{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Polis tertembak rakan setugas

Posted: 23 Apr 2014 03:30 AM PDT

KOTA KINABALU 23 April - Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera parah di bahagian dada selepas dipercayai tertembak oleh rakan setugasnya semasa sedang membersihkan senjata di Balai Polis Luyang di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.12 malam itu, mangsa, Richie Belo AK Asing, 25, yang kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II berada dalam keadaan stabil. - UTUSAN ONLINE

AADK tempatkan tiga pegawai laksanakan ujian air kencing

Posted: 23 Apr 2014 02:39 AM PDT

KUALA LUMPUR 23 April - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan menempatkan tiga hingga lima pegawainya bagi melaksanakan ujian air kencing ke atas semua pemandu bas ekspres di terminal bas utama seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Suhaimi Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk menjalankan ujian tersebut.

``Pihak kami menyokong penuh usaha kerajaan menjalankan ujian air kencing bagi mengenal pasti sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah di kalangan pemandu bas sebelum memulakan perjalanan mereka.

``Surat arahan juga telah dikeluarkan kepada semua Pengarah AADK Negeri untuk memberikan kerjasama kepada JPJ, SPAD dan JKJR negeri masing-masing yang berkuatkuasa serta-merta,'' katanya dalam kenyataannya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Penjelajah Greenland diingatkan kerjasama berpasukan

Posted: 23 Apr 2014 01:45 AM PDT

REYKJAVK, Iceland 23 April - Kerjasama berpasukan akan menjadi kunci kepada kejayaan Ekspedisi Kelab Eksplorasi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 sekiranya ia diterapkan dari awal hingga akhir dalam misi penuh mencabar itu.

Penasihat Ekspedisi, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, walaupun sedang berdepan apa juga cabaran, para penjelajah diingatkan supaya tidak berpecah sebaliknya perlu saling membantu antara satu sama lain.

"Ini adalah ekspedisi berkumpulan, kekuatan dan keupayaan kesemua para penjelajah perlu diambil kira. Jika ada antara rakan kita yang moralnya jatuh, rakan lain harus membantu menaikkannya semula.

"Peserta perlu ingat ekspedisi ini tidak akan berjaya jika hanya individu tertentu sahaja yang menyempurnakannya,'' katanya ketika memberi amanat kepada para penjelajah ekspedisi di pusat latihan ski Blfjll dekat sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Ekspedisi, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin merangkap Presiden KE7B; Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda, Amir Hamdan Yusof; dan Pengurus Jabatan Pengajian Tinggi dan Pembangunan Generasi Baharu Felda, Abd. Kahar Daud.

Terdahulu, kelapan-lapan penjelajah iaitu Muhamad Shaiful Hisyam Abd. Aziz, 25; Yanizam Mohamad Supiah, 29; Abdul Rahman Abu Hassan, 31; Tahira Najmunisaa Muhammad Zaid, 25; Mohd. Akasyah Jamaludin, 25; Muhammad Irwan Yusuf Abdullah, 34; Muhammad Musaddiq Samsudin, 25; dan Muhd. Hafizuddin Abdul Muthalib, 25, melakukan aktiviti memanaskan badan bermain ski dan menarik `sledge'.

Akmar Hisham yang juga Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri berkata, beliau optimis ekspedisi itu mampu disempurnakan lebih awal berbanding jadual asal berdasarkan persiapan dan semangat para penjelajah.

Sementara itu, Amir Hamdan yang mewakili Felda sebagai penaja utama ekspedisi tersebut berkata, soal kejayaan menyempurnakan misi itu adalah perkara kedua, namun apa yang penjelajah perlu titik beratkan adalah soal keselamatan.

"Kita mahu mereka semua selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air. Saya berharap peserta tidak patah semangat dan terus cekal untuk menempuh sebarang cabaran yang bakal ditempuh.

"Syabas saya ucapkan kerana anda adalah rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyempurnakan misi ini. Pergilah sahut cabaran di luar sana dan harumkan nama negara,'' katanya.

Penjelajah ekspedisi yang turut mendapat penajaan daripada kerajaan negeri Kedah dan RHB Bank itu akan berlepas ke Greenland hari ini sebelum memulakan cabaran pada lusa.

Misi penjelajah di Greenland adalah merentasi pulau terbesar di dunia itu yang 80 peratus permukaannya diliputi ais sejauh 540 kilometer dengan berjalan kaki dan menggunakan ski selama lebih kurang 35 hari.

Antara cabaran yang bakal ditempuhi penjalajah adalah cuaca tidak menentu seperti ribut berkelajuan 300 kilometer sejam, ancaman beruang kutub dan penyakit yang disebabkan oleh suhu ekstrem iaitu semaksimum -41 darjah celsius.

Jika berjaya disempurnakan, ekspedisi itu bakal menyaksikan kumpulan rakyat Malaysia pertama menjelajah Greenland. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat