{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kolej Universiti Selatan terima RM500,000

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my

Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kanan) menyampaikan cek kepada Teo Ah Khiang pada majlis Penyampaian Sumbangan di Pejabat Menteri Besar, Nusajaya, semalam. - Utusan/ RAJA JAAFAR ALI

NUSAJAYA 6 April - Kerajaan negeri menyumbang RM500,000 kepada Kolej Universiti Selatan untuk melaksanakan pembangunan berterusan bukan sahaja dari segi kemudahan fizikal, malah program akademik.

Pengerusi Lembaga Pengarah kolej berkenaan, Datuk Teo Ah Khiang berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut selepas bantuan pertama sebanyak RM250,000 sempena 100 hari pentadbiran baharu negeri pada Ogos tahun lalu.

"Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sentiasa memberi sokongan kepada Kolej Universiti Selatan. Beliau telah menghulurkan banyak bantuan dan tunjuk ajar dalam pembangunan dan perkembangan daripada bermula Kolej Selatan sehingga naik taraf kepada Kolej Universiti Selatan pada Oktober 2012.

"Peruntukan RM750,000 ini amat tepat kerana membantu menjayakan projek-projek penting seperti pembinaan Bangunan Pendidikan Antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Sumbangan di Pejabat Menteri Besar, di sini hari ini.

Sumbangan disampaikan Mohamed Khaled kepada Ah Khiang sambil disaksikan pihak pengurusan tertinggi Kolej Universiti Selatan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada Persatuan Meninggikan Akhbar Sir Khor Masai.

Dalam perkembangan lain, Ah Khiang memberitahu, Kolej Universiti Selatan sedang membangun pesat dengan penawaran kursus yang kian bertambah dan bilangan penuntut melebihi 2,300 orang.

Menurutnya, tahun lalu, dua projek besar dilancarkan iaitu pembinaan bangunan Pendidikan Antarabangsa yang bernilai RM20 juta dan projek pembelian tanah seluas lapan 3.2 hektar dengan kos RM15 juta serta pihaknya kini berusaha mendapatkan bantuan daripada pelbagai pihak.

"Pada tahun lalu, Kementerian Pendidikan meluluskan 10 program ijazah sarjana muda dan kini Kolej Universiti Selatan menawarkan 40 program peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan sijil.

"Kami akan terus berusaha menjalankan penambahbaikan dari semasa ke semasa supaya dapat menaikkan peranan dalam pembangunan Iskandar Malaysia," katanya.

Penduduk Taman Pelangi dapat dewan baharu

Posted: 06 Apr 2014 12:12 PM PDT

SEGAMAT 6 April - Penantian selama tujuh tahun penduduk Taman Pelangi dan kawasan sekitarnya untuk mendapatkan dewan berakhir apabila kerja-kerja membina sebuah dewan serbaguna bernilai RM600,000 di taman tersebut akan dimulakan dalam masa terdekat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, walaupun pada peringkat awal terdapat cadangan untuk membina sebuah dewan serbaguna yang boleh dijadikan pusat pemindahan banjir dengan kos sekitar RM2 juta, namun keputusan tersebut diubah bagi menggelakkan pembaziran.

"Selepas pembinaan tebatan banjir di kawasan tersebut, masalah bencana banjir dijangka dapat dikurangkan sekali gus sudah tidak ada keperluan lagi untuk membina sebuah dewan sedemikian rupa yang menelan belanja besar.

"Setiap projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan adalah mengikut keperluan dan kepentingan rakyat. Penilaian dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kesan jangka masa panjang kepada rakyat sebelum dilaksanakan," katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah dewan berkenaan, di sini baru-baru ini.

Katanya apabila siap nanti, dewan serbaguna tersebut bukan sahaja boleh dijadikan tempat penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan tetapi juga memberi peluang kepada golongan muda melakukan riadah dan aktiviti sukan.

Permohonan untuk membina dewan berkenaan dibuat pada 2007 dengan peruntukkan kira-kira RM2 juta ekoran seni bina dan reka bentuknya, namun kerajaan negeri hanya meluluskan sebanyak RM500,000 pada 2012.

Menurut Ayub yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Dan Kesihatan negeri, beliau kemudian memohon peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 dan diluluskan oleh kerajaan negeri.

"Selepas mengambil kira pelbagai aspek, kami mengambil keputusan untuk meneruskan pembinaan dewan tersebut dengan jumlah peruntukan yang sedia ada kerana jika ditangguhkan dikhuatiri kos pembinaannya akan meningkat," katanya.

Impian 100 pembeli samar

Posted: 05 Apr 2014 11:53 AM PDT

Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my

Sebahagian pembeli rumah flat kos rendah mengadakan demontrasi membantah pihak pemaju projek perumahan yang terbengkalai sejak tahun 2008 di Mount Austin, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 5 April - Impian lebih 100 pembeli rumah pangsa di Taman Mount Austin di sini untuk memiliki rumah sendiri sejak 10 tahun lalu masih samar-samar apabila projek kediaman kos rendah itu terbengkalai sehingga kini.

Pengerusi pembeli rumah pangsa berkenaan, Suhaimi Mat Isa berkata, pembinaan projek sejak 2003 secara berperingkat-peringkat itu melibatkan 10 blok dengan 911 unit kediaman.

Namun, sehingga kini tujuh blok sahaja yang dibina walaupun hanya ada tiang cerucuk manakala tiga blok lagi iaitu blok tiga, lima dan tujuh tidak langsung dibina oleh kontraktor.

Pelbagai cara kami dah lakukan. Pejabat pemaju juga sudah banyak kali kali jejak namun jawapan yang kami dengar sejak dulu adalah rumah itu akan siap. Tetapi sehingga kini, janji tinggal janji," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Suhaimi, daripada keseluruhan blok berkenaan, hanya sebuah blok boleh diduduki iaitu blok 10, malah segala prasarana awam tidak siap sepenuhnya selain beberapa kerosakan lain.

Blok 10 yang kami tinggal sekarang ini pun banyak kerosakan, sistem saliran bocor, sampah tidak dikutip dan peti surat juga tidak disediakan. Kami bayar pinjaman perumahan bukan sikit tapi macam ini yang kami dapat," katanya.

Sementara itu, seorang pembeli, Lihayati Abdul Rahman, 40, berkata, kediaman dibelinya adalah di blok tiga, namun tapak pembinaan tersebut hanya ada tiang tanpa struktur binaan yang lain.

Ekoran kegagalan pemaju menyiapkan rumah tersebut, menurutnya, dia terpaksa menyewa di blok 10 dan berhadapan dengan pelbagai masalah prasarana.

Saya sudah beberapa kali ke pejabat pemaju untuk bertanyakan perkembangan mengenai projek tersebut namun jawapan pelbagai alasan diberikan oleh mereka," katanya.

Seorang lagi pembeli, Rosnah Rosman, 39, berkata, sejak beberapa tahun lalu, dia terpaksa membayar pinjaman perumahan sebanyak RM328 sebulan sedangkan rumah dijanjikan pemaju akan siap pada 2007 hingga kini masih terbengkalai.

Saya harap perkara ini dapat diselesaikan segera kerana masalah sudah berlarutan sekian lama. Kami juga berharap agar pihak berkenaan sedia membantu kami dalam menyelesaikan perkara ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat