{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jentera BN perlu giat tangkis fitnah pembangkang - Muhyiddin

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

HULU LANGAT 19 Mac - Jentera Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang perlu memperhebatkan lagi kempen bagi menangkis tuduhan dan fitnah terhadap kerajaan serta parti itu yang semakin rancak ditabur pembangkang menjelang hari mengundi, Ahad ini.

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Puteri UMNO umpamanya perlu meneruskan gerakan agresif bertemu pengundi muda bagi menyampaikan mesej berkenaan.

"Macam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan kononnya kita tidak bertanggungjawab dan tidak jaga rakyat.

"Ini Puteri UMNO kena turun beritahu rakyat mengenai gerakan pembangkang yang semakin rancak menabur fitnah. Semakin dekat dengan hari mengundi, semakin banyak fitnah yang disebarkan," katanya dalam majlis pelancaran Senamrobik Zumba Perdana dan langganan akhbar digital Utusan Malaysia oleh Puteri UMNO di sini hari ini.

Yang turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyatie Samsudin; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Puteri UMNO berperanan besar mengatur langkah bagi mendampingi golongan muda di DUN Kajang untuk meningkatkan keyakinan dan sokongan terhadap BN.

"Puteri UMNO harus menyalurkan maklumat tepat dan memberi penjelasan kepada pengundi agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tuduhan parti lawan untuk menjatuhkan imej BN," katanya.

Katanya, calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun merupakan calon terbaik kerana mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi selain berpengalaman luas dalam politik.

Oleh itu katanya, BN menerima sokongan luar biasa daripada penduduk DUN Kajang yang berpuas hati dengan peranan yang dilaksanakan Mei Fun sepanjang sembilan hari berkempen.

Dalam pada itu, beliau meminta Puteri UMNO bergerak ke setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN itu bagi memastikan BN mendapat kemenangan.

"Kita minta Puteri dan jentera BN lain bergerak ke setiap PDM, jangan tinggal satu undi pun. Pastikan pengundi terima BN," katanya.

PKR terus lempar tohmahan terhadap Daim Zainuddin

Posted: 19 Mar 2014 12:10 PM PDT

HULU LANGAT 19 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus melemparkan tohmahan kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung kekayaan yang dimiliki oleh beliau.

Selepas Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbuat demikian, hari ini Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula melakukan tindakan yang sama.

Dalam sidang akhbar di sini, Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd.Akin berkata, AMK akan mengemukakan beberapa bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kekayaan Daim.

Ketika ini, beliau berkata, pihaknya masih dalam proses mengumpul bahan bukti berhubung perkara itu.

"Kita kenal siapa Daim serta seluruh kekayaan dan aset miliknya, namun mengapa beliau tiada dalam senarai individu terkaya di Malaysia.

"Kami masih lagi dalam proses mengumpul bukti kukuh yang boleh mengheret Daim ke muka pengadilan," katanya.

Semalam, Utusan Malaysia mempertikaikan tindakan Anwar yang ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mendakwa Daim mempunyai wang berbilion-bilion ringgit dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi.

Serangan yang dilakukan oleh PKR tersebut dipercayai ada kaitan dengan ucapan Daim yang tidak menyebelahi pakatan pembangkang termasuk menyifatkan Anwar sebagai pelakon hebat yang bijak mengaburi mata penonton.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, pihaknya berharap SPRM dapat bertindak dan memanfaatkan maklumat yang bakal diberikan AMK.

"Kita desak SPRM supaya segera jalankan siasatan jika terdapat aset dalam dan luar negara yang tidak diisytiharkan Daim sebelum dan selepas pentadbiran beliau.

"Kami juga berharap pihak berkuasa melaksanakan siasatan dengan telus tanpa mementingkan keutamaan mana-mana pihak," katanya.

Untuk rekod, ketika krisis ekonomi 1997, Daim yang ketika itu Menteri Kewangan berjaya menyelamatkan Malaysia keluar daripada kemelut global itu bersama Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah, Daim diakui sendiri oleh Dr. Mahathir sebagai arkitek ekonomi hebat dan banyak berjasa kepada kemajuan Malaysia.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat