{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Apa perlunya PKR lancar Manifesto Kajang

Posted: 13 Mar 2014 11:41 AM PDT

MOHD. Shafie Apdal beramah mesra dengan warga emas Yusra Luthan, 67, semasa membuat lawatan rumah ke rumah penduduk di sekitar Taman Delima, Kajang, Selangor, semalam. - BERNAMA

HULU LANGAT 13 Mac - Pelancaran 'Manifesto Kajang' oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah pelik kerana sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, parti itu boleh terus melaksanakan agenda pembangunan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang menempelak pelancaran manifesto itu turut mempersoalkan, kenapa PKR masih mahu berjanji sedangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang telah dimenangi mereka sejak pilihan raya umum pada 2008 lagi.

Malah tegasnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar sejak kemenangan mereka pada tahun itu juga adalah ahli PKR.

"Datin Seri Wan Azizah (Wan Ismail) adalah presiden parti, boleh beri arahan sahaja kepada Menteri Besar dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk buat kerja. Dia hendak buat manifesto untuk apa lagi?

"Sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum-13, ADUN di sini pun ahli PKR. Mereka sudah menang, kenapa hendak tabur janji lagi," katanya kepada pemberita selepas melawat tujuh buah rumah penduduk di sekitar Kampung Sungai Sekamat dan Taman Delima di Kajang hari ini.

Semalam, Wan Azizah yang merupakan calon pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang melancarkan 'Manifesto Kajang' yang mengandungi empat komitmen beliau kepada penduduk sekiranya menang pada 23 Mac ini.

Antara komitmen tersebut termasuk meningkatkan prestasi kutipan sampah di kawasan Kajang, membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.

Mohd. Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengundi boleh menilai sendiri sejauh mana PKR menunaikan janji-janji dalam manifesto PRU-13 dahulu.

"Janji yang dahulu pun tidak boleh capai, hendak buat yang ini pula. Jangan mudah tertipu. Manifesto ini pun janji sahaja (bagi mereka). Tunai atau tidak tunai satu perkara lain," ujarnya.

Beliau juga meminta pengundi mengambil iktibar daripada tindakan PKR yang sanggup menyusahkan rakyat dengan mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi menangani masalah dalaman parti tersebut.

Katanya, PKR sepatutnya mentadbir negeri ini dengan baik selepas mendapat mandat daripada rakyat, bukannya mengosongkan mana-mana kerusi DUN dengan sesuka hati.

"Nanti kosongkan Parlimen Permatang Pauh dan Wan Azizah bertanding di sana pula seakan-akan Malaysia ini milik beliau dan suaminya. Bayangkan kalau isteri pemimpin BN bertanding, bukan main hebat mereka hebahkan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berharap para pengundi mengambil peluang daripada PRK DUN Kajang untuk memilih calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun yang boleh menjadi penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

"Saya penuh yakin Mei Fun boleh beri tumpuan khusus di DUN Kajang kerana beliau tidak perlu memikirkan masalah dalaman PKR, masalah Permatang Pauh dan masalah suaminya," katanya.

Pertemuan sulit pemimpin PKR jatuhkan Khalid di Sabah?

Posted: 13 Mar 2014 11:41 AM PDT

Musa Aman (tengah) bersama calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun (dua kanan) serta pemimpin komponen parti dari Sabah melaungkan semangat perjuangan semasa majlis ramah mesra dengan penduduk di Balai Raya Kampung Sri Jambu, Kajang, Selangor, semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 13 Mac - Satu pertemuan sulit antara beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli mereka didakwa diadakan di Sandakan, Sabah beberapa hari lalu bagi menjatuhkan reputasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pertemuan tersebut didakwa bertujuan menarik sokongan ahli-ahli PKR Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu diyakini akan mengambil alih jawatan Abdul Khalid selepas Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Menurut sumber, pertemuan tertutup yang diadakan di sebuah hotel sehari sebelum Anwar dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana kes liwat itu juga adalah untuk memastikan ahli PKR memberi sokongan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika berceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di Kampung Sri Jambu, Kajang di sini malam ini berkata, pertemuan tersebut dijadikan medan untuk pemimpin PKR yang hadir menghentam Abdul Khalid secara habis-habisan.

"Mereka memburuk-burukkan (Abdul) Khalid walaupun dia masih lagi Menteri Besar mereka yang sah.

"Pada saya, apa yang berlaku ini adalah satu masalah besar dalam PKR dan pimpinan pakatan rakyat, mereka sanggup datang ke Sandakan untuk melakukan perkara ini," katanya.

Sementara itu, Musa yang ditemui selepas ceramah itu enggan mengulas lebih lanjut, namun mengesahkan berlaku pertemuan tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat