{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Kos sara hidup di Gua Musang tinggi

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh JAZALY AMRY JAAFAR
utusankelantan@utusan.com.my

PEGAWAI penguat kuasa memeriksa harga barang keperluan di sebuah kedai di Gua Musang, baru-baru ini. - UTUSAN/ JAZALY Amry jaafar

GUA MUSANG 2 April - Penduduk di daerah ini menanggung kos sara hidup paling tinggi di ne-

geri ini, kata Gerakan Pengguna Gua Musang.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui mengakui bahawa masalah harga barang bukan isu baharu sebaliknya telah berlaku lama kerana kedudukannya jauh dari pusat pentadbiran.

Pengerusi Gerakan Pengguna Gua Musang, Abu Bakar Jusoh berkata, walaupun terletak paling hampir dengan Kuala Lumpur, daerah ini bukan pusat transit barangan menyebabkan kebanyakan barangan dijual dengan harga lebih tinggi.

Kebanyakan barangan basah datang dari jauh antaranya Kota Bharu, Kuala Lumpur dan Selangor, perkara ini menyebabkan kos meningkat.

Peniaga terpaksa menaikkan harga barang dijual kerana kos pengangkutan yang tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berharap kerajaan dapat membantu penduduk di daerah ini dengan mewujudkan beberapa mekanisme bagi memastikan harga barang tidak melambung terlalu tinggi sehingga amat membebankan kebanyakan pengguna.

Seorang peniaga, Azura Jusoh, 43, berkata, barangan jualannya tertakluk kepada harga yang dikenakan oleh pihak pemborong.

Kita terpaksa mengikut harga semasa sebab modal pun meningkat, macam mana kita nak menjual dengan harga biasa.

Kadang-kadang wujud masalah dengan pelanggan yang tidak dapat menerima kenaikan harga barang serta ada pelanggan yang membandingkan harga di Gua Musang dengan daerah lain," katanya.

Katanya, harga barang akan melambung lebih tinggi di kawasan kampung kerana barang-barang terpaksa diangkut dari bandar Gua Musang.

Sementara itu, seorang penduduk, Hasnah Deraman, 40, berharap pihak berkuasa dapat mengadakan pemantauan secara lebih kerap supaya tidak ada peniaga mengambil kesempatan dengan sewenang-wenangnya.

Saya mohon pemantauan harga barangan diadakan lebih kerap kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan meletak harga terlalu tinggi.

Kalau orang yang ada anak seorang dua, mungkin tidak terasa sangat dengan kos sara hidup sekarang tetapi yang mempunyai bilangan anak ramai, memang terasa bebanannya," katanya.

Aksesori telefon tiruan dirampas

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA TERENGGANU 2 April - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri merampas pelbagai aksesori telefon bernilai hampir RM60,000 dalam serbuan di empat premis di sekitar bandar raya ini, semalam.

Serbuan dibuat kira-kira pukul 2.30 petang susulan daripada aduan yang diterima daripada pemilik cap dagang berjenama Samsung.

Antara aksesori yang dirampas dan disita termasuklah bateri, pengecas telefon, pengecas berkuasa, fon telinga serta sarung telefon berjenama Samsung yang dipercayai tiruan.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa PPDNKK negeri, Firdus Zakaria berkata, serbuan itu melibatkan seramai 20 anggota penguat kuasa selain turut disertai beberapa wakil daripada syarikat Samsung.

Katanya, ketika serbuan, hanya terdapat pekerja manakala pemilik keempat-empat kedai itu tiada di lokasi.

Kita telah mengambil keterangan daripada kesemua pekerja terbabit yang terdiri daripada lapan remaja perempuan untuk siasatan lanjut.

Siasatan mendapati, premis tersebut merupakan premis borong yang menjual pelbagai aksesori telefon dan telah beroperasi sejak hampir lapan tahun lalu. Kebanyakan aksesori pula diperolehi dari sekitar Lembah Klang.

Wakil Samsung telah mengesahkan aksesori berkenaan adalah tiruan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam.

Kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli aksesori telefon tiruan kerana tidak berkualiti, mudah rosak serta berbahaya," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat