{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Maik kutip zakat lebih RM36 juta

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelanatan@utusan.com.my

Md. Yuslan Md. Yusof (dua dari kiri) menyerahkan replika cek zakat perniagaan berjumlah RM3,239,528.48 kepada Yusoff Ismail (tengah) di Dewan Utama Maik, Kota Bharu, kelmarin. - UTUSAN/ Asma Hanim Mahmood

KOTA BHARU 18 April - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) mengutip lebih RM36 juta keseluruhan zakat bagi tempoh Januari tahun ini sehingga semalam.

Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Ir. Yusoff Ismail berkata, bilangan pembayar zakat menunjukkan trend peningkatan ketara setiap bulan pada kadar sehingga 50 peratus.

Sehingga kini katanya, terdapat kira-kira 45,000 pembayar zakat melunaskan tanggungjawab mereka kepada Maik dan daripada jumlah itu lebih 10,000 memilih secara potongan gaji bulanan.

Dalam masa sama, beliau yakin mampu mencapai kutipan sasaran sebanyak RM140 juta pada tahun ini berbanding RM134 juta tahun lalu melihat kepada kecenderungan syarikat-syarikat korporat membayar zakat di Kelantan.

'Kepelbagaian mekanisme pembayaran iaitu menerusi kaunter, secara dalam talian atau potongan gaji bulanan menyumbang peningkatan kesedaran membayar zakat dalam kalangan masyarakat selain hebahan media,' katanya.

Yusoff berkata demikian kepada pemberita selepas menerima cek zakat perniagaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan bagi tahun kewangan 2013 berjumlah RM3,239,528.48 daripada Pengurus Besarnya, Ir. Md. Yuslan Md. Yusof di Dewan Utama Maik di sini semalam.

Beliau memberitahu, lebih 65 peratus daripada jumlah kutipan zakat setiap tahun diperuntukkan untuk membantu golongan fakir dan miskin.

Sementara itu, Md. Yuslan berkata, secara keseluruhan TNB telah mencatat keuntungan bersih me-lebihi RM4 bilion pada tahun lalu.

'Selain melaksanakan tanggungjaab membayar zakat, pihak kami juga turut terlibat dalam aktiviti tanggungjawab sosial (CSR) lain seperti membaiki rumah golongan daif dan miskin.

'Pada tahun ini, kami memperuntukkan kira-kira RM500,000 di negeri Kelantan bagi membaik pulih rumah golongan asnaf di bawah program Baiti Jannati manakala sejumlah peruntukan lagi untuk program Mesra Rakyat bagi rumah orang miskin dari kaum Cina, India dan Siam.

'Kami bekerjasama dengan Maik untuk pemilihan penerima daripada kalangan asnaf,' katanya.

IKBAR lindungi rakyat tidak merokok

Posted: 18 Apr 2014 10:58 AM PDT

KOTA BHARU 18 April - Kerajaan Pas Kelantan akan melaksanakan satu gerak kerja dikenali sebagai Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR) bagi melindungi tiga perempat rakyat di negeri ini yang tidak merokok.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata, menerusi IKBAR, setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mewujudkan beberapa kawasan bebas asap rokok di kawasan pentadbiran masing-masing.

'Inisiatif ini pada awalnya dilaksanakan di peringkat Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

'Bagaimanapun selepas melihat perkembangannya, kita optimis untuk memperluaskan IKBAR ke seluruh ne-geri dengan penglibatan semua PBT,' katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Negeri, Kompleks Kota Darulnaim di sini semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood serta Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Menurut Ahmad, sebagai permulaan, IKBAR dilaksanakan di kawasan pentadbiran MPKB-BRI melibatkan dua zon iaitu Dataran Ilmu dan lokasi merangkumi Stesen Bas Kota Bharu hingga ke Tambatan Diraja.

'Kita berharap ketua-ketua jabatan agensi kerajaan, swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyokong usaha ini dengan memastikan kawasan masing-masing bebas daripada asap rokok.

'Selain itu, kita minta pemimpin setempat termasuk imam-imam serta ketua rumah ibadat lain menguar-uarkan perkara ini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,' katanya.

Sementara itu, Abdul Fattah memberitahu, peringkat awal pelaksanaan IKBAR memberi tumpuan kepada usaha memberi kesedaran orang ramai tentang zon bebas asap rokok, bukan menghukum perokok.

Katanya, kawasan yang diwartakan sebagai zon bebas asap rokok boleh dikenal pasti dengan mudah oleh orang ramai menerusi pemasangan papan tanda khas.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat