Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
| Posted: 17 Apr 2014 11:35 AM PDT PETALING JAYA 17 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan negeri Se-langor segera membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengembalikan mandat rakyat ekoran gagal menangani krisis air yang tenat. Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishna Naidu berkata, ia perlu dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas dilihat gagal me-nguruskan krisis air di negeri itu. "Tan Sri Khalid perlu bubarkan DUN segera, pelbagai masalah air timbul sejak kerajaan PKR memerintah negeri itu. Selalu sahaja ada bantahan dari parti yang menentang kerjasama dalam menyelesaikan masalah air dengan Kerajaan Pusat. "Yang susah adalah rakyat dan pelabur, bukan orang politik, jadi saya gesa mereka bubar DUN segera sebagai langkah mengembalikan kuasa kepada rakyat atau memberi kerjasama kepada pihak yang ingin beri kerjasama untuk menangani masalah air, bukannya berdolak-dalik dengan macam-macam alasan yang tidak masuk akal," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sini hari ini. Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Suara Inspirasi Malaysia (PSI), Suud Ridzuan Maarof mencabar kerajaan negeri untuk berdebat isu air Selangor dengan pakar air daripada Truth Squad (Skuad Benar). "Kami mahu Menteri Besar dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim buktikan kenyataan mereka sebelum ini bahawa teknologi membran adalah alternatif kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2). "Di mana teknologi membran yang mereka janjikan boleh selesaikan isu air selama ini?" katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, paras air di Empangan Sungai Selangor kini berada dalam keadaan kritikal dan meminta kerajaan ne-geri segera mencari jalan penyelesaian. "Jika kita tengok paras air berada pada kadar 37 peratus dan ini membimbangkan semua pihak. Malah sudah ada pakar air yang membayangkan program catuan air di Wilayah Persekutuan dan Selangor akan berlarutan sehingga Oktober ini jika kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air," katanya. |
| Suhaizan nafi SMS, arah langkah mayat Karpal Posted: 17 Apr 2014 11:35 AM PDT JOHOR BAHRU 17 April - Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kayat menafikan menghantar arahan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApp yang mengajak ahli dan pemuda parti itu ke upacara melangkah mayat Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh di Hospital Ipoh, Perak. Katanya, arahan yang disebarkan itu dengan menggunakan namanya adalah tidak benar malah beliau turut mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab itu. "Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan SMS dan WhatsApp kononnya ini merupakan arahan saya. "Mesej ini berniat jahat dan cuba mencemar nama baik saya dan Pemuda Pas," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman fanpage Facebook Suhaizan Kayat hari ini. Arahan tersebut disebarkan selepas berita kematian Karpal Singh yang terbabit dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini dilaporkan di portal berita dalam talian. Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda Pas Malaysia, Mohd. Nasaie Ismail membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor berhubung penyebaran SMS dan WhatsApp yang disebarkan atas nama Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat itu kerana Suhaizan difahamkan berada di Madinah. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


