Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 13 Mar 2014 07:14 PM PDT Oleh NOOR FAZRINA KAMAL SETAHUN sudah berlalu sejak Roslina Samsudin, 39 bergelar kapten bas wanita Rapid KL yang bernaung di bawah pengurusan Rapid Bas Sdn. Bhd. Pada awalnya, ibu tiga kepada anak itu tidak mendapat kepercayaan penuh suami untuk menjadi kapten atau pemandu bas - kerjaya yang diketahui sering didominasi kaum lelaki. Lama-kelamaan, setelah melihat keadaan ekonomi keluarga yang semakin baik sejak dia bekerja, ditambah pula dengan kelebihan lain ditawar pihak syarikat, Roslina berjaya mendapat sokongan suami sepenuhnya. Sebagai isteri, apa saja yang dilakukan perlu mendapat restu suami. Setelah menjadi pemandu bas, saya terangkan pada suami kerjaya ini tidak ada langsung diskriminasi terhadap wanita, malah seronok apabila pemandu perempuan sering diutamakan," ujar Roslina membuka bicara. Bercerita bagaimana tergerak hati untuk menjadi pemandu bas, ibu kepada tiga anak lelaki berusia lingkungan tujuh dan 18 tahun itu berkata, semuanya berlaku setelah dia menonton sebuah rancangan berbentuk majalah di televisyen tentang pemandu bas wanita. Ketika itu saya terfikir, macam seronok jadi pemandu bas. Kebetulan saya memang suri rumah sepenuh masa selepas berhenti kerja dari sektor perhotelan. Anak-anak pula semakin membesar dan memikirkan tentang simpanan di hari tua membuatkan saya mahu bekerja semula," ujar anak jati Kuala Lumpur itu. Tunggu 'Amoi' Laluan yang didaftarkan di bawah kod 44 memerlukan Roslina mengambil penumpang dari sekitar Bandar Tasik Permaisuri hingga ke Maybank di Puduraya. Dia mengakui amat berbangga kerana dapat menghantar majoriti penumpang yang dalam lingkungan usia warga emas ke destinasi masing-masing. Seronok sangat sebenarnya. Umpama kita berbakti kepada ibu bapa kita sendiri. Kebanyakan penumpang warga emas terdiri daripada kaum Cina yang memang rapat dengan saya, kami saling mengenali. Musim Tahun Baharu Cina yang lalu mereka (penumpang warga emas berbangsa Cina) menghadiahkan saya limau dan angpow. Saya kira-kira jumlah angpow yang saya dapat mencecah RM300 juga. Bukan itu sahaja, mak cik pak cik Cina yang saya hantar memang suka berbelanja di Pasar Pudu. Dalam sehari mereka boleh ulang-alik dua hingga tiga kali ke pasar tersebut. Mereka memang pemurah sebab kadang-kadang mereka beri sayur-sayuran yang dibeli untuk saya masak. Bukan mahu berbangga diri, tetapi memang penumpang di sini rata-rata mengakui menunggu bas saya kerana menurut mereka pemandu bas lelaki kurang kesabaran. Majoriti warga emas yang menaiki bas saya memang mengambil masa untuk naik kerana faktor usia, hanya pemandu perempuan yang boleh bersabar dengan mereka sebab itu mereka suka menunggu trip saya. Paling saya tidak boleh lupa apabila seorang pak cik yang menghidap penyakit Parkinson yang sering menaiki bas saya tiba-tiba agak lama tidak kelihatan. Rupanya dia telah sebulan meninggal dunia. Walaupun tidak ada pertalian darah dan tidak kenal rapat, hati saya tetap rasa sayu kerana dia memang penumpang yang baik dan setia," imbas Roslina, yang mengakui teringat akan arwah ibunya setiap kali menghantar penumpang warga emas. Pelbagai gelagat Cerita Roslina, kalau remaja pula lain pula kisahnya. Waktu tengah hari memang ramai budak sekolah naik bas untuk pulang ke rumah. Waktu ini memang mencabar kerana kerenah budak-budak ini lain pula ceritanya. Bayangkan ada remaja yang mengelat memasukkan duit tambah cuma 20 sen sahaja. Bagi kes seperti ini memang saya perlu periksa tambang mereka satu persatu, kalau tidak saya pula yang perlu mengganti. Namun, adakalanya tidak sampai hati pula apabila ada pelajar yang kata duit mereka tidak cukup, ketika ini saya akan menyeimbangkan semula tambang dengan mencukupkan tambang pelajar tersebut pada wang penumpang yang beri lebih sepuluh sen," kata Roslina yang membawa kira-kira enam trip sehari. Hampir setahun memandu bas di laluan tersebut, tragedi kemalangan yang berlaku pada 29 Januari lalu tidak mampu dilupakan Roslina sampai bila-bila. Ketika itu di satu persimpangan lampu isyarat. Mata saya langsung tidak nampak penunggang motorsikal yang sama-sama keluar ketika lampu isyarat bertukar hijau. Sudahnya saya melanggar penunggang tersebut dan dia terseret di bawah bas. Mujurlah saya tersedar dan syukur kepada Allah lelaki tersebut hanya mengalami luka di bahu. Kejadian tersebut benar-benar membuatkan saya takut tetapi tidaklah sampai trauma untuk memandu lagi. Apapun pengalaman memang mendewasakan dan mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam pemanduan," katanya. Dalam pada itu, Roslina bersyukur dan menganggap apa pekerjaannya sekarang adalah tugas yang cukup murni iaitu menghantar orang dari satu destinasi ke satu destinasi. Malah dia berharap untuk terus bekerja sebagai pemandu selagi mampu demi amanah, ibadah dan kelangsungan ekonomi keluarga. |
Zuco Fashion semakin berpengaruh Posted: 13 Mar 2014 07:14 PM PDT Oleh Rosmah Dain Pelbagai produk, aksesori dan fesyen terdapat di butik Zuco Fashion. Sudah bertapak sejak 12 tahun lalu, Zuco Fashion dilihat semakin mengukuhkan pengaruhnya dengan melebarkan sayap ke pasaran yang lebih luas menerusi koleksi yang sepenuhnya hak milik dan rekaan sendiri. Di sebalik kejayaan jenama tersebut, pastilah Pengasas dan Pengarahnya, Zuraidaa Borhan, yang kini boleh tersenyum lebar apatah lagi ia telah dibawa ke tahap global menerusi laman sesawang membeli-belah seperti Fashion Valet dan Zalora Malaysia. Selain itu, kaedah pembelian secara borong dengan perlantikan ejen membolehkan semua lapisan masyarakat memperoleh setiap koleksi terbaharu dengan lebih. Konsep kami juga unik iaitu dengan memberi kemudahan bayaran pembelian secara ansuran. Kaedah ini telah berjaya membantu lebih ramai wanita memiliki koleksi kami sesuai dengan moto kami, glamourously convenience. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menjadi glamor dan semua mampu membeli tanpa mengira status keupayaan. Kualiti setiap koleksi adalah terbaik dan menepati trend serta cita rasa fesyen hari ini. Kami turut menekankan konsep suai padan agar pembeli dapat lebih nilai daripada setiap pembelian," jelasnya ketika ditemui di butiknya di UP/1/5 Ukay Perdana, Ampang, Selangor. Zuraidaa yang senang dengan panggilan June memberitahu, dia bermula berniaga baju secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah. Semangatnya yang suka berniaga apatah lagi dilahirkan dalam kalangan ahli perniagaan, menyebabkan dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya membuka mata semua orang bahawa dengan berniaga dari rumah ke rumah masih mampu memperoleh pulangan tinggi. Anak jati Pahang dan mempunyai dua orang anak lelaki berusia 17 dan 14 tahun ini memberitahu, dia memberi tumpuan kepada fesyen muslimah moden, pakaian tradisional serta tudung. Zuraidaa yang mempunyai diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum melanjutkan pengajian ke Hartford University, Connecticut, Amerika Syarikat, melihat penumpuan pada perkhidmatan pelanggan adalah faktor yang menarik hati setiap pengunjung yang datang ke butiknya. Ini bermakna, setiap pelanggan yang datang akan diberikan khidmat nasihat fesyen yang sepadan dengan diri mereka bagi memastikan mereka pulang dengan perasaan puas hati. Menariknya, semua rekaan diilhamkan oleh Zuraidaa sendiri yang sering tampil dengan idea fesyen yang menarik dan terkini. Hasil ideanya juga, jenama tersebut boleh diperoleh secara online. Sebelum memulakan perniagaan ini, dia berpengalaman berkerja di pelbagai syarikat termasuk institusi kewangan khususnya dalam bidang pemasaran serta perhubungan awam. Bercerita mengenai perniagaannya, Zuraidaa memberitahu, pada tahun ini Zuco Fashion mula memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan baharu dan lama dengan pelbagai ganjaran menarik ditawarkan kepada ahli-ahli yang berdaftar. Kami mula memperkenalkan sistem kad ahli. Ini bermakna dengan menjadi ahli, mereka boleh membeli produk kami secara ansuran serta menikmati diskaun tambahan, hadiah istimewa dan sebagainya," jelasnya yang memberitahu label Zuco Fashion boleh disaksikan melalui blog zucofashion.blogspot.com. Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalaman dan rezekinya dengan melantik lebih ramai rakan kongsi dengan mensasarkan sebanyak 200 ejen. Melalui sistem rakan niaga yang amat fleksibel, ejen-ejen ini boleh menyertai aktiviti promosi butik tersebut dengan harapan dapat meningkatkan jualan mereka. Ramai yang mahu berniaga tetapi pelbagai alasan diberikan antaranya tiada modal, tiada duit, tiada pengalaman, tidak mahu berdepan dengan risiko dan khuatir perniagaan tidak ke mana, justeru peluang ini diberikan kepada mereka yang berminat, untuk bersama kami menjadi ejen usahawan dengan semua risiko ditanggung oleh kami," jelasnya. Menurut Zuraidaa, untuk menjadi ejen mereka hanya perlu membayar deposit RM1,000 ejen dan boleh mengambil 30 helai pakaian atau apa juga produk Zuco Fashion yang dianggarkan lebih RM6,000 untuk dijual. Dalam tempoh 60 hari, ejen berkenaan boleh memulangkan atau menukar baju-baju yang tidak terjual dan mengambil produk-produk lain untuk dijual semula. "Dalam tempoh itu juga, setiap hasil jualan 10 helai ke atas, ejen akan menerima komisen 35 hingga 50 peratus, iaitu satu bentuk pulangan untung yang tinggi," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |