{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


<b>felda serting hilir</b> - Google Blog Search | Warga Felda

Posted: 30 Mar 2011 12:00 AM PDT

F'Best Homestay Serting Hilir,di bawah pentadbiran Felda Wilayah Raja Alias, Negeri Sembilan bermula pada Januari 2004 di mana para pengunjung akan merasai dan mengalami pengalaman kehidupan harian peneroka felda. F'Best Homestay mempunyai tarikannya yang tersendiri dan keunikannya yang semulajadi.

Kedudukan F'Best Homestay, Serting Hilir kira-kira 100 kilometer dari Bandar Seremban dan ia merangkumi 7 rancangan felda yang meliputi 6805.29 hektar kawasan perkampungan dan ladang. Rancangan tanah ini lengkap dengan kemudahan asas untuk keselesaan kehidupan harian setiap peneroka di tanah rancangan ini. Para pelancong boleh menikmati suasana kampung dan pertanian komersial hanya di F'Best Homestay ini.

CUIT SIKIT:

Matlamat penubuhannya adalah untuk memberi pendapatan " non farm " kepada peneroka menerusi sewaan bilik homestay, penyediaan sajian, program sampingan lainnya, sebagai tambahan kepada pendapatan dari sawit / getah demi melihat mereka menjadi masyarakat yang mempunyai pendapatan kelas pertengahan dan tidak lagi dikaitkan dengan kemiskinan.

Itu adalah cerita tahun 2004 hingga Jun 2006 semasa aku bertugas sepenuh masa di sana. Dengan bantuan idea hebat En.Mohd Arif dan Pn. Fadzliyaton serta kesungguhan Tuan Haji Mohd Nor Kailani, homestay berkenaan mampu mencatat pendapatan kasar sehingga RM 300,000.00 setahun, pada tahun 2005. Selepas aku bertukar ke Suara Felda Negerifm, khabarnya homestay berkenaan diurus oleh seorang Pengurus yang bijakpandai secara sembrono  ( pandir ) sehingga sukar untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa pelancongan negeri. Mengusahakan projek pelancongan tanpa mendapat sokongan dan kerjasama pihak berkuasa pelancongan negeri, samalah seperti tidur bertilam tetapi tidak berbantal.

Kenapa sekarang tiada lagi program anjuran Tourism Malaysia berlangsung di  sana ? Mengapa tidak lagi kedengaran promosi Program E - Puyu yang semasa aku di sana berlangsung setiap bulan April dengan sokongan padu MTPN dan Tourism Malaysia ?

Sepatutnya semakin lama beroperasi, F'Best Homestay semakin maju kerana berada di bawah tadbiran Felda, tetapi, hari ini F'Best Homestay sudah jauh ketinggalan berbanding Homestay Kg. Lonek yang pada  tahun 2004 hingga 2006 itu, jauh ditinggalkan oleh F'Best Homestay.

Bagi aku, kalau kita bertugas dengan nawaitu membodek dan iri hati dengan kejayaan rakan, inilah yang kita dapat, sehinggakan nombor perhubungan pun gagal ditukar.

Pegawai Usahawan Wilayah takkan menyibuk dengan GMN je..jenguk - jenguklah ke Serting Hilir....tu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SOKONG PAKATAN RAKYAT: <b>FELDA</b> TAK AMANAH?

Posted: 09 Apr 2011 02:37 AM PDT

Tak berani saya nak kata Felda sudah bankrap. Kok disaman saya, mana ada wang mahu lantik sang peguam membela saya. Ha ha. 

Khamis lalu saya tidur di Felda Serting Hilir 7, Jempol, Negeri Sembilan.  Ladang kelapa sawit di sini sudah mencecah usia 30 tahun tetapi belum ada tanda-tanda akan ditanam semula. Biasanya apabila genap 25 tahun, maka Felda akan  memulakan kerja-kerja tanaman semula. Kali ini tak nampak tanda-tanda nak memulakannya.

 Duit tanam semula ini bukan wang Felda sebenarnya kerana setiap  pemilik akan menabung setiap bulan untuk kos tanaman semula apabila sampai masanya.  Dikatakan sejumlah RM 17,000 telah dikumpulkan  untuk tujuan tersebut. Tetapi mengapa Felda selaku  penyimpan wang tersebut tidak mengeluarkan semula wang tersebut untuk proses tanaman semula. Ini bukan sahaja dilihat Felda sudah bankrap tetapi sudah TIDAK AMANAH dengan wang yang disimpan oleh para peneroka.

Yang pelik, para peneroka tidak melihat ini sebagai kegagalan BN yang mentadbir Felda tetapi hanya sekadar kelemahan pegawai Felda sahaja. Maka selamatlah BN.  Entah bila para peneroka mahu melihat isu pentadbiran  ini   sebagai isu politik.  Bukankah lembaga pengarah Felda itu dilantik oleh kuasa politik?

Kita mahu  orang macam  Suhaimi Said  di Felda Seting Hilir 7!!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat