felda kahang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kahang - Google Blog Search |
| Program Mesra Rakyat Bersama MDN di Sg.Sayong & <b>Felda Kahang</b> Timur <b>...</b> Posted: 21 Nov 2010 06:09 PM PST "Bersama-samalah kita memelihara kedaulatan tanah air dan maruah bangsa Malaysia demi masa depan anak cucu kita kerana keamanan dan kemerdekaan yang kita nikmati hari ini tidak datang bergolek atau melayang," begitulah amanat utama MDN dalam semua destinasi singgahan beliau sepanjang dua hari program lawatannya ke Parlimen Sembrong. Selesai majlis sambutan Deepavali di Dewan MPK Paloh, MDN meneruskan perjalanan beliau meneroka kawasan lain di Sembrong untuk program bersama rakyat selanjutnya. Destinasi beliau berikutnya ialah di Kampung Baru, Sungai Sayong. Ketibaan MDN yang disambut dengan hujan lebat tidak mematahkan semangat beliau untuk menghampakan ratusan penduduk kampung yang telah menunggu di dalam dewan orang ramai Kampung Baru. Dalam program ini, MDN menerima borang keahlian RELA dari Dato Zaidon dan turut menyampaikan kad keahlian RELA kepada anggota-anggota RELA yang terdiri dari pelbagai kaum di kawasan tersebut. Dalam majlis yang sama, Dato Zaidon turut menyampaikan sebanyak 133 keping borang daftar mengundi oleh anggota-anggota RELA. Seramai 40 orang pelajar sekitar Sungai Sayong yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR baru-baru ini turut diberikan penghargaan oleh beliau. Dalam majlis tersebut, MDN turut diiringi oleh Ketua Pengarah RELA, Dato Zaidon bin Asmuni dan Pengarah RELA Johor, Tuan Haji Zaini bin Jamari. Komitmen dan kesungguhan MDN dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tidak terhenti sehingga jam lima petang semata-mata. Pada malam tersebut, beliau meluangkan masa bersama-sama masyarakat di Masjid Jamek Felda Kahang Timur untuk solat Isya' berjemaah dan tahlil. Program yang diadakan di Felda tersebut sejak pagi bermula dengan program kenduri sekampung dan Hari Bertemu Pelanggan KDN diakhiri dengan upacara penyampaian wakallah sumbangan kepada masyarakat setempat. Pada tahun ini, sebanyak 34 ekor lembu akan dikorbankan sempena sambutan Aidiladha. Program yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pontian, YB Dato' Ahmad Maslan tersebut diakhiri dengan jamuan makan ala dulang yang lebih dikenali sebagai 'nasi ambang' di kalangan masyarakat Johor. – team berita ikdn. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from felda kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


