Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Tingkatkan kesejahteraan rakyat Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI Mohamed Khaled Nordin (dua dari kiri) berbual dengan penerima sijil layak memiliki rumah di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Nusajaya, Johor, baru-baru ini. - UTUSAn/Baazlan Ibrahim, NUSAJAYA 12 Mac - Memiliki kediaman sendiri pastinya merupakan impian setiap insan, namun dalam situasi kenaikan harga hartanah kini, agak sukar untuk seseorang individu yang tergolong dalam kategori pendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatnya. Namun, itu tidak bermakna mereka tidak berpeluang untuk membeli sebuah kediaman kerana kerajaan negeri Johor kini sedang giat membina rumah mampu milik iaitu sebanyak 28,000 unit dalam tempoh lima tahun akan datang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20,000 unit rumah disasarkan akan dibina di Iskandar Malaysia dan selebihnya di kawasan luar bandar yang telah dikenal pasti. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sektor perumahan negara mempunyai peranan yang sangat penting bagi merealisasikan hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Kerajaan sedar, perumahan yang selesa dan mampu milik adalah keperluan asas paling utama kepada setiap rakyat. Maka, atas sebab itu, kerajaan negeri ingin mengambil tanggungjawab untuk memastikan rakyat Johor dapat memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah yang selesa untuk keluarga masing-masing bagi melahirkan generasi yang cemerlang," katanya. Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Prapelancaran dan Pendaftaran Perumahan Mampu Milik anjuran UEM Sunrise Bhd. di sini baru-baru ini. Menteri Besar berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati dan mengalu-alukan kesediaan pihak pemaju swasta seperti UEM Sunrise untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri bagi menjayakan program perumahan itu. Daripada keseluruhan 28,000 rumah, sebanyak 10,000 unit akan dibina oleh syarikat UEM Sunrise dan ini adalah penting kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah yang sempurna," katanya. Pada majlis tersebut, sebanyak 351 unit perumahan mampu milik di kawasan Nusa Bayu di sini yang merangkumi 80 unit teres berharga RM80,000, 241 unit teres (RM150,000) serta 30 unit rumah kedai (RM200,000) turut dilancarkan. Sementara itu, Pengarah Eksekutif UEM Sunrise Bhd., Datuk Izzaddin Idris berjanji pihaknya sentiasa menyokong aspirasi kerajaan, khususnya dalam pelaksanaan inisiatif rumah mampu milik yang giat direalisasikan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ini kerana menerusi program seperti ini, UEM Sunrise dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti yang seterusnya akan memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memiliki rumah sendiri. UEM Sunrise bertekad untuk menyiapkan 10,000 unit rumah yang lengkap dengan pembangunan komuniti seperti masjid, sekolah integrasi rendah dan menengah, dewan serbaguna, sekolah agama serta pusat komuniti," katanya. Kerajaan negeri menasihatkan rakyat yang belum mempunyai rumah untuk menghantar permohonan mereka kepada pihak berwajib kerana pembinaan perumahan mampu milik dan lokasinya bergantung kepada permintaan yang diterima. |
Penerima gembira miliki rumah sendiri Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada pegawai UEM pada Majlis prapelancaran dan Pendaftaran Perumahan Mampu Milik anjuran UEM Sunrise Bhd. di Nusajaya, baru-baru ini. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim NUSAJAYA 12 Mac - Pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik di negeri ini pastinya merupakan khabar gembira bagi rakyat apatah lagi sebahagian besar akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia. Baru-baru ini syarikat pemaju UEM Sunrise Bhd. telah mengadakan majlis prapelancaran dan pendaftaran perumahan mampu milik selain turut menyerahkan sijil kepada bakal pemilik rumah kediaman di Nusa Bayu. Salah seorang penerima rumah mampu milik di Nusa Bayu yang dilancarkan baru-baru ini, Mohd. Zakir Alias, 43, mengakui pembinaan kediaman itu amat menggembirakannya dan keluarga. Kami sekeluarga sudah menyewa sejak lebih tujuh tahun lalu. Ini permohonan saya mendapatkan rumah mampu milik diluluskan dan suasana kehidupan kami pasti berbeza," katanya. Sementara itu, ibu kepada tiga cahaya mata, Rashidah Mohd. Noor, 37, juga melahirkan perasaan gembira kerana rumah tersebut merupakan rumah pertama yang dimilikinya. Dengan adanya rumah sendiri, saya berharap anak-anak dapat membesar dalam suasana keluarga yang lebih harmoni dan perasaan kekeluargaan. Ini kerana rumah kediaman sendiri adalah antara perkara penting dalam membangunkan sebuah keluarga yang sempurna," katanya. Seorang lagi penerima, Ku Iih Mei, 32, teruja untuk berpindah ke rumah baharu kerana itu merupakan impiannya selama ini. Saya ada keluarga yang besar. Jadi, pastinya saya amat gembira apabila sudah ada rumah sendiri," katanya yang merupakan ibu kepada lima orang anak. |
Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI Beberapa penguat kuasa MBJB mengangkat peralatan yang dirampas dalam operasi yang dijalankan ke atas premis perniagaan di Taman Anggerik, Kempas, Johor Bahru, kelmarin. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim JOHOR BAHRU 12 Mac - Pihak berkuasa tempatan semalam bertindak menyita barang-barang perniagaan dan merobohkan struktur tambahan yang dibina tanpa permit di lima premis makanan yang dikesan menyalahi undang-undang berkaitan kebersihan awam dan mengakibatkan halangan laluan awam. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Farhan Abu Zar berkata, operasi yang dijalankan secara bersepadu itu melibatkan jabatan kesihatan, undang-undang dan penguatkuasaan MBJB dengan disertai seramai 35 anggota. Operasi bersepadu yang dijalankan hari ini dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang awam selain tinjauan yang dilakukan pihak MBJB sendiri. Sebelum operasi dijalankan, kami sudah mengeluarkan notis berhubung kesalahan yang dilakukan mereka dan setelah tinjauan dilakukan, ternyata mereka tidak mematuhi notis tersebut," katanya semasa menyertai operasi yang dijalankan di Taman Anggerik, Kempas di sini, hari ini. Kesemua premis makanan yang terlibat didapati melanggar Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran MBJB 1981 Pindaan 2004 dan dikenakan kompaun berjumlah RM500. Menurut Farhan, MBJB menasihatkan pemilik premis sedia ada agar mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak mengulangi kesalahan yang pernah dilakukan. Bagi memastikan kesalahan ini tidak dilakukan secara berulang, pemantauan secara berterusan akan dilakukan oleh pihak-pihak MBJB. Diharap premis-premis yang pernah dikompaun tidak akan mengulangi kesalahan sama," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |