Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 02 Apr 2014 11:30 PM PDT Oleh Siti Aishah Yusoff DR. Asha Gupta menerangkan mengenai masalah pendengaran dalam kalangan kanak-kanak JIKA anda musykil kenapa anak kecil anda tidak bertindak balas terhadap panggilan setelah beberapa kali anda memanggilnya atau dia hanya akan memberi reaksi apabila anda bercakap dengannya dari jarak dekat mahupun setelah menyentuhnya. Keadaan ini pastinya membuatkan anda terfikir kemungkinan anak itu mempunyai masalah pendengaran dan akan membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Konsultan Pembedahan Telinga, Hidung, Kerongkong, Kepala dan Leher, Dr. Asha Gupta berkata, kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran adalah dalam kalangan mereka yang tidak boleh mendengar dan diiringi dengan simptom-simptom berkaitan seperti tidak mendengar dengan jelas dan tiada respon apabila bercakap dengan mereka. Masalah pendengaran ini biasanya berlaku kepada kanak-kanak semasa mereka dalam kandungan lagi, semasa proses kelahiran dan keadaan selepas dilahirkan. Faktor genetik dan keadaan ibu yang melahirkan bayinya dalam usia yang lewat juga berisiko mendapat anak Sindrom Down. Selain itu, ibu yang mempunyai masalah jangkitan semasa mengandung seperti rubella, meningitis dan pengambilan dadah atau alkohol memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Begitu juga dengan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan dan menghadapi kecederaan pada bahagian telinga semasa dilahirkan juga mempunyai risiko tinggi menjadi pekak apabila meningkat usia," katanya. Ujar Dr. Asha lagi, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kehilangan pendengaran Sensori Neural, Kehilangan Pendengaran Konduktif dan kehilangan Pendengaran Campuran. Kehilangan Pendengaran Sensori Neural adalah Kerosakan Saraf yang berkekalan dan tidak boleh dipulihkan dengan kadar pendengaran yang melebihi 60 dB (desibel - tahap ukuran pendengaran) manakala kehilangan Pendengaran Konduktif pula melibatkan kerosakan pada bahagian telingan tengah. Pada tahap ini mereka tidak dapat membezakan sesetengah bunyi vokal dan konsonan. Tahap kehilangan pendengaran ini melebihi 60 dB. Kehilangan Pendengaran Campuran adalah gabungan Kehilangan Pendengaran Konduktif dan Sensori Neural. Tambah Dr. Asha, kanak-kanak yang menghadapi masalah pendengaran boleh ditentukan berdasarkan tahap tertentu bagi memudahkan proses klasifikasi sama ada masalah itu serius ataupun biasa. Untuk mengenali masalah ini dibahagikan kepada tiga tahap iaitu normal, sederhana dan tinggi berdasarkan dB yang telah ditetapkan. Tahap mereka yang mempunyai masalah pendengaran tahap normal adalah dari 0 hingga 15, 15 hingga 25 adalah ringan, 25 hingga 40 adalah biasa, 40 hingga 90 (sederhana), dan lebih 90 dB termasuk kategori yang tinggi dan bahaya jika tidak mendapat rawatan dengan segera," katanya. Katanya, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini kebiasaannya tidak mengetahui mereka pekak tetapi boleh dikesan dengan pemantauan dan kepekaan ibu bapa dan guru-guru. Bagi ibu bapa, mereka boleh kenali simptom-simptom yang dihadapi anak melalui pemerhatian terhadap tingkah laku dan tindak balas yang ditunjukkan anak apabila berkomunikasi atau ketika melakukan aktiviti bersama-sama. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, masalah ini boleh dikesan melalui respon dan pencapaian yang ditunjukkan ketika dalam kelas. Guru-guru boleh mengesan keadaan mereka sekiranya anak-anak dilihat tidak memberi tumpuan sepenuhnya ketika guru sedang mengajar dalam kelas. Mereka juga akan mempunyai masalah dari segi perilaku, pergaulan dan komunikasi dengan rakan-rakan sekelas," katanya. Tambah Dr. Asha, langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama dalam kalangan kanak-kanak bagi menangani masalah perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak terbabit yang akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur kurang tiga bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini bertujuan mengurangkan kesan masalah pendengaran dihadapi kanak-kanak berkenaan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |