{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Felda sungai lui - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

Felda sungai lui - Google Blog Search


<b>Felda sungai lui</b> - Google Blog Search | Warga Felda

Posted: 19 Mar 2011 12:00 AM PDT

'Kebun kami sudah semak-samun'

'Kebun kami sudah semak-samun'

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my


Sebahagian peneroka menunjukkan kawasan kebun mereka yang kini dipenuhi semak-samun di Lui Barat, Jempol, baru-baru ini.


JEMPOL 22 Mac – Peneroka Felda di Sungai Lui, dekat sini mahu pihak pengurusan itu segera melaksanakan tanam semula getah dan kelapa sawit selepas mendapati kawasan kebun berkenaan kini dipenuh semak-samun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ramai peneroka mula merungut dan mendakwa selepas setahun pokok getah ditebang, tiada anak pokok baru yang ditanam di situ.

''Kasihan peneroka. Kebun yang dahulunya terang kini dipenuhi semak. Pokok lama sudah ditebang, yang baru pula entah bila hendak ditanam," katanya kepada Utusan Malaysia di Lui Barat, dekat sini hari ini.

Katanya, pihak pengurusan Felda diminta percepatkan kerja penanaman semula itu supaya peneroka dapat meraih hasil yang baik pada masa hadapan.

''Entah bilalah hasil pokok getah dan kelapa sawit ini dapat dikeluarkan," ujar Zainal Abidin.

Dalam pada itu, peneroka dari Blok 2, Felda Lui Barat, Ismail Riduan, 49, kecewa apabila kebun semakin terbiar.

"Datang dan lihat kebun di sini, ini bukan cakap kosong. Kebun sudah berubah wajah menjadi hutan.

"Tanyalah penduduk, bermacam-macam binatang termasuk ular dan khinzir boleh ditemui di sini," katanya.

Ismail memberitahu, dia tidak dapat menahan sabar untuk menunggu lagi kerana sudah setahun mengharapkan pengurusan Felda dapat menanam semula getah dan kelapa sawit.

Bagi peneroka dari Blok 6, Felda yang sama, Zakaria Maarop, 58, memberitahu, peneroka berhak mengetahui mengapa sistem penanaman semula tidak dimulakan.

"Sikap berdiam diri bukanlah jalan penyelesaian bagi masalah ini. Kami masih bersama Felda, jadi kami seharusnya diberi penjelasan mengenai masalah yang terjadi.

"Diharap pihak terbabit segera tampil memberi penjelasan dan seterusnya mempercepatkan penanaman semula," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat