Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT Oleh TOREK SULONG TIGa petani menunjukkan tanah sawah yang mulai kontang kerana tidak mendapat bekalan air sejak dua minggu lalu di bendang Jebak Jeram, Pasir Puteh, semalam. - UTUSAN/Torek Sulong PASIR PUTEH 16 April - Sebilangan petani yang mengusahakan tanaman padi seluas 13 hektar di Jebak Jeram dekat sini khuatir mereka bakal berdepan kerugian besar selepas enjin pam yang membekalkan air dari Sungai Jeram ke bendang rosak sejak dua minggu lalu. Seorang petani, Mat Alan Dollah, 42, berkata, padi yang ditanamnya dijangka boleh dituai dalam tempoh tiga minggu lagi dengan hasil pulangan mencecah RM100,000. Katanya, jika enjin pam tidak dibaiki dan bekalan air gagal dipulihkan, padi tersebut akan rosak dan dia bakal berdepan kerugian dalam jumlah besar. Keadaan tanah sawah kini semakin merekah berikutan kemarau panjang dan masalah itu mungkin dapat diselesaikan jika hujan lebat berlaku memandangkan kami telah membuat binaan khas bagi mengalirkan limpahan air sungai ke bendang. Namun, jika keadaan ini berterusan, kami pastinya menanggung kerugian, selain terpaksa menanggung kos penanaman, bayaran sewa tanah, meracun dan hutang upah membajak," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Mat Alan menambah, mereka selama ini berusaha membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah, namun masalah bekalan air yang kerap melanda sedikit-sebanyak melemahkan semangat mereka untuk meneruskan kerja-kerja menanam padi pada masa depan. Seorang lagi petani, Mohd. Shukri Awang, 63, berkata, mereka merayu mana-mana agensi berkenaan agar menyelamatkan keadaan dengan menyediakan enjin pam yang baharu. Masalah ini sudah beberapa kali dimaklumkan kepada pihak bertanggungjawab dengan tanaman padi, namun sehingga sekarang belum selesai. Mereka berjanji akan menghantar wakil untuk membaiki enjin yang rosak, namun sehingga sekarang tiada tindakan susulan," katanya. |
Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT KOTA BHARU 16 April - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sahaja menggembirakan golongan memerlukan, malah membawa keceriaan kepada 74 warga emas yang menghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin dekat sini. Ketika majlis penyampaian BR1M yang berlangsung di pusat jagaan itu semalam, senyuman ceria jelas terukir di wajah golongan warga emas berkenaan. Seorang penghuni, Rosbidah Idris, 80, ketika ditemui berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan yang terus prihatin terhadap nasib rakyat termasuk golongan warga emas. Duit bantuan ini saya akan simpan untuk kegunaan bagi menguruskan jenazah saya kelak, sekali gus meringankan beban anak-anak yang mempunyai tanggungjawab menyara keluarga masing-masing," katanya. Seorang lagi penerima, Che Rahimah Awang Soh, 80, berkata, dia sangat gembira dan tidak menyangka akan menerima wang bantuan sebanyak itu. Saya sangat bersyukur kerana masih lagi berpeluang merasai bantuan sebegini. Saya mahu menggunakan bantuan ini untuk menampung perbelanjaan bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi," katanya. Pengagihan BR1M tersebut disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman. Yang turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Wan Shahrul Azuan Ab. Aziz; Pengurus RSK Taman Kemumin, Wira Mahmood; Pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Nasaruddin Razak serta Pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) Kota Bharu, Ahmad Sopian. Zaluzi dalam ucapannya berkata, penyampaian BRIM kepada warga emas di RSK Taman Kemumin merupakan agihan terakhir melibatkan Parlimen Pengkalan Chepa yang mempunyai 40,750 penerima. Daripada jumlah itu, sebanyak 12,000 orang menerima bantuan secara tunai manakala yang lain menerusi akaun bank masing-masing," katanya. |
PR1M Seberang Takir sedia kemudahan Posted: 16 Apr 2014 11:14 AM PDT Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Dun Seberang Takir di Kampung Telaga Daing, Kuala Terengganu. - UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor KUALA TERENGGANU 16 April - Saya mungkin salah seorang yang paling kerap ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. Saya menjengah tidak kira masa, jika terluang dan umumnya kakitangan hospital sudah mengenali saya. Itulah kelaziman dilakukan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman iaitu menziarah penduduk kawasannya yang uzur sama ada di rumah atau hospital. Rupa-rupanya ramai yang berdepan dengan risiko keuzuran dengan cara hidup kita kini dan lebih 40 peratus kalangan pesakit berdepan dengan serangan angin ahmar, selain masalah jantung serta kencing manis, ujar beliau. Menurut beliau, semua ini menuntut kepada proses pemulihan yang berterusan, selain komitmen keluarga dan kempen kesedaran yang berpanjangan. Kebanyakan penduduk di sini merupakan nelayan atau bekerja sendiri. Jika mereka tidak mendapat rawatan pemulihan yang secukupnya, pesakit akan terus terlantar dan kehidupan menjadi lebih sukar. Dengan hilangnya sumber mata pencarian, masa depan keluarga juga akan terjejas apabila mereka akan beransur berada dalam lingkaran kemiskinan. Tentunya ini lebih menyakitkan, ujarnya. Justeru, Ahli Dewan Undangan Seberang Takir itu mula merancang untuk menubuhkan pusat pemulihan di kawasan khidmatnya agar mereka tidak berkemampuan boleh menjalani rawatan pemulihan tanpa perlu memikirkan masalah pengangkutan, masa dan kewangan jika ke hospital. Ahmad Razif bersyukur kerana usaha yang menuntut komitmen berpanjangan itu menempuh laluan agak mudah apabila banyak pihak bersedia membantu ke arah menjayakannya sehingga tersergamnya Pusat Rehabilitasi 1Malaysia (PR1M) Seberang Takir, di Telaga Daing di sini. Ini merupakan satu kepuasan dalam hidup saya, di samping pelbagai usaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup penduduk, ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Teknologi Hijau dan Air negeri. Selain proses pemulihan dan penilaian rawatan, pesakit dan keluarga dibimbing tentang penjagaan rutin harian di rumah manakala bagi pesakit kurang upaya, PR1M menyediakan pengangkutan untuk mengambil mereka dari rumah dan menghantar pulang. Kita bercadang memperluaskan peranan PR1M pada masa depan dengan turut memberi khidmat pemulihan bagi pesakit mental, di samping menyediakan latihan kemahiran dan pemulihan kanak-kanak, katanya kepada Utusan Malaysia. Seorang warga emas yang menghidap angin ahmar menggunakan peralatan khas bagi rawatan pemulihan. Pusat yang bernilai kira-kira RM350,000, telah mula beroperasi pada April 2013 dan perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebulan kemudian. Misi PR1M adalah bagi memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan pemulihan komuniti yang berkualiti, beretika, cekap dan profesional dalam memenuhi keperluan pelanggan. Pusat Rehabilitasi 1Malaysia dijayakan dengan khidmat sokongan kepakaran para pegawai perubatan dan kakitangan HSNZ, di samping para pelajar dalam bidang perubatan yang menjalankan latihan praktikal. Penubuhan pusat pemulihan secara percuma bagi pesakit yang dirintis oleh Ahmad Razif selaku pemimpin masyarakat ternyata menarik perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Beliau yang amat menghargai usaha itu telah mengadakan lawatan kerja ke PR1M baru-baru ini sempena Mesyuarat Khas Ketua Pengarah Kesihatan yang turut disertai para Pengarah Kesihatan negeri-negeri. Selepas mendengar taklimat yang disampaikan Ahmad Razif dan meninjau operasi PR1M, Noor Hisham menyimpulkan betapa pusat ini wajar dicontohi bagi memperluaskan konsep pemulihan dalam komuniti. Selama ini pusat-pusat sedemikian dijayakan oleh agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan syarikat swasta, ujar beliau. Langkah yang diambil adalah selaras dengan pendekatan Strategi Lautan Biru, melalui kerjasama pelbagai pihak yang dapat menjimatkan kos, meningkatkan tahap keberkesanan dengan membawa perkhidmatan kesihatan lebih hampir dengan komuniti. Selain mengatasi masalah kesesakan di hospital, ini juga memudahkan proses pemulihan, bukan sahaja soal kesihatan fizikal tetapi emosi dan sosial, di samping ekonomi, ujarnya. Menurut Noor Hisham, pihak kementerian bersedia membekalkan khidmat kepakaran secara berterusan untuk membantu pusat-pusat ini beroperasi dengan lancar dan sempurna. Langkah yang dimulakan oleh Ahmad Razif boleh dikembangkan ke setiap kawasan Parlimen di negeri ini melalui sokongan kerajaan negeri dan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri. Ini merupakan suatu perkongsian sumber yang dapat meningkatkan lagi taraf kesihatan penduduk negeri seiring dengan tuntutan semasa. DR. Noor Hisham Abdullah (bertopi) bersama Ahmad Razif (kiri) dan pengarah kesihatan negeri, Datuk Dr. Anwa Sulaiman (kanan) bertanyakan kepada seorang pesakit mengenai kemudahan yang disediakan di PR1M, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Pesakit disediakan dengan kenderaan yang diubahsuai bagi menjemput dan menghantar mereka pulang selepas menjalani rawatan pemulihan di PR1M, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Ahmad Razif Seorang pesakit berketurunan Cina menjalani aktiviti pemulihan di PR1M, Seberang Takir yang memberi khidmat kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Kuala Nerus. Pusat yang bernilai kira-kira RM350,000, telah mula beroperasi pada April 2013 dan perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebulan kemudian Ahmad Razif Abdul Rahman Ahli Dewan Undangan Seberang Takir |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |