Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Elak makanan menghasilkan angin Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT Soalan Saya sering sakit perut dan rakan-rakan berpendapat saya mempunyai angin di dalam badan dan berkait rapat dengan pemakanan? Adakah masalah angin ini boleh dirawat serta apakah punca-punca lain yang boleh mencetuskan masalah angin? * Melati, Sarawak Jawapan Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu masalah kesihatan yang luar biasa. Gejala yang dialami oleh seseorang individu dengan individu lain mungkin sama tetapi punca sebenar masalah itu terjadi mungkin berbeza. Angin kebanyakan individu berpunca daripada udara yang ditelan. Apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stres maka dia lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar terhadap makanan yang tidak dihadam. Gas yang dihasilkan biasanya karbon dioksida, oksigen, nitrogen dan ada kalanya gas methana. Rawatan Terdapat beberapa cara rawatan bagi masalah ini. Seseorang penghidap perlu menukar jenis pemakanan seharian mereka, pengambilan ubat-ubatan dan mengurangkan menelan udara. a. Menukar jenis makanan Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut. b. Ubat-ubatan Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin. c. Kurangkan menelan udara Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai. Makanan yang menghasilkan angin Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terdapat pada makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks, manakala bunga kubis (cauliflower), kubis brussel (brussels sprouts), asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos. Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat pada susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos banyak terdapat pada bawang, buah pear dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis (sweetener) dalam minuman ringan dan jus buah-buahan. Sorbitol diperolehi secara semula jadi daripada buah-buahan termasuk epal, pear, pic dan prun. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam makanan untuk diet, gula-gula dan gula getah. Kanji kebanyakannya didapati pada kentang, jagung dan gandum di mana makanan ini dihancurkan di dalam usus besar. Beras merupakan satu-satunya makanan berkanji yang tidak menghasilkan angin. |
Posted: 23 Mar 2014 05:37 AM PDT Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Muhammad Gadaffi menunjukkan produk baharu JMD, Tuala Herba Wanita Mak Dara. PENJAGAAN kecantikan dan kesihatan wanita bukan sahaja meliputi kecantikan luaran malah ia turut membabitkan dalaman wanita, apa lagi setelah bergelar ibu. Sebaik-baik sahaja bersalin, bermulalah proses penjagaan dalam pantang yang memerlukan rawatan tradisional tertentu dalam mengembalikan kesegaran si ibu. Ramai yang mengambil jamu ibu bersalin bagi memastikan darah berjalan lancar, bertenaga serta kembali segar. Jamu-jamu ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan. Salah satu produk jamu yang masih bertahan hingga ke hari ialah Jamu Mak Dara (JMD) Sejak berdekad yang lalu, resipi herba yang unik dan istimewa ini dicipta oleh Sharifah Aishah dengan mencampurkan khasiat daripada herba hutan hujan Malaysia. Sejak awal 1920-an, rahsia herba ini diperturunkan kepada warisan beliau dan diterima pakai oleh penduduk tempatan. Daripada satu generasi ke satu generasi, resipi herba ini diturunkan kepada anak-anaknya sehinggalah kepada Halimah Shuib, atau lebih dikenali sebagai ibu. Beliau telah mengamalkan pengambilan jamu ini dan menjadi testimoni utama kualiti jamu ini. Bermula daripada beliau, terhasilnya produk terbaik warisan Melayu Jamu Mak Dara. Menurut Pengarah Urusannya, Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, JMD sedang menumpukan produk baharu yang dikenali sebagai Jamu Mak Dara GOLD dan menaik taraf produk lain daripada segi pembukusan dan kualiti. "Kami juga sedang merancang strategi pemasaran baru, meningkatkan jualan dan membeli kilang sendiri yang masih dalam proses pembangunan di Ijok, Selangor," ujarnya. Dalam pada itu, JMD merancang untuk mengadakan jualan online melalui laman sosial, facebook pada tahun ini. Bercerita tentang program amal yang diadakan JMD setiap tahun, Muhammad Gadaffi memberitahu, sasaran program ini ialah membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. "Kami bersyukur kerana dapat melakukan kerja amal bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Kanser Nasional. Tahun ini Mingguan Malaysia dan beberapa artis turut memberi kerjasama. "Program ini diadakan sebulan sekali di setiap negeri Semenanjung Malaysia. Selain bantuan kewangan, kami juga membantu baik pulih asas rumah, perabot rumah, barangan elektrik dan barangan keperluan dapur yang ditaja oleh Beras Faizah, Adabi, Julies dan snek ku. "Alhamdulillah tahun ini telah masuk tahun keempat sejak 2011. Program amal ini berpanjangan hasil sokongan daripada pengguna JMD sendiri dengan setiap pembelian mereka," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |