Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Perodua perkenal model EEV tahun ini Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT Oleh FAUZI JAAFAR Bahagian pemasangan kenderaan Perodua di kilangnya di Sungai Choh, Rawang, semalam. RAWANG 2 April - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan memperkenal model kompak baharu berasaskan kenderaan cekap tenaga (EEV) pada pertengahan tahun ini yang dikeluarkan di kilang baharu Perodua Global Manufacturing. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model tersebut di bawah kategori penjimatan bahan api dan pihaknya menghantar permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan insentif kenderaan EEV seperti diumumkan dalam Dasar Automotif Negara (DAN) 2014. Beliau berkata, model tersebut merupakan model baharu sepenuhnya yang bercirikan keunikan Malaysia dengan ruang yang luas, reka bentuk yang cantik dan menarik. Model ini lebih menjimatkan berbanding model-model yang kita telah keluarkan, kompak tetapi luas,'' kata beliau kepada media yang menyertai Lawatan Suai Kenal Perodua di sini hari ini. Dalam lawatan itu, media diberi taklimat tentang transformasi struktur Perodua sebelum mengunjungi kilang pengeluaran model-model Viva, Myvi dan Alza. Utusan difahamkan model terbaharu kali ini berdasarkan kepada model Daihatsu Ayla. Aminar berkata, dalam usaha tranformasi tersebut, Perodua mahu menjadi lebih cekap dari segi pengeluaran kenderaan, kecekapan kos, peningkatan bilangan kakitangan yang boleh melakukan lebih daripada satu tugasan. Turut mendapat perhatian syarikat pengeluar kereta nasional itu ialah meletakkan kakitangannya di vendor bagi menjadikan vendor lebih cekap dan berkesan. Bercakap mengenai transformasi, sebahagian daripadanya ialah kos. Apa yang penting ialah QCD iaitu Kos, Kualiti dan Penghantaran. Ini merangkumi kakitangan sama ada pengeluaran sehinggalah kepada pengurusan dan juga kilang kita. Kita memang ada penjimatan yang disasarkan, tetapi ia adalah satu proses yang berterusan. Kos yang kita jimatkan sudah tentu kita turunkan kepada pengguna melalui model-model yang kita keluarkan,'' tambah beliau. |
UMW Toyota Motor tawar Alphard, Previa Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT KUALA LUMPUR 2 April - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMW Toyota Motor) kini menawarkan penjualan kereta Toyota pelbagai guna (MPV) Alphard dan Toyota Previa di pasaran Malaysia. Harga jualan atas jalan Toyota Previa 2.4GL adalah pada RM258,000 manakala Toyota Alphard 2.4G (RM338,000) dan 3.5G (RM398,000 sebuah). UMW Toyota Motor dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan, kedua-dua kenderaan pelbagai guna itu amat popular di Malaysia, tetapi hanya boleh didapati menerusi pengimport persendirian. UMW Toyota Motor kini adalah merupakan pengedar sah Alphard dan Previa, yang berbeza dengan pengimport lain. Kami mendapat sumber kenderaan secara langsung dari kilang Toyota di Jepun yang memberi jaminan kualiti terunggul untuk para pelanggan. "Pengimport kenderaan lain mendapat Alphard dan Previa menerusi pihak lain yang membeli kereta terpakai dari pengedar-pengedar di Jepun,'' katanya, sekali gus mengesahkan laporan Utusan Malaysia pada 24 Mac lalu. UMW Toyota Motor akan menjual kenderaan Alphard dan Previa dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 kilometer pertama (yang mana dahulu). Waranti tersebut akan melindungi kecacatan pengeluaran dan isu-isu berkaitan teknikal. Jelas kenyataan tersebut, syarikat turut memberi jaminan bahawa pihaknya mempunyai bantuan teknikal berkelayakan dan mempunyai alat ganti yang tulen di lebih 72 pusat penyelenggaraan di seluruh negara. Pada waktu ini, UMW Toyota Motor sedang menawarkan pakej pengenalan untuk perkhidmatan selama tiga tahun, cukai jalan percuma untuk tahun pertama dan insurans percuma untuk 300 pelanggan pertama. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |