{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rencana

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rencana


Politik dunia pasca konflik Ukraine

Posted: 08 Mar 2014 11:17 AM PST

KU SEMAN KU HUSSAIN

WARGA Ukraine di AS yang menentang Putin berarak di depan White House meminta Rusia tidak mencampuri urusan negara itu. - AFP

KRISIS politik yang menggelegak di Ukraine perlu dilihat melampaui pergolakan dalaman negara bekas Kesatuan Soviet itu. Ukraine kini menjadi gelanggang gladiator Amerika Syarikat (AS) dan Rusia untuk menguji siapa yang mengatasi siapa.

Ukraine yang tiba-tiba muncul dalam gelanggang politik dunia menadah pertembungan kuasa besar, AS dan Rusia. Banyak persoalan yang ditimbulkan antaranya mungkinkah tercetus gelombang kedua Perang Dingin seperti sebelum runtuhnya Kesatuan Soviet pada 1989 dulu?

Tetapi daripada senario semasa, yang penting bukan lagi tercetus atau tidak perang dingin. Persoalan yang wajar ditanya apakah perubahan politik dunia pada pasca konflik Ukraine?

Sebabnya, kalau AS dan Kesatuan Eropah (EU) cenderung meningkatkan tekanan ke atas Rusia dengan ugutan demi ugutan, ini tidak mustahil gaya permainan Rusia akan pergi lebih jauh.

Ini kerana apalah sangat bagi Rusia dengan sekatan yang akan dilakukan AS termasuk menyingkirkan Rusia daripada menganggotai G8.

Rusia mempunyai sekutunya China dalam Majlis Keselamatan PBB. Persoalannya beranikah AS untuk berdepan dengan China sekiranya krisis Ukraine berlarutan? Ini mempengaruhi politik antarabangsa yang boleh menjejaskan hubungan AS dengan China.

Krisis di Ukraine membayangkan konflik yang lebih besar kerana sudah dimanipulasi oleh AS. Pada masa sama Rusia yang mempunyai semangat nasionalisme tinggi telah mempertahankan rakyat Ukraine berbahasa Rusia.

Krisis di Ukraine tercetus pada November tahun lalu apabila Presiden Viktor Yanukovych enggan menandatangani perjanjian dengan Kesatuan Eropah (EU). Tindakan Yanukovych melepaskan peluang keemasan untuk kesenangan rakyat.

Kemudian tercetus demonstrasi mendesak Yanukovych meletak jawatan. Keganasan meletus lagi pada 16 Januari lalu apabila kerajaan menguatkuasakan Bondarenko-Oliynyk atau undang-undang anti rusuhan yang menyebabkan perusuh menawan pejabat kerajaan di Kiev termasuk Kementerian Kehakiman. Rusuhan di Kiev mengakibatkan 98 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera.

Parlimen mendapati Yanukovych gagal menangani krisis ini dan menetapkan pilihan raya pada 25 Mei untuk mencari pengganti Yanukovych. Pada 1 Mac, Presiden Rusia, Vladimir Putin, dengan restu Parlimen telah menghantar tentera ke wilayah Crimea di mana majoriti rakyatnya berbahasa Rusia. Dari sudut sejarahnya Crimea adalah sebahagian daripada Rusia hingga 1954.

Tradisi

Maka campur tangan Putin ke atas Crimea secara tersiratnya didorong oleh semangat nasionalisme kerana rakyat yang mendiami wilayah itu hanya dipisahkan oleh garis diplomatik tetapi bukan nasionalisme.

Tindakan Putin memastikan keselamatan rakyat Ukraine di Crimea bukan suatu yang luar biasa kalau kita melihat tradisi Kremlin yang mempertahankan warga Rusia dan di mana sahaja penutur bahasa Rusia. Ini juga pernah dilakukan oleh Hitler semasa menawan sebahagian Eropah tahun 1930-an.

Ini bermakna Putin mempunyai kecenderungan untuk mempertahankan sesuatu yang mempunyai pertalian dengan Rusia termasuk pengguna bahasa Rusia yang merentasi bekas Kesatuan Soviet - dari Asia Tengah hingga ke Baltic.

Di sisi inilah sukarnya AS untuk menundukkan Rusia. Sebabnya tindakan Rusia berakar umbi daripada sejarah yang panjang, ditambah dengan nasionalisme yang utuh antara Rusia dan orang Rusia di seluruh negara bekas Kesatuan Soviet.

Secara diplomatiknya Kesatuan Soviet telah runtuh bersama hancurnya negara-negara blok komunis di Eropah Timur. Tetapi pengaruhnya masih kukuh kepada Rusia, negara paling berpengaruh dalam Kesatuan Soviet.

Ukraine merdeka daripada Kesatuan Soviet pada 1991 tetapi ideologinya masih di bawah pengaruh Rusia. Ukraine yang terbelah dua; barat dan timur dan pengaruh Rusia menguasai di sebelah timur apabila majoriti rakyatnya menggunakan bahasa Rusia, sementara di barat lebih kepada pengaruh Eropah Timur.

Blok komunis

Walaupun negara-negara blok komunis termasuk Kesatuan Soviet sudah berakhir tetapi AS dan Rusia tidak pernah sehaluan dalam banyak perkara. Misalnya Rusia yang menganggotai Majlis Keselamatan PBB mencabar AS apabila secara terbuka menyalurkan bantuan kepada Iran yang hendak diserang oleh AS tidak lama dulu. Rusia juga memayungi presiden peminum darah, Presiden Syria, Bashar al-Assad dan AS menerusi tangan ghaibnya menyalurkan dana kepada pemberontak Syria.

Krisis politik di Ukraine bukan lagi hal dalaman malah boleh menggegarkan dunia dengan wujudnya Rusia dan AS sebagai pemain utama di belakang tabir. Putin pula tidak membiarkan rakyat Ukraine yang mendaulatkan bahasa Rusia menjadi mangsa kerajaan yang anti Rusia. Putin juga mahu mematahkan pengaruh AS dan EU di Ukraine yang dianggap sebagai mencalarkan maruah Rusia.

Krisis di Ukraine mencetuskan gelombang besar apabila AS melobi dan mengugut untuk menyingkirkan Rusia daripada menjadi anggota G8. Tetapi ugutan itu setakat ini tidak mengubah pendirian Putin.

Majalah Economist keluaran 8 Mac dengan tajuk Kidnapped by the Kremlin menyebelahi AS dan menganggap tindak balas negara itu tidak cukup untuk memberi tekanan kepada Rusia. Malah majalah itu juga menggesa EU mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga dari Rusia.

Tetapi hakikatnya banyak negara EU mempunyai hubungan dagang dengan Rusia malah sebahagian daripadanya bergantung kepada bekalan gas dari Rusia. Persoalannya mahukah negara-negara ini bersekongkol dengan AS padahal ia memberikan kesan buruk kepada negara masing-masing?

AS mencampuri krisis politik Ukraine dengan alasan menghalang Rusia menceroboh kedaulatan Ukraine yang sudah merdeka. Dalam bahasa mudahnya AS menjadi pejuang kepada negara-negara merdeka daripada diceroboh oleh negara lain. Tetapi kita jangan lupa bahawa perkara yang sama kerap dilakukan AS misalnya menyerang Afghanistan dan Iraq, dua buah negara yang sudah merdeka.

Dalam isu Ukraine, Presiden AS, Barack Obama kelihatan terperangkap dalam tarian Putin, bekas pegawai KGB yang sangat licik dan jaguh seni bela diri yang handal. Kini yang menjadi isu besar bukan lagi krisis Ukraine tetapi pertembungan dua kuasa besar dunia, AS dan Rusia.

Kemaraan AS tidak akan pergi jauh kerana faktor Rusia yang mengimbangi pengaruh AS dalam Majlis Keselamatan menerusi hubungan baik dengan China. Sebagai kuasa ekonomi utama dunia, China mempunyai pengaruh yang cukup besar, apa lagi dalam keadaan AS yang terperosok dengan krisis ekonomi yang masih belum pulih.

Kesepakatan EU untuk menentang Rusia mungkin berada di tahap yang rendah kerana hidup mati beberapa negara EU terletak di tangan

Rusia.

Analisis Mingguan: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 08 Mar 2014 11:17 AM PST

Anwar dan liwat
Awang kurang teruja untuk mengulas kes Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ia bukan kejutan. Jika diteliti semua hujah sepanjang dua hari perbicaraan di Mahkamah Rayuan, memang banyak bukti untuk mensabitkan beliau.

Lagi pun semasa perbicaraan peringkat Mahkamah Tinggi lagi, ramai percaya hakim ketika itu telah melakukan banyak kekhilafan.

Sejak kejadian liwat itu didedahkan oleh Saiful pada 2008, Awang yakin anak muda itu berada di pihak yang benar.

Ini kerana beliau telah melalui semua proses mendapatkan keadilan daripada aduan polis, pemeriksaan perubatan, ujian DNA, bersumpah laknat di masjid sehinggalah diuji di kandang saksi di mahkamah.

Komitmennya itu jauh lebih tinggi daripada Anwar, walaupun merupakan pemimpin politik.

Awang sedikit pun tidak teruja dengan apa sahaja reaksi Anwar termasuk menyalahkan pihak lain dan memperlekehkan hakim. Itu memang sandiwara beliau untuk terus mengheret rakyat kepada kancah moral beliau. Skrip lama menyamai episod 2008.

Begitu juga dengan langkah beliau untuk bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, adalah sebahagian strategi untuk mempolitikkan kes liwat semaksimum mungkin.

Tiada apa yang boleh teruja ke atas Anwar. Ini kali kedua beliau disabitkan dengan kesalahan liwat selepas dihukum penjara kerana meliwat Azizan Abu Bakar pada 2000.

Awang cuma berdoa agar Allah SWT memberi kekuatan kepada panel tiga hakim, barisan pendakwaan diketuai Dr. Muhammad Shafee Abdullah dan sesiapa sahaja yang menjadi sasaran Anwar serta para penyokongnya. Sesungguhnya inilah harga yang perlu dibayar dalam menegakkan kebenaran dan melawan kemungkaran.

Apa pun Awang bersyukur. Akhirnya kebenaran itu terserlah. Keadilan bukan semata-mata untuk pemimpin tetapi juga buat rakyat kecil seperti Saiful yang melalui banyak liku dalam mendapatkan pembelaan.

Awang terharu dengan ketabahan beliau selama ini, begitu juga keyakinannya dalam menuntut keadilan. Kepada Anwar, yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh. Sehebat-hebat manusia bermuslihat dan mencatur, tidak mampu mengatasi ketentuan-NYA. Insaflah!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat