{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda palong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda palong - Google Blog Search


Atok di taja!! | Apo2 Yolah

Posted: 21 Apr 2011 11:00 PM PDT

Ha, kau jangan jeles wokey. Even atok ni orang kata "rumah kata pergi, kubur kata mari", tapi masih ado lagi orang nak spedo atok tau. Kau ado?? *matiler riak!

Ceritanya bermula apabila Pengurus felda ni singgah rumah ke rumah kat kampung atok tu. Pengurus ni orang baru then dia nak beramas-tamaslah dengan penduduk kan. So, dia buat lawatan. Atok lupo nak bagitahu, atok ni anak peneroka felda. Lahir dan membesar kat felda. Zaman kanak-kanak sampai remaja kat felda. Sekolah pun kat felda. Kalau sakit domam pergi klinik kat felda. Nama kampung atok tu Felda Palong 5.

Dulu atok susah. Nak beli buku rujukan pun susah nak dapat. Apatah lagi nak poie sekolah tadika. Atok terus masuk darjah satu tau. Sodih tengok kawan-kawan masuk tadika. Baju sekolah, kasut sekolah setahun sekali baru berganti. Tapi atok sentiaso sematkan kat kepalo atok ni, ado yang lagi susah kat luar sana. Langsung tak mampu bersekolah.

Budak-budak sekarang makan mewah-mewah. Spagethi, pizza, chicken chop, secret recepi, makanan-makanan orang puteh. Atok dulu makan nasi lauk telur kicap ngan ikan masin yo. Kadang-kadang kutip sayur kangkung, pucuk ubi, yang tumbuh melata di tepi jalan. Masa sekolah rendah bawak duit belanja 30 sen dah cukup. Beli mee 20 sen. Air 10 sen. Kadang-kadang atok bawak bekal. Duit tu boleh simpan. Tapi alhamdulillah, kesusahan tulah yang telah menjadikan diri atok seadanya sekarang. Atok bersyukur dilahirkan begitu.   :'-)

Haa, senyum balik...Tak moo sedih2. Itu cerita lama. Sekarang ni, atok dan adik-beradik yang lain ada usahakan tanaman cendawan tiram. Kalau nak ikutkan, kami dah mula dekat 2 tahun secara suka-suka. Tapi mula serius since bulan Julai tahun lepas. Alhamdulillah, nak kata hasil tu berlambak tak jugak. Cukuplah untuk kami beli barang dapur dan lepas lah duit petrol. Sobab tu tiap-tiap minggu atok balik kampung walaupun jarak dekat 100 km sehala!

So, sebaik sajok si Pengurus felda ni tadi datang rumah atok, dia tertarik dengan bangsal kat belakang rumah tu. Dio koba camni

"Ini tompek apo ni,"kata Pengurus.

"Cendawan tiram. Anak-anak sey yang usahokan,"koba ayah atok.

"Lah, kenapa saya tak tahu pun?"  (ni lah dikatokan ketuo kampung tak buek kojo. Padahal ketuo kampung dah tahu kewujudan projek tu. Tapi tak disampaikan kat Pengurus.)

Pengurus to koba kat ayah atok lagi, nanti buat kertas kerja permohonan peruntukan tambahan kat felda. Senaraikan barang-barang yang nak beli. Nak besarkan projek pun boleh. Dia tak boleh bagi tunai takut aku songlap. Tapi dia boleh bagi peralatan je. Maksimum boleh mohon sehingga RM 10,000! InsyaAllah boleh lepas katanya. Terkejut atok. Terharu pun ada. Syukur alhamdulillah.

Itulah, sama seperti perumpamaan ibu singa yang mengajar anaknya memburu. Si ibu hanya menunjukkan sekali saja then pandai-pandailah anak tu memburu sendiri lepas tu. Tapi "singa" sekarang ni manja. Tak payah memburu. Dah terhidang daging depan mata. Mewah. Sebab tu takda "skill memburu".

Susah-susah dulu tulah yang banyak mengajar kami sentiasa berusaha untuk dapatkan sesuatu. Kami dah dididik sejak kecil lagi. Kalau kau nak, kau usaha sendiri!

Ingat! Kalau nak impian tercapai, usahalah sendiri....kita tak semestinya sentiasa berada di atas....dan tak semestinya selamanya berada di bawah....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat