Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pesawat paling canggih AS gagal kesan kapal terbang MH370
- Boeing 737 kawal trafik udara di Lautan Hindi
- JACC selaras misi antarabangsa mencari MH370
Pesawat paling canggih AS gagal kesan kapal terbang MH370 Posted: Pesawat paling canggih AS gagal kesan kapal terbang MH370
PERTH - Pesawat P-8 Poseidon milik tentera Amerika Syarikat (AS) yang dilengkapi kamera definisi tinggi dan beberapa alatan pengesan canggih dianggap sebagai pesawat peninjau paling moden di dunia. Pada mulanya kehadiran kapal terbang canggih itu dianggap mampu merungkai misteri kehilangan sebuah pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sejak 8 Mac lalu. Namun kemampuan P-8 Poseidon kini dilihat sebagai terbatas. Tentera AS menghantar dua pesawat Poseidon yang dilengkapi kamera, radar dan pengesan infra merah yang direka khas untuk mengesan objek di dasar lautan. Reuters Bagaimanapun, peralatan canggih tersebut tidak banyak membantu dalam misi mencari pesawat MH370. Malah kru-kru Poseidon lebih banyak melihat dari tingkap pesawat untuk mengesan sebarang serpihan. Seorang juruterbang P-8 Poseidon, Leftenan Komander David Mims berkata, ini adalah kali pertama beliau berada di Lautan Hindi yang dianggap kawasan pencarian paling mencabar untuk dirinya. "Sangat ganjil apabila terbang di lautan ini kerana anda tidak melihat sebarang pulau dan juga kapal di laut. "Di sini kosong, tiada apa di sini. Ia sangat ganjil," katanya. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal itu terhempas di selatan Lautan Hindi ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini tiada serpihan pesawat itu dijumpai dan semua objek yang dikesan oleh pesawat peninjau yang menyertai usaha mencari disahkan sebagai sampah selain peralatan menangkap ikan. - Reuters | |
Boeing 737 kawal trafik udara di Lautan Hindi Posted: Boeing 737 kawal trafik udara di Lautan HindiAP PERTH - Pihak berkuasa Australia akan menghantar sebuah pesawat Boeing 737 yang diubah suai untuk dijadikan pusat kawalan trafik udara di Lautan Hindi, kata seorang pegawai semalam. Langkah itu diambil bagi mengelak pesawat-pesawat yang menyertai misi mencari Penerbangan MH370 daripada berlanggar di udara. Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston (gambar kecil) berkata, pesawat yang dinamakan E-7A Wedgetail itu dilengkapi sistem radar antara paling canggih. Ia akan dihantar bagi memantau ruang udara yang sibuk di lokasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi. "Kehadiran pesawat ini akan membantu kami mengatasi sebarang konflik udara melibatkan pesawat-pesawat yang menyertai operasi mencari MH370," kata Houston. Semalam sebanyak 11 pesawat dan sembilan buah kapal meneruskan operasi mencari di lokasi berkenaan dalam cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad. Operasi mencari tersebut terpaksa dihentikan lebih awal akibat cuaca buruk. Misi pencarian pesawat milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) itu kini masuk minggu ketiga tanpa sebarang serpihan atau petunjuk baru. Penerbangan MH370 milik MAS membawa 239 penumpang dan anak kapal. Pesawat jenis Boeing 777-200 itu hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing sebelum dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi di barat daya kota raya ini. Usaha mencari kini tertumpu di kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi yang mengambil masa perjalanan pesawat kira-kira dua jam setengah dari sini. Dalam situasi biasa, sebuah menara kawalan trafik udara akan menggunakan radar dan peralatan lain bagi memastikan pesawat di sesuatu kawasan berada pada ketinggian berlainan untuk mengelak berlanggar sesama sendiri. Bagaimanapun, kawasan pencarian pesawat MH370 berada di kawasan terpencil di Lautan Hindi dan terletak beratus-ratus kilometer dari mana-mana menara kawalan trafik udara. - Agensi | |
JACC selaras misi antarabangsa mencari MH370 Posted: JACC selaras misi antarabangsa mencari MH370Reuters PERTH - Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) mula beroperasi semalam bagi menyelaras misi antarabangsa mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang dan dipercayai terhempas di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu. JACC akan bekerjasama dengan kerajaan Australia dan beberapa negara lain untuk memberi maklumat kepada keluarga penumpang serta meneliti komunikasi dengan semua agensi antarabangsa yang terlibat dengan misi mencari tersebut. Bekas ketua tentera Australia, Angus Houston akan mengetuai unit berkenaan yang mempunyai seramai 20 kakitangan. Sebanyak 10 buah pesawat dan sembilan kapal menyertai misi mencari di sebuah kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di Lautan Hindi semalam. Operasi itu disertai oleh tujuh negara iaitu Australia, Amerika Syarikat, China, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Malaysia. Sebuah kapal milik tentera laut Australia, HMS Ocean Shield yang dilengkapi dengan alat pengesan kotak hitam dan sebuah kapal selam kawalan jauh meninggalkan pelabuhan di Perth menuju ke lokasi carian kelmarin. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |