{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Pas teruskan agenda laksana hudud, dakwa DAP dan PKR tiada hak campur tangan

Posted:

Pas teruskan agenda laksana hudud, dakwa DAP dan PKR tiada hak campur tangan

Pas teruskan agenda laksana hudud, dakwa DAP dan PKR tiada hak campur tangan

23/04/2014 10:14pm

KOTA BHARU - Pas akan meneruskan agenda melaksanakan hukum hudud di peringkat negeri dan mengingatkan parti-parti daripada rakan sekutunya bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk campur tangan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Pas Kelantan sekali lagi memberi peringatan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka tidak berhak untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Katanya, cadangan melaksanakan hukum hudud itu telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 lagi menerusi pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan.

Beliau berkata, cadangan yang diluluskan sejak 21 tahun lepas itu tidak berkaitan dengan perjanjian pakatan pembangkang.

"Perjanjian (Majlis Pimpinan Pembangkang) dan permuafakatan dalam pakatan pembangkang menyatakan untuk tidak melaksanakan hukum hudud itu hanya melibatkan konteks negara.

Mohd Amar berkata, demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa sokongan pembangkang terhadap hukum hudud tidak timbul memandangkan parti itu tidak menyokong pelaksanaannya. - Bernama

Fenomena Jokowi tidak setanding Susilo pada Pemilu 2004

Posted:

Fenomena Jokowi tidak setanding Susilo pada Pemilu 2004

Fenomena Jokowi tidak setanding Susilo pada Pemilu 2004

23/04/2014 10:12pm

JAKARTA - Mengikut tinjauan pelbagai badan kaji selidik, calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo atau Jokowi sering berada di kedudukan teratas untuk dipilih sebagai Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

Namun, Ketua Umum Angkatan Muda Parti Golkar, Yorrys Raweyai berpendapat fenomena 'kesan Jokowi' itu tidak sehebat ketika Ketua Umum Parti Demokrat, Susilo Bambang Yudhoyono dicalonkan merebut jawatan presiden negara itu pada Pemilu 2004.

"Siapa yang menyangka Susilo yang cuma mendapat 6.7 peratus (daripada hasil tinjauan), tetapi menjadi presiden. Fenomena Jokowi (hebat) tetapi (pencapaian Jokowi kini) tidak sehebat Susilo pada 2004," kata Yorrys seperti dipetik portal berita, Tribunnews.com, di sini, Rabu.

Beliau berkata, setelah Pemilu Presiden 2004, pencapaian Susilo melonjak apabila memperoleh 67 peratus undi, namun tinjauan pada masa ini selepas Pemilu Parlimen 9 April lepas, mendapati mereka yang akan mengundi Jokowi sebagai presiden Indonesia, kekal sebanyak 37 peratus.

Yorrys juga berpendapat, selain dua calon presiden iaitu Jokowi mahupun Prabowo Subianto dari Parti Gerindra, ada beberapa lagi calon bakal tampil merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu pada Pemilu Presiden akan datang. - Bernama

LKIM tubuh jawatankuasa khas pantau penjualan diesel subsidi di Sabah

Posted:

LKIM tubuh jawatankuasa khas pantau penjualan diesel subsidi di Sabah

LKIM tubuh jawatankuasa khas pantau penjualan diesel subsidi di Sabah

23/04/2014 10:11pm

SANDAKAN - Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) akan mewujudkan jawatankuasa khas untuk memantau aktiviti penjualan diesel subsidi kepada nelayan di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, jawatankuasa itu akan ditubuhkan pada 1 Mei nanti bagi memastikan tiada ketirisan minyak subsidi diesel berlaku.

Katanya, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pengarah LKIM yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sugut, Datuk James Ratib dan dianggotai Pengarah LKIM Sabah, Mohd Jamil Abdullah dan wakil dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Jawatankuasa ini akan memantau dari segi pelaksanaan jualan diesel subsidi agar penyelewengan subsidi yang diberikan khas untuk golongan nelayan tidak berlaku," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak cadangan pembinaan Kompleks LKIM Sandakan di sini hari ini.

Tambahnya, jawatankuasa ini akan dapat memastikan nasib golongan nelayan sentiasa terbela kerana jawatankuasa ini akan memantau setiap aspek berhubung pengagihan diesel subsidi.

Ia juga menunjukkan ketulusan pihak LKIM untuk membantu kerajaan dalam memastikan setiap dana dan subsidi yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan nelayan digunakan dengan baik, jelasnya. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat