{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Penyakit tibi di Kelantan turun

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

Ahmad Jazlan Yaakob melakukan cop tangan sebagai gimik perasmian sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Kelantan di Kampung Laklok, Machang, semalam. Turut kelihatan Ahmad Razin Ahmad Mahir (belakang).

MACHANG 19 April - Kes penyakit tibi di Kelantan mencatatkan penurunan sebanyak 34 kes pada tahun ini berbanding pada 2012.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pada 2012 sebanyak 1,436 kes dicatatkan dan jumlah tersebut menurun kepada 1,402 tahun ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kedua-dua tahun tersebut, sebanyak 94 kes melibatkan kematian dicatatkan.

"Daerah Kota Bharu mencatatkan peningkatan kes tibi paling tinggi iaitu 432 kes, Pasir Mas (199), Tumpat (172) manakala Machang sebanyak 76 kes.

"Tibi merupakan penyakit berjangkit yang wajar diberi perhatian serius. Tibi boleh dirawat hingga sembuh tetapi memerlukan jangka masa lama," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat negeri Kelantan di Kampung Laklok, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Wan Mansor Hamzah dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob.

Tambah Ahmad Razin, bagi memastikan penyakit tibi dapat dikawal, orang ramai perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

"Tibi boleh dicegah melalui pengesanan dan melalui jadual rawatan yang ditetapkan iaitu kaedah pengambilan ubatan selama enam bulan. Justeru, kita berharap agar orang ramai dapat membuat pengesanan awal penyakit ini," katanya.

Peladang bantu 115 penternak ikan

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

KEMAMAN 19 April - Persatuan Peladang negeri menyampaikan bantuan ihsan akuakultur berjumlah RM138,150 kepada 115 penternak ikan yang mengalami kerugian akibat bencana banjir yang berlaku akhir tahun lalu.

Bantuan tersebut akan digunakan sebagai perangsang kepada mereka yang terlibat untuk meneruskan projek ternakan yang diusahakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, daripada jumlah itu, penternak di Kemaman menjadi daerah paling ramai menerima sumbangan tersebut iaitu seramai 48 orang.

Katanya, ini diikuti daerah Dungun yang melibatkan seramai 33 orang penerima, Hulu Terengganu (23), Besut (4) dan Setiu (3).

"Bantuan ihsan ini bertujuan menggalakkan mereka meneruskan aktiviti penternakan ikan di samping dapat meringankan beban yang ditanggung," katanya demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada penerima di Kemaman melibatkan peruntukan berjumlah RM39,600 di sini semalam.

Beliau berkata, penternak yang terlibat kebanyakannya mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar dan kolam yang pelbagai jenis ikan seperti keli dan tilapia.

Bina dua empangan rendah mampu selesai masalah padi kontang

Posted: 19 Apr 2014 10:41 AM PDT

KOTA BHARU 19 April - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yakin pembinaan dua empangan rendah di Rumah Pam Kemubu, Kota Bharu dan Kasar, Pasir Mas yang dirangka menyelesaikan masalah padi kontang yang membebani petani selama ini.

Pengurus Besar Kada, Ibrahim Mat berkata, Kada memandang serius masalah ketiadaan air di kawasan sawah kerana boleh menjejaskan hasil pengeluaran padi dan juga pendapatan petani.

Menurut beliau, masalah tersebut menyebabkan pesawah di negeri ini mengalami kerugian hampir mencecah RM100 juta pada musim menuai.

"Sejak dua tahun kebelakangan ini, kekurangan air telah menyebabkan padi menjadi kering dan membawa kerugian kepada petani.

"Pembinaan dua empangan rendah yang dijangka siap selewat-lewatnya Mei nanti diharap dapat menyelesaikan masalah tersebut, seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran padi," katanya demikian dalam Majlis Serah Tugas Pengurus Besar Kada kepada Mohd. Rais Mohd. Ariffin di Pejabat Kada di sini semalam.

Beliau yang bersara wajib telah berkhidmat selama 37 tahun dengan Kada dari tahun 1977 hingga 2014.

Sementara itu, Mohd. Rais berkata, beliau akan meneruskan legasi terdahulu untuk meningkatkan taraf hidup petani di negeri ini.

Pada masa sama, beliau berhasrat untuk mendedah dan memperluas penggunaan teknologi pertanian dalam kalangan petani.

Tambahnya, langkah tersebut dilihat mampu meningkatkan produktiviti, seterusnya menaikkan pendapatan pesawah di negeri Kelantan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat