{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jeff Ooi mahu Khalid dipecat

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 April - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menerima tamparan hebat apabila pemimpin DAP yang menjadi sekutu mereka secara terbuka menyatakan hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kegagalan menangani isu air.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi, iaitu salah seorang pemimpin kanan DAP yang rapat dengan Setiausaha Agung belum disahkan, Lim Guan Eng, mahu Abdul Khalid dipecat kerana dakwanya, Menteri Besar Selangor itu memegang jawatan tersebut lebih lama daripada tempoh sepatutnya.

Beliau yang berang dengan kegagalan pentadbiran PKR di bawah Abdul Khalid menguruskan isu air sehingga catuan telah berlarutan sejak dua bulan lalu berkata, kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini termasuk ketika di zaman Barisan Nasional (BN).

Setiap wakil rakyat mesti bayangkan kesusahan orang ramai ekoran masalah air ini. Kita tidak pernah menghadapi catuan yang berlarutan seperti ini termasuk ketika Selangor di bawah pentadbiran BN. Kegagalan pakatan (pembangkang) adalah kegagalan pakatan.

Abdul Khalid telah memegang jawatan melebihi tempoh yang dialu-alukan. Pecat Menteri Besar," katanya menerusi Facebooknya sambil mendedahkan bagaimana beliau yang mempunyai rumah di Subang Jaya terpaksa 'mandi kerbau' akibat masalah itu.

Dalam kenyataan sama, Jeff Ooi turut mempersoalkan, apakah Abdul Khalid mengalami kesusahan seperti dihadapi rakyat Selangor iaitu hampir setiap hari tiada bekalan air atau kediaman Menteri Besar Selangor tersebut bebas daripada masalah catuan.

Kerajaan Pusat sebelum ini berulang kali mengingatkan Kerajaan PKR Selangor bahawa negeri itu bakal berdepan krisis air mulai 2014 jika projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) tidak dipercepatkan tetapi Abdul Khalid didakwa tidak mengendahkannya.

Beliau sebaliknya hanya bertindak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi membolehkan projek Langat 2 diteruskan pada Februari lalu tetapi dianggap terlewat dan kini Selangor berdepan masalah air.

PRK Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei

Posted: 24 Apr 2014 11:50 AM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 24 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor ditetapkan pada 25 Mei, proses penamaan calon 12 Mei manakala pengundian awal 21 Mei.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pilihan raya kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat selain yang dikemas kini sehingga 17 April 2014.

Beliau berkata, daftar pemilih itu mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82, 255 orang pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

SPR akan menggunakan Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi selain turut membuka 21 pusat mengundi yang lain.

Sebanyak 21 pusat mengundi itu merangkumi 17 pusat pengundian biasa yang mengandungi 139 tempat mengundi (saluran) dan empat pusat pengundian awal yang mempunyai empat tempat mengundi (saluran)," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan PRK Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian penyandangnya mendiang Karpal Singh, dalam kemalangan jalan raya di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu, Karpal menang kerusi itu dengan majoriti 41,778 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Teh Beng Yeam.

Menurut Abdul Aziz, proses PRK Parlimen Bukit Gelugor akan melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggaran kos perbelanjaan PRK itu adalah RM1.9 juta.

Selain itu, katanya, SPR juga telah bersetuju melantik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Anuar Yahya sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK tersebut.

SPR juga akan melantik 1,095 orang petugas pilihan raya untuk mengendalikan proses PRK ini selain menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau setiap aktiviti sepanjang tempoh berkempen," katanya.

Sementara itu, katanya, daftar pemilih pilihan raya bagi PRK berkenaan akan mula dijual pada 6 Mei dan pengundi yang ingin membuat semakan boleh melayari laman sesawang www.spr.gov.my serta melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888 mulai tarikh sama.

Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta semua pihak mematuhi setiap arahan pihak berkuasa sepanjang urusan PRK berkenaan supaya proses pelaksanaan berjalan lancar dan mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku.

Pemimpin parti-parti politik, calon-calon, petugas serta penyokong parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana individu lain yang terlibat semasa berkempen hendaklah mematuhi undang-undang, peraturan pilihan raya dan etika berkempen yang ditetapkan semasa tempoh rasmi kempen.

Maklumat lain berhubung dengan PRK ini akan dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR atau Pengarah Pilihan Raya Pulau Pinang dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bukit Gelugor," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat