prestasi calon STPM 2013 lebih baik berbanding pencapaian pada 2012.

"Pencapaian calon keseluruhan boleh dilihat dari dua aspek iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) dan kelulusan peringkat prinsipal," katanya dalam sidang akhbar di bangunan MPM, Bandar Baru Selayang dekat sini hari ini.

Pelajar yang menduduki STPM 2013 merupakan calon kohort pertama bagi sistem pentaksiran baharu yang dilaksanakan MPM setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Seramai 58,402 calon mendaftar untuk menduduki STPM 2013 berbanding 54,645 pada 2012.

Dalam pada itu, Mohd. Noh berkata, PNGK bagi STPM 2013 menunjukkan peningkatan kepada 2.55 berbanding 2.24 pada 2012.

Katanya, sebanyak 492 calon atau 0.89 peratus memperoleh PNGK 4.00 berbeza dengan 2012 iaitu 442 (0.86 peratus) sekali gus mempamerkan peningkatan sejumlah 50 calon.

"Daripada jumlah itu, 273 adalah calon aliran sastera dan 219 lagi mengambil jurusan sains.

"Sebanyak 284 pelajar adalah calon perempuan manakala 208 lagi lelaki," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn berkata, seramai lapan calon mencapai keputusan cemerlang iaitu gred A dalam lima mata pelajaran.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Noh mengumumkan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang muncul sekolah cemerlang STPM 2013 apabila memperoleh 3.42 Gred Purata Sekolah (GPS) sekali gus mengekalkan pencapaiannya selama enam tahun berturut-turut sejak 2008.

"Buat pertama kali, anugerah khas diberikan kepada sekolah ini dan mereka menerima wang RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak," katanya.

Bacaan selawat ibu bantu kejayaan pelajar OKU

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 Mac - Diusap di kepala dengan iringan selawat oleh ibunya setiap kali ke sekolah menjadi rahsia kejayaan seorang calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang juga orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, Mohamad Fairus Azmi, 21.

Ibunya, Salbiah Sakrani, 56, berkata, beliau bangga kerana anak keempat daripada enam beradik itu tidak menjadikan kekurangan tersebut sebagai 'jalan mati' untuk meraih kecemerlangan akademik.

"Saya akan usap kepala Mohamad Fairus sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mendoakan kejayaan agar memperoleh keberkatan-Nya.

"Saya memanjatkan rasa syukur, walaupun dia buta mata tetapi hatinya celik dalam mengejar peluang sehingga dapat menikmati kejayaan sama seperti insan lain," katanya ketika ditemui dalam majlis Anugerah Pelajar Cemerlang STPM 2013 di sini hari ini.

Fairus yang menduduki STPM di Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah dinobatkan sebagai pelajar istimewa cemerlang kategori buta dengan memperoleh 4A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Syariah dan Sejarah.

Menceritakan detik pahit bagaimana Fairus mengalami kecacatan, Salbiah berkata, anak istimewanya itu kemalangan sewaktu berusia lapan tahun.

"Matanya rosak setelah terjatuh dan terkena besi buaian sehingga menyebabkan penglihatan dia gelap selamanya," kata Salbiah yang menetap di Taman Arked, Sungai Petani.

Sementara itu, Fairus sewaktu berkongsi formula kejayaannya berkata, status OKU tidak sepatutnya dijadikan halangan untuk berjaya sebaliknya perlu bersyukur kerana keluarga dan rakan-rakan banyak memberi sokongan.

"Saya menetap di asrama dan rakan-rakan yang menjadi 'mata' saya dalam membantu pembelajaran mahupun perbincangan.

"Saya ingin menjadi seorang guru pendidikan khas dan mahu membantu serta mendokong mereka yang senasib agar menjadi insan berguna suatu hari kelak," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat