Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Tutor bantu tingkatkan peratusan kelulusan UPSR Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT Mohamad@Zaaba Bujang (kiri) menerima replika cek tajaan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia PIBG daripada Linda Ema Judin sambil diperhatikan Sabtuyah Hailen (tengah) serta pelajar menunjukkan akhbar Tutor di Kuching, Sarawak, baru-baru ini. PETRA JAYA 16 Mac - Sekolah Kebangsaan (SK) Gita, Jalan Semarak di sini menyasarkan peningkatan peratusan kelulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan bantuan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor tahun ini. Guru Besarnya, Mohamad@Zaaba Bujang berkata, pihaknya berharap dengan bahan bantu mengajar seperti Tutor dan inisiatif lain yang dibuat dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan nanti. Katanya, setakat ini sekolahnya mendapat peratus kelulusan UPSR sebanyak 60 peratus dengan 2.47 gred purata sekolah. "Saya melihat Tutor dapat membantu pelajar terutama yang akan menduduki UPSR nanti. "Melalui penggunaan Tutor, kita berharap dapat melihat kesan positif dalam masa beberapa bulan lagi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Naib Yang Dipertua PIBG sekolah, Sabtuyah Hailen dan Eksekutif Jualan Zon Sarawak, Linda Ema Judin. SK Gita melanggan Tutor dan e-paper Utusan Malaysia bernilai RM2,383 selama enam bulan bagi kegunaan pelajarnya terutama yang akan menghadapi UPSR nanti. Mohamad berkata, inisiatif yang diambil oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang menaja Tutor berkenaan amat dialu-alukan demi meningkatkan prestasi anak-anak. Sementara itu, Sabtuyah berkata, pihaknya melihat akhbar Tutor berkenaan dapat menjadi bahan bantuan untuk guru mengajar pelajar. Katanya, sekolah lain yang melanggan Tutor sebelum ini dilihat menunjukkan kesan yang baik kepada pelajar mereka. |
Terap minat pelajari Sains, Matematik Posted: 16 Mar 2014 11:20 AM PDT Sebahagian daripada pelajar yang sederhana prestasi akademik mereka daripada sekolah-sekolah angkat YPC mengikuti Program Minat Sains dan Matematik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ramai murid menganggap Sains dan Matematik merupakan subjek yang susah hingga ada yang fobia dan kurang minat untuk mempelajarinya. Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, minat terhadap subjek Sains dan Matematik perlu diterapkan pada awal sesi persekolahan dan perlu dilaksanakan secara berterusan. "Jika minat telah ada, ia akan berkembang dan mudah untuk pelajar mengikuti pembelajaran seterusnya, walaupun telah naik ke tingkatan lebih tinggi. Tetapi keadaan akan menjadi sukar jika minat tidak ada dan kita tidak prihatin dengan masalah ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dengan sasaran kerajaan untuk merealisasikan sasaran 40:60 untuk nisbah sastera terhadap sains dalam tempoh 10 tahun akan datang. Menurut Syed Ali, kita juga tidak boleh terlalu bergantung harap kepada pihak sekolah sahaja, sebaliknya ibu bapa, PIBG, ahli masyarakat dan badan-badan NGO perlu berkerjasama dan menyumbang ke arah penyelesaian masalah ini. Selaras dengan itu, Biro Latihan dan Pendidikan YPC telah melaksanakan program Minat Sains dan Matematik di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Seramai 400 orang murid yang prestasi akademiknya sederhana dan bakal menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Pusat Menengah Rendah (PPMR) daripada sekolah-sekolah angkat YPC telah menyertai program ini. Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan nilai minat terhadap Sains dan Matematik melalui kaedah pembelajaran yang mudah dan menyeronokkan. Beberapa orang guru subjek yang mahir dan berpengalaman terlibat untuk menjayakan program itu. "Program Minat Sains dan Matematik merupakan satu pendekatan baharu YPC dan kita fokus kepada murid sederhana. "YPC cuba mewujudkan persekitaran belajar yang seronok dan menarik minat mereka. Alhamdulillah, usaha ini berjaya dan kita akan teruskan," ujarnya. Tegas Syed Ali, perkara utama yang perlu dilihat dan dinilai secara serius adalah isu tidak minat. "Sekiranya ini boleh ditangani dengan lebih berfokus dan konstruktif, sasaran kerajaan 40:60 nisbah sastera terhadap sains boleh dicapai walaupun mengambil masa yang panjang," katanya. Dari sudut psikologi, ujar beliau, kelemahan seseorang murid boleh diubah, minat mereka boleh dibentuk dan keyakinan boleh ditingkatkan. "Yang penting guru-guru subjek perlu menggunakan kaedah yang betul dan wujudkan rasa seronok dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek berkenaan," cadang beliau. Tambahnya, di sekolah biasanya ada kumpulan murid cemerlang, baik dan sederhana justeru kaedah atau latihan untuk murid cemerlang tidak sesuai digunakan untuk murid sederhana. "Faktor ini boleh menyebabkan murid jadi bosan dan hilang minat belajar. Oleh itu, kaedah yang betul dan seronok perlu dilaksanakan pada awal sesi persekolahan dan berterusan," terang Syed Ali. Jika ini dapat dilakukan, katanya, minat dan keyakinan murid yang sederhana dapat ditingkatkan, walaupun memerlukan masa untuk berubah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |