Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- PM Israel pertahan serangan
- PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan Hindi
- Imej satelit China mungkin sayap pesawat
Posted: PM Israel pertahan serangan
BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menyatakan, satu serangan tentera negaranya di utara Tebing Barat kelmarin merupakan suatu tindakan yang wajar. Menurutnya, serangan itu dilakukan ke atas para pejuang Palestin yang melaku- kan serangan terhadap askar-askar Isarel dan orang awam. "Dasar kami adalah untuk memudaratkan sesiapa yang melakukan kemudaratan ke atas kami," katanya kepada Kabinet di sini. Tiga pejuang Palestin termasuk seorang pejuang pergerakan Hamas terbunuh pada awal kelmarin dalam satu kejadian tembakan di kem pelarian Jenin. Tentera Israel menyerbu kem tersebut untuk menangkap seorang pejuang Palestin, Hamza Abu Al-Haija. Namun, Hamza enggan menyerah diri. Dia kemudian melepaskan tembakan ke arah askar-askar Israel menyebabkan dua daripada mereka cedera. Askar-askar Israel turut melepaskan tembakan menyebabkan Hamza terbunuh. Hamza, 23, merupakan anak seorang ketua ketenteraan Hamas, Jamal Abu Aleija di Tebing Barat. Jamal kini berada di sebuah penjara di Israel kerana menjalani hukuman penjara seumur hidup. - dpa | ||
PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan Hindi Posted: PM Australia yakin lokasi misi pencarian di Lautan HindiSeorang juruterbang, Dave Smith (kanan) memberikan taklimat misi pencarian pesawat MH370 sebelum kapal terbang P-3K2 Orion berlepas dari sebuah pangkalan tentera dekat Perth kelmarin. PERTH - Penemuan satu palet kayu kargo dan beberapa serpihan lain yang mungkin mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada 8 Mac lalu meningkatkan harapan untuk mencari kapal terbang itu. Pencarian pesawat Boeing 777-200ER itu kini pada akhirnya berada pada landasan yang betul selepas lebih dua minggu misi pencarian melibatkan beberapa buah negara menemui petunjuk yang tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan kapal terbang berkenaan. Misi pencarian itu juga diperkukuhkan dengan penemuan imej baharu yang dikesan satelit Perancis yang menunjukkan terdapat objek terapung di lokasi pencarian kapal terbang MH370. Beberapa pegawai Australia menyatakan kayu palet bersama tali pinggang atau tali pelbagai warna dikesan kelmarin di lokasi terpencil di selatan Lautan Hindi. Kawasan pencarian itu terletak sejauh 2,500 kilometer dari barat daya Perth, Australia. "Terlalu awal untuk mengenal pasti (objek itu)," kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott (gambar) kepada pemberita semasa melawat Papua New Guinea. "Namun, pastinya, kami mempunyai beberapa petunjuk yang berwibawa dan terdapat peningkatan harapan yang memungkinkan kita berada pada landasan untuk menemui apa yang berlaku ke atas kapal terbang berkenaan," tambahnya. Satelit Australia dan China telah mengesan objek besar yang terapung di kawasan lokasi pencarian tersebut. Penemuan kayu palet dan tali pinggang itu dikesan dari sebuah pesawat pencarian milik New Zealand. Misi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi itu meliputi kawasan seluas 59,000 kilometer persegi. Ekoran jarak penerbangan sejauh empat jam dari daratan, kebanyakan pesawat hanya mampu melakukan misi mencari selama dua jam di kawasan tersebut sebelum ia terpaksa berpatah balik ke daratan. Namun, sebuah pesawat mencari iaitu P3 Orion yang dilengkapi peralatan pemerhatian elektro-optik kemudian dikerah ke kawasan penemuan palet kayu dan objek seperti tali pinggang atau tali itu. Namun, pesawat tersebut hanya membuat laporan bahawa anggota-anggota mencari cuma menemui rumpai air dari paras beberapa ratus meter dari lautan tersebut. Misi mencari semalam melibatkan empat pesawat tentera dan empat kapal terbang awam. Pesawat MH370 hilang semasa ia sepatutnya melaporkan kemasukannya ke ruang udara Vietnam ketika dalam penerbangan ke Beijing, China. Sebanyak 227 penumpang dan 12 kru dilaporkan menaiki pesawat itu. - Agensi | ||
Imej satelit China mungkin sayap pesawat Posted: Imej satelit China mungkin sayap pesawat
PERTH - Sebuah objek besar yang dikesan sebuah satelit China pada 18 Mac lalu di selatan Lautan Hindi mungkin sebuah sayap pesawat penerbangan, kata seorang felow dari Universiti Kebangsaan Australia, John Blaxland. Blaxland yang bertugas di Pusat Kajian Pertahanan dan Strategik di universiti berkenaan menyatakan objek tersebut berukuran 22.5 meter panjang dan 12 meter adalah menyamai panjang satu sayap Boeing 777. Pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang itu merupakan model Boeing 777-200ER. Ketika ditanya sama ada objek yang dikesan sebuah satelit milik China itu mungkin sama dengan objek yang dikesan sebuah lagi satelit, Blaxland berkata, ia kelihatan objek yang berbeza. "Ia kelihatan sama. Namun, jika ukuran itu adalah betul, objek (dikesan satelit China) mungkin lebih lebar," katanya ketika diwawancara agensi berita Xinhua kelmarin. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) sebelum ini mengeluarkan gambar satelit yang menunjukkan objek sepanjang 24 meter panjang pada 16 Mac lalu yang dianggap sebagai petunjuk terbaik untuk mencari pesawat MAS yang hilang sejak 8 Mac lalu. Kerajaan China mengeluarkan satu gambar yang dikesan menerusi satelit pada 18 Mac lalu. Objek itu terletak 120 kilometer ke barat objek yang dikesan oleh sebuah satelit yang terlibat dalam misi mencari yang diselaraskan Australia. Menurut Blaxland, dua objek itu kemungkinan tidak sama kerana arus Lautan Hindi bergerak dari barat ke timur. Namun, dia kemudian menghantar e-mel kepada agensi berita Xinhua dengan menyatakan, gambar imej terbaharu tersebut bukan berada di barat tetapi di kawasan selatan pencarian kapal terbang MH370 yang kini dilakukan beberapa buah pesawat. Pesawat MAS itu hilang sejak 8 Mac lalu ketika ia dalam penerbangan ke Beijing, China. Sebanyak 227 dan 12 anak kapal menaiki pesawat itu yang hilang ketika ia perlu melaporkan kedudukannya kepada menara kawalan di Vietnam. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |