{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


181 projek untuk kontraktor kelas F

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

Oleh Radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

Ahmad Said bersalaman dengan kontraktor yang hadir ketika Majlis Pengundian Projek PIA/PIAS Daerah Kuala Terengganu di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, semalam. - Utusan/Shaifudin Mohd Nor

KUALA TERENGGANU 3 April - Kerajaan negeri meluluskan 181 Projek Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Penyelenggaraan Infrastruktur Asas (PIAS) bernilai RM6.7 juta untuk dijayakan oleh kontraktor kelas F di sekitar daerah ini tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek di dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus itu ditawarkan kepada 624 kontraktor berdaftar melibatkan nilaian antara RM30,000 hingga RM90,000.

Katanya, kerajaan negeri menggunakan Sistem Pengundian Berkomputer untuk memberi keadilan kepada semua kontraktor yang memohon.

Beliau seterusnya berharap kontraktor yang memperoleh projek berkenaan berpuas hati dan tidak mempertikai serta menuduh kerajaan bersikap pilih kasih.

Sebenarnya, ini sudah lama kita laksanakan semata-mata untuk tolong kontraktor bumiputera agar berdaya saing.

Kita harap mereka komited untuk menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan dan bukan jual (projek) kepada pihak lain," katanya.

Ahmad menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pengundian Projek PIA-PIAS 2014 Bagi Daerah Kuala Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menempelak sikap pembangkang yang tidak habis-habis mencari salah kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan projek pembangunan termasuk usaha membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh.

Beliau seterusnya menolak dakwaan pembangkang kononnya usaha kerajaan negeri membaiki semula stadium berkenaan yang membabitkan peruntukan RM100 juta sebagai satu pembaziran.

Biarlah dia (pembangkang), kalau kita buat dia kata membazir. Takkanlah kita nak biar begitu saja (stadium runtuh), kita serba salah dan bagi dia semuanya tak betul," ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmad Shah bahawa usaha kerajaan negeri membaik pulih stadium berkenaan dengan peruntukan RM100 juta sebagai membazir.

Sebaliknya, jelas wakil rakyat Pas itu, adalah lebih baik kerajaan negeri membina sebuah stadium baharu daripada membaiki stadium sedia ada yang didakwanya satu pembaziran.

Bas amfibia: Pembelian masih di peringkat rundingan

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU 3 April - Kerajaan negeri masih dalam proses perundingan berhubung soal harga dan spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan negeri bagi pembelian dua buah bas amfibia (amphicoach).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata, kemudahan pengangkutan yang dirancang untuk ditempatkan di Tasik Kenyir itu berharga kira-kira RM3 juta sebuah.

Pada dasarnya, memang kita bersetuju dengan pembelian ini kerana kenderaan tersebut mempunyai pelbagai fungsi yang boleh dimanfaatkan untuk rakyat.

Selain untuk tujuan pelancongan, kenderaan ini juga boleh digerakkan pada musim banjir kerana biasanya pengangkutan darat yang lain mengalami kesukaran kerana laluan terputus seperti berlaku di Kemaman tahun lalu," katanya,

Beliau menyatakan demikian pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) di sini hari ini.

Katanya, sehingga kini hanya terdapat 12 bas amfibia di seluruh dunia dan kilang pengeluar di Malta hanya menyiapkannya berdasarkan tempahan khas.

Beliau bagaimanapun percaya kenderaan itu mampu menambah tarikan di Tasik Kenyir yang dalam proses dimajukan sebagai tasik bebas cukai.

Kita mahu bas amfibia itu dapat memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan lapan knot di dalam air. Apabila kita sudah membuat pengesahan tempahan, bas ini dijangka siap dalam tempoh lapan bulan,'' ujarnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said baru-baru ini berhubung persetujuan kerajaan negeri untuk membeli pengangkutan yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan itu.

Mohd. Jidin memberitahu, kerajaan negeri sedang berusaha untuk menambah bilangan teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud ekoran keperluan yang semakin meningkat dengan bertambahnya kekerapan penerbangan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan pengusaha teksi lapangan terbang untuk menentu jumlah lesen yang bakal dikeluarkan.

Sebagai sebuah negeri yang menjadi tumpuan pelancong dengan tawaran produk pelancongan yang menarik, kerajaan akan memastikan pengunjung mendapat kemudahan dengan cepat dan selesa, katanya.

Sementara itu, Tun Baharom Tun Abdul Razak dipilih sebagai Pengerusi PPNT yang baharu bagi menggantikan Wan Sufian Wan Ishak yang menarik diri.

Mara sasar kehadiran 60,000 pengunjung

Posted: 03 Apr 2014 12:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU 3 April - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan kehadiran lebih 60,000 pengunjung ke Karnival Pendidikan Mara di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

Pengarah Mara negeri, Abdullah Muhamad berkata, karnival yang menawarkan pelbagai program pendidikan terutamanya kepada pelajar lepasan sekolah menengah itu turut dimeriahkan dengan pembabitan sebanyak 90 gerai milik institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Katanya, selain itu, sebanyak 40 gerai daripada pelbagai agensi swasta dan kerajaan yang menawarkan pelbagai jawatan kosong juga dibuka sepanjang karnival berlangsung.

Menurut beliau, Karnival Pendidikan Mara merupakan program tahunan yang dimulakan sejak tahun 2000 dan penganjuran kali ini merupakan yang ke-15 dengan menyaksikan penyertaan institusi pendidikan dan syarikat swasta yang semakin meningkat.

Terengganu merupakan negeri keenam daripada sepuluh lokasi jelajah karnival ini diadakan yang bermula di Kuala Lumpur pada pertengahan Mac lalu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Pendidikan Mara di TTC di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) negeri, Mohamad Azhar Ahmad.

Abdullah berkata, pada tahun ini, Mara turut bekerjasama dengan JTK negeri melalui program 1Azam yang turut menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja.

Mengenai karnival berkenaan, beliau berharap pelajar sekolah khususnya lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mendapat maklumat mengenai peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bersesuaian dengan kelayakan akademik, minat dan kemahiran.

Malah, di Institut Pendidikan Mara sendiri, pelbagai kursus latihan kemahiran daripada pendidikan rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi sentiasa dipromosikan," ujarnya.

Menurutnya, Mara mempunyai sebanyak 324 buah institut pendidikan termasuk bidang kemahiran di seluruh negara dan setiap tahun dianggarkan kira-kira 10,000 anak didik Mara dilahirkan ke pasaran kerjaya.

Sementara itu, Mohamad Azhar berkata, seramai 22,566 pencari kerja aktif di Terengganu berdaftar melalui portal JobsMalaysia sehingga 31 Mac lalu dan seramai 593 pencari kerja telah mendapat kerja dalam pelbagai sektor.

Kekosongan kerja dalam portal JobsMalaysia bagi negeri Terengganu dalam tempoh yang sama adalah 5,619 kekosongan," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat