{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pas nafi sekutu setuju tolak hudud

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

Oleh ZAAIN ZIN
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 26 April - Pas menyangkal dakwaan sekutu mereka DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan untuk menolak pelaksanaan hukum hudud.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan bahawa majlis tersebut telah membuat keputusan bahawa pelaksanaan hukum Allah itu adalah hak eksklusif parti tersebut dan tidak pernah dibincangkan dalam majlis berkenaan.

Beliau berkata, DAP dan PKR sewajarnya menghormati perjuangan Pas sejak ditubuhkan.

"Tidak pernah dibincang dari segi itu (menolak hudud), yang dibincang ialah hudud merupakan hak Pas.

"Malah, kita telah membuat kenyataan bersama bahawa hudud adalah hak Pas yang perlu dihormati kerana ini merupakan agenda kita sebelum wujud pakatan pembangkang.

"Tidak timbul sama sekali Pas membelakangi DAP dan PKR," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Mengumpul Dana Wisma Ilmuwan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP dan semalam Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali membuat kenyataan menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bertentangan dengan perjanjian yang dimeterai dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 2011.

Malah, Azmin mendakwa perjanjian tersebut akan terus terpakai dan keputusan itu dibuat berdasarkan kertas kerja yang dibentangkan sendiri oleh Abdul Hadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi sedia mengadakan muzakarah dengan semua pihak termasuk UMNO bagi menerangkan secara terperinci pelaksanaan hudud di Kelantan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan perkara itu, sebaliknya meminta UMNO turut memainkan peranan aktif bagi merealisasikan muzakarah tersebut.

Gara-gara rumah jadi lokasi pengundian, PKR Paya Besar tangguh pemilihan

Posted: 26 Apr 2014 12:02 PM PDT

KUANTAN 26 April - Gara-gara rumah kediaman dipilih sebagai lokasi pengundian, pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Paya Besar di sini terpaksa ditangguhkan akibat bantahan daripada kepimpinan cabang itu sendiri.

Ini berikutan pemilihan rumah seorang aktivis yang terletak di Permatang Badak di sini yang dijadikan lokasi pengundian oleh PKR negeri dilihat tidak bertepatan dengan kedudukan PKR sebagai sebuah parti nasional, sekali gus boleh menjejaskan imej.

Selain Paya Besar, pengundian PKR Cabang Jerantut yang sepatutnya berlangsung di sebuah restoran di bandar itu turut ditangguhkan atas sebab masalah teknikal yang difahamkan berkaitan dengan kelayakan salah seorang calon Ketua Cabang, sekali gus mengundang bantahan daripada ahli.

Pemilihan kali ini sepatutnya menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut jawatan Ketua Cabang Jerantut antara Saroni Tomiran dengan Razali Isnin.

Bagi 12 lagi cabang parti itu di negeri ini, proses pemilihan dapat diteruskan walaupun terdapat beberapa insiden kecil yang rata-ratanya melibatkan kelayakan ahli, namun tidak dianggap sehingga ke peringkat menjejaskan kelancaran proses tersebut.

Antaranya di Cabang Kuantan, apabila seorang individu membuat bantahan terbuka mendakwa tidak dibenarkan mengundi sedangkan nama beliau berada dalam senarai ahli yang layak memilih.

Difahamkan individu terbabit dibatalkan kelayakannya disebabkan telah mengumumkan keluar parti dan bertanding tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Sementara itu, menurut Pemangku Ketua Cabang PKR Paya Besar, Arman Abd. Rashid, pihaknya bertegas untuk tidak meneruskan pengundian di lokasi tersebut yang ditukarkan pada saat-saat akhir iaitu dua hari menjelang pemilihan kerana yakin akan timbul masalah lain jika diteruskan.

"Saya telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) supaya pemilihan diadakan di pejabat PKR Ranting Taman Tas di sini yang juga pejabat sementara PKR Cabang Paya Besar.

"Keputusan Ketua Koordinator Negeri, Ahmad Shahbudin itu saya lihat akan menyebabkan beberapa masalah jika diteruskan seperti logistik, pengagihan tugas dan persiapan tempat, jarak perjalanan dan paling utama adalah rumah individu yang sangat tidak sesuai dijadikan pusat pemilihan," katanya di sini, hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat