{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Pinjaman secara dua generasi

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Oleh AZELI ALI/ERY
azeli.ali@utusan.com.my

BUTTERWORTH 7 April - Golongan bumiputera di negeri ini kini berpeluang mendapat pembiayaan sehingga RM200,000 untuk membeli rumah kos rendah dan sederhana rendah melalui Tabung Perumahan Bumiputera yang diuruskan Bank Persatuan.

Majlis pelancaran tabung berjumlah RM14.5 juta itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Sasar Perumahan dan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid di sini hari ini.

Melalui tabung yang diperkenalkan sejak 2012 itu, golongan bumiputera berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 30 tahun untuk membeli rumah dengan kadar keuntungan sebanyak empat peratus.

Jahara berkata, sejak diperkenalkan dua tahun lalu dengan dana permualaan sebanyak RM5 juta, sebanyak 36 pemohon berjaya mendapat pembiayaan dan memiliki rumah idaman mereka.

Menurutnya, syarat pembiayaan itu tidak seketat bank komersial lain namun peminjam yang berjaya tidak boleh menjual rumah itu dalam tempoh 10 tahun dan harus mendiami sendiri rumah tersebut.

"Tabung ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada golongan bumiputera berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

"Syarat yang dikenakan tidak seketat bank komersial lain malah peminjam boleh membuat pinjaman secara dua generasi dengan umur maksimum 75 tahun,"katanya pada majlis yang turut dihadiri Pengerusi Bank Persatuan, Datuk Yusra Sabar.

Tambah Jahara, pada awal pelancarannya hanya beberapa pemaju berdaftar sahaja terlibat dengan pembiayaan tabung itu, namun kini jumlahnya semakin bertambah.

Selain itu, katanya, beberapa projek di bawah agensi seperti JKP Sdn. Bhd., UDA Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) telah meluluskan pembiayaan menerusi tabung tersebut.

"Mereka yang berminat untuk mendapat pembiayaan menerusi tabung ini boleh mendapatkan borang permohonan di semua cawangan Bank Persatuan di Butterworth, Kepala Batas, Bayan Baru dan Nibong Tebal.

"Jadi saya berharap golongan bumiputera tidak melepaskan peluang untuk menikmati pembiayaan istimewa daripada kerajaan ini khas untuk mereka memiliki rumah sendiri," katanya.

Ketua kampung perlu sedia pangkalan data

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Sebahagian daripada ketua kampung kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang hadir di Majlis Orientasi dan Taklimat bersama Wakil Rakyat, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Idris Kelab , Kuala Kangsar, semalam.

KUALA KANGSAR 7 April - Semua ketua kampung di daerah ini diminta menyediakan pangkalan data tentang kampung masing-masing dalam usaha memudahkan gerak kerja dan sumber rujukan ketika berurusan dengan pihak lain.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad berkata, pangkalan data tersebut mestilah mengandungi maklumat lengkap terutama berkaitan jumlah penduduk lelaki dan perempuan, rumah, yang tidak mempunyai rumah, jumlah warga emas dan orang kurang upaya, selain berapa ramai perlu dibantu dari segi masalah kemiskinan

Bagaimanapun, katanya, ketika ini hampir kesemua kampung di daerah itu tidak mempunyai pangkalan data sehingga menyebabkan timbul pelbagai masalah terutama ketika data-data berkenaan diperlukan.

"Pangkalan data ini amat penting bagi seorang ketua kampung dalam memudah cara tugasannya, selain sebagai pandu arah dalam membangunkan kampung.

"Namun, saya tidak dinafikan banyak ketua kampung belum membangunkan pangkalan data ini yang amat penting sebenarnya. Mereka perlu lakukan kerana ini sebahagian daripada peranan mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Orientasi dan Taklimat bersama Wakil Rakyat, Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Dalam Parlimen Kuala Kangsar di Idris Kelab di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Chandan, Mazlin Sham Razman, ADUN Manong, Mohd. Kamil Shafie, penghulu mukim-mukim serta 45 ketua kampung baharu yang dilantik oleh kerajaan negeri pada 1 April lalu.

Wan Khairil Anuar berkata, kemudahan teknologi ketika ini seperti komputer dan alat komunikasi lain boleh membantu ketua kampung melaksanakan tugas berkenaan dengan lebih mudah terutama untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.

``Perkembangan dunia masa kini memerlukan ketua kampung lebih peka dan prihatin terhadap kehendak penduduk yang pasti mahukan sesuatu.

"Justeru, mereka perlu bersedia menjalankan tugas sebagai penghubung antara penduduk dengan pihak lain yang memerlukan khidmat bila-bila masa dan inilah gunanya pangkalan data tersebut,"katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas ketua kampung di kawasan Parlimen itu yang tidak disambung perkhidmatan mereka terutama yang berumur 65 tahun ke atas.

"Budi dan khidmat mereka membangunkan kampung masing-masing amat dihargai," katanya.

Usaha tanah berbiar tambah pendapatan keluarga

Posted: 07 Apr 2014 12:29 PM PDT

Abdul Azeez Abdul Rahim (dua, kanan) bersama pelajar-pelajar Pondok Ustaz Abu Bakar, Parit Panjang ketika melawat pondok yang baru dibina menggantikan yang terbakar, baru-baru ini. - UTUSAN/ NORLIA RAMLI

BALING 7 April - Petani di luar bandar disarankan lebih proaktif dan kreatif dengan mencari kaedah lain untuk menambah pendapatan keluarga bukan sekadar bergantung kepada hasil tanaman sahaja.

Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman jangka masa singkat juga boleh menguntungkan petani bagi menampung sara hidup keluarga.

"Petani perlu menggembleng tenaga dan usaha memajukan tanah terbiar dengan tanaman kontang sebagai sumber sampingan bagi menyara ahli keluarga.

"Banyak tanah terbiar yang boleh dimajukan dengan pelbagai tanaman dan dilakukan secara berkelompok bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan," katanya selepas melawat Sekolah Pondok Ustaz Bakar, Parit Panjang di sini baru-baru ini.

Menurutnya, para petani yang kebanyakan bekerja menoreh perlu mencari sumber sampingan dengan bercucuk tanam bagi menampung perbelanjaan.

"Apabila berlaku kejatuhan harga getah, ditambah pula dengan musim hujan, mereka boleh menumpukan masa di ladang dengan bercucuk tanam, sekali gus beban yang ditanggung dapat dikurangkan," katanya.

Katanya lagi, banyak agensi kerajaan berkaitan sentiasa memberi peluang dan menyediakan peruntukan untuk membantu mereka mengusahakan tanah terbiar dengan tanaman yang sesuai mengikut struktur tanah.

"Mereka tidak hanya bergantung dengan hasil menoreh semata-mata tetapi boleh menjadikan bidang pertanian untuk menambah pendapatan keluarga," katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta Lembaga Getah Malaysia (LGM) turun padang memberi penerangan, selain berusaha memberi insentif kepada penoreh yang terjejas ekoran kejatuhan harga getah di pasaran.

Dalam pada itu, ketika melawat Sekolah Pondok Ustaz Bakar, Abdul Azeez turut meninjau 16 rumah yang telah siap dibina menggantikan kediaman lama pelajar yang musnah dijilat api dalam kebakaran tahun lepas.

Abdul Azeez berkata, rumah yang didiami oleh pelajar itu lebih selesa berbanding sebelumnya dan memberi kemudahan kepada 112 pelajar yang belajar ilmu agama di situ.

"Saya tengok kebanyakan rumah yang didiami pelajar lebih selesa dan selamat meskipun dibina secara berselerak dan ini menunjukkan sistem belajar pondok tetap utuh seperti dulu," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat